Kenapa budak ni boleh lepas bebas..! Kenapa tak berani nak heret budak ni ke pengadilan supaya segala kekusutan dapat dileraikan..! Kata nak bersihkan diri yang sedia kotor..! Berani?
Layan...
Derma Arab Lawan American Pies
A Kadir Jasin
MOHON izin dan minta maaf nak tulis mudah saja kali ini. Nak tulis berkenaan banyaknya “kebetulan” dalam cerita 1MDB dan “derma” AS$681 juta kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.
1. Bulan Ramadhan tahun lepas, kita dengar cerita derma itu kononnya dari orang Arab. Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat.
2. Pada 25 Januari lalu, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib. Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik.
Derma Arab: Apandi bersihkan Mohd Najib |
3. Tapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.
4. Pada 15 April, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.
5. Kemudian pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah “American pies” – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.
7. WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low.
Serigala Wall Street: Riza, Joey McFarland dan Jho Low |
8. WSJ dakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.
9. Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang “PM” tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.
10. Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?
Pie Amerika ini intinya AS$681 juta |
11. Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?
12. Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.
13. Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau.
Wallahuaklam.
Lu Fikir La Sendiri!!!
My Gosh...'681' American pie and US$'681' transmitted into Najib's personal account at AmBank, what a co-incidence, man..??
BalasPadamCekap betul talibarut Jho Low buat kerja underworld menggunakan special code ala Jebon.
Dia bukan talibarut, Bang. Dia sama sama ngentam duit tuh. Tak ingat, dia sama yang merancangkan 1MDB selepas ambil alih dari Yayasan Trengganu.
PadamDATUK SERI....tolongla tangkap jhlow cina bukit ni bagi la rakyat sendiri judge dgan mata hati dia orang,,,,kesian saya tengok datuk dgan keluarga hari2 kena kutuk jasa tun razak hampir dilupai kini oleh rakyat akibat tohmahan rakyat , kesian lah kt anak cucu datuk seri yang bakal dikutuk munkin 7 keturunan ,sedih nya hati ini melihat pahlawan melihat datuk seri berdiam tanpa tentagan malunya keluarga....bangun lah datuk tunjukkan kejantanan mu....samanla wsj, samanla chedet, samanlah semua orang yang mengfitnah,,, tangkaplah cina bukit jh low,,,,BANGUNLA DATUK BANGGA KAN BUGIS BERANI KERANA BENARLAH DATUK,,,,,itupun kalU DATUK SERI ASIH ADA ELOR,,,,kata cucu datuk,,,
BalasPadamWow..! Jalan cerita yg kadir jasin terjemahkan ni boleh buat filem bertaraf hollywood..cai cytro pulak bole jd pelakon tambahan dgn bayaran..err,seguni dedak tiap seorang..
BalasPadamDedak dari Najib, ye? Bakpa bodoh makan dedak aje? Mintak le dari 1MDB ke RM2.6 bilion ke, RM4.2 bilion ke.
PadamJangan caya le RM2.03 bilion dah pulang ke Pak Sheikh Arab. Sakejap kata derma dengan ikhlas, tanpa balasan di harap kan? Habih ngapa nak pulang apekename bodoh nye?
Kepada ahli-ahli Umno, ini adalah amanat Presiden parti mereka sendiri di dalam tahun 2012:
BalasPadam“Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012.
Adakah Presiden UMNO seorang hipokrit? Bukan kita kata, bukan kita mengada-adakan cerita, tapi ini adalah kenyataan benar dan direkodkan. Najib sendiri kata, 'dana politik dalam akaun peribadi adalah amalan rasuah'.
Tidak kira ianya wang RM42 juta atau RM2,600 juta, tidak kira ianya duit untuk dana politik dan pilihanraya atau ‘derma’ untuk kepentingan parti, jika wang tersebut masuk ke dalam bank akaun peribadi dan tidak masuk ke dalam akaun rasmi parti, Najib Razak berkata ianya akan mengalakkan rasuah dan penyelewengan.
Sekadar peringatan kerana ada suara suara sumbang mengatakan bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Ya, dana politik tidak salah jika ianya telus dan direkodkan di dalam akaun rasmi parti. Tetapi apabila wang dimasukkan ke dalam bank akaun peribadi, maka ianya menjadi kesalahan. Lebih lebih lagi, tiada seorang pun pegawai atasan di dalam parti UMNO tahu menahu mengenainya sehinggalah perkara tersebut bocor dan menjadi pengetahuan umum.
Salam hormat & Salam Perjuangan.
Speaking Without Fear & Favour.
Sudah tiba masa kita henti perbuatan tun m menhina DS anwar itu,
PadamKetika tanya di sorang pengikut anwar dalam team a,boleh tak tun m mintak maaf pada DS anwar itu, tun menjawab Mari cari titik persamaan untuk jatuhkan najib, lepas ITU pengikut anwar bercakap pada tun m jangan ubah tiang gol, tun m keluar Dari dewan dalam keadaan dimalukan
Saya ingat tun m ditanya oleh wartawan isu syrikat kapal Anaknya bankrap dan tun m tolong selamatkan syarikat kapal Anak dia, tun m cuba ubah soalan dengan bercakap orang tuduh saya ADA Bini cina dekat Singapore, ini Cara tun m ubah tiang gol
Team a anwar vs team b protun m
Siapakah akan menang
Sila ikuti cerita seterusnya
Team a,b,c,d,e....
