Selasa, 19 April 2016

PANAS ~ WSJ Dakwa Sumber 2.6 Bilion Dari Syarikat Palsu..!


Dapat pencalonan anugerah Pulitzer lagi dalam mendedahkan skandal penyelewengan 1MDB..!

WSJ pun tak mengagak ngagak menerbitkan berita ni yang kebetulan jatuh pada hari selasa..!

WSJ dakwa sumber RM2.6bil daripada syarikat palsu Aabar

Akhbar Wall Street Journal, yang dituduh oleh Putrajaya cuba untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat satu lagi dakwaan mengejutkan berhubung dana AS$3.5 bilion yang menurut International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, tidak pernah diterimanya daripada 1MDB.
1MDB dilaporkan telah memindahkan wang berkenaan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma dana Abu Dhabi itu.
Dalam laporan terbaru, WSJ yang dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer berhubung pendedahan skandal 1MDB, mendakwa sebahagian wang daripada syarikat palsu berkenaan berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
"Menurut penyiasat di dua negara, sebahagian daripada wang (Aabar) tersebut seterusnya dipindahkan, melalui perantara, kepada sebuah syarikat ‘shell’ bernama Tanore Finance Corp yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin.
"Pemilik Tanore apabila ia mula-mula ditubuhkan adalah Tan Kim Loong, rakan perniagaan Malaysia (Jho) Low, menurut mereka yang biasa dengan perkara itu. Percubaan untuk menghubungi Tan bagaimanapun tidak berjaya.
"Penyiasat antarabangsa percaya ia adalah daripada Tanore yang memindahkan AS$681 juta ke akaun Ambank Perdana Menteri Malaysia Najib pada Mac 2013, mengikut mereka yang biasa dengan penyiasatan itu," lapor WSJ.
Najib mendakwa wang AS 681 juta yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kepada kadar pertukaran Julai tahun lalu ketika pertama kali ia didedahkan, adalah sumbangan politik dari keluarga diraja Arab Saudi.
Bulan lalu, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) juga menerbitkan surat daripada seorang putera Arab yang menyatakan bahawa AS$375 juta diberikan kepada Najib untuk melakukan apa saja yang disukai sebagai pengiktirafan pentadbirannya yang berasaskan Islam.
Kenapa Najib dan sekutunya terus membiarkan rakyat gagal mendapat jawapan pasti..! Tunjukkan la bukti penyata kewangan bagi menjelaskan segala kekusutan...! Ini masa buktikan kebenaran..!

Nak tunggu selasa penduduk marikh agaknya..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Bro,

    Bagi pemakan2 dedak/cai2 najib tetap tak bersalah walau apa sekalipun. Pada mereka najib adalah penglima perang yg maksum. Tunjok kan lah bukti apa sekali pun najib tetap tak bersalah. Macam kes anwar juga dulu mereka tetap bermatian matian percaya pada panglima mereka. Pada mereka yg bersalah hanya lah Tun M. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia aku pun tak tau lah. Nauzubillah!!!

    BalasPadam
  2. Dari dulu lg aku percaya bahawa 2