PadamWho cares!
Alih pintu goal ker? Tak Jalan la. Jawab dulu, bila nk heret Jho Low.
PadamTolong jangan kaitkan usaha menjatuhkan Najib dengan Anwar. Kita kena tolak kedua-dua mereka kerana kedua-dua mereka merosakkan nama baik negara di mata dunia.Kedua-dua mereka merupakan pemimpin yang memalukan ugama, bangsa dan negara.
PadamSetuju dgn 7:54 PG. Anwarul dah dlm penjara. Biarkan, biarkan
PadamSekarang kita pusatkan perhatian ke atas dapatkan Najib undur atau di gantikan
Nama-nama besar dalam PKR seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, Tian Chua dilihat lebih menyokong Dr Mahathir maka tinggalkan Wan Azizah dan pejuang reformasi yang kebanyakan telah meniti usia senja memperjuangkan nasib Anwar bagi mengelak pemimpin agung itu mereput dalam penjara.
BalasPadamEzam telah panggil oleh wan Azizah untuk menbantu menentang tun m dalam team b.
Antara ahli yg panggil ahli refomasi tahun 1998 , otai refomasi Dan ,justice for papa menentang team b protun m
Mesyuarat dijangkan diadakan secara tertutup untuk mengelakan rahsia rancangan team a anwar terbongkar mereka dijangkakan akan ADA penjara sungai buluh hanya di hadiri tiga orang wan Azizah,nurul izzah Dan ahli keluarga yg tak nak disebut sebelum menbetangkan rancangan kepada otai refomasi,refomasi 1998 Dan justice for papa
Sila ikut cerita seterusnya
Team a anwar vs team b protun m
Sikian terima kasih
deyyyy...berapa banyak mau copy paste la cai...apa ceta ni...lori dedak tak sampai lagi ka...
PadamDengan adanya azmin dalam barisan team b protun m ia telah menberi kekuatan pada tun m
BalasPadamManakah wan Azizah terpaksa panggil orang kuatnya otai refomasi,refomasi 1998 Dan justice for Papa untuk menhadapi tun m
Manpukah azmin berlawan dengan wan Azizah dalam Gusti kerusi pelastik
sila ikuti cerita seterusnya
Sikian terima kasih
Kahkahkah..
BalasPadamAlih tiang gol xselesai mslh cai.
Kahkahkah..
Cerita pkr dap xkn solve mslh umno.
Kahkahkah..
Siapa punya bebal la bg idea sampah gile..
Kahkahkah
Bila nak heret depa? Takkan heret selagi Pandi jadi AG. Pandi takkan bertukar selagi Najib jadi PM. Pandi dah "clear"kan Najib. Itu lah masalah besar nya.
BalasPadamNunggu jika ada perkembangan baru dari Majlis Raja Raja. Dulu Majlis dah keluarkan kenyataan mintak isu 1MDB dan RM2.6 bilion di selesaikan. Tun dah mintak perhatian DYMM sekelian ke atas Deklarasi Rakyat dan Kempen Selamatkan Malaysia. Majlis Raja Raja di laporkan ada bermesyuarat, di Pengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor. Tapi takda kenyataan di keluarkan.
Jugak nunggu kes Tun saman Najib ke Mahkamah. Harap cepat di bicarakan. Sebab PRU14 tinggal 2 tahun saja lagi. Lingkup UMNO kalau Najib masih pegangan jawatan berdekatan PRU14.
Sdra Admin,
BalasPadamTolong delete all discussions yang cuba nak alih topik yang dibincangkan seperti pkr team a lawan tdm team b, kutuk tdm semasa jadi pm dan lain.
Sebenarnya pro najib paid comments have no defence at all...tuduh orang fitnah najib tapi terbukti benar beserta dengan dokumen, gertak nak saman tetapi sebrnarnya takut kerana salah, agensi kerajaan bertindak atas orang awam takut kebenaran sampai pada orang awam.
Kesimpulan....NAJIB MEMANG BERSALAH
Kesimpulan....MAHATHIR MEMANG KAKI FITNAH
BalasPadamYE KE? kaki fitnah saman orang kena fitnah?
Padamko bangang ke apa? kah kah kah
Setuju, 824 PG tu bangang.
Padam824 PG betol betol memalukan ahmad must learn 3.85
PadamNajib gunakan beribu helah nak lari dari tanggong jawab ke atas 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ke ekaun.
BalasPadamPerlu ada sesuatu yang luar biasa berlaku yang boleh menyebabkan dia tak tahan dan letak jawatan. Soal nya: apa dia yang luar biasa tu? Mari kita fikirkan dan keluarkan cadangan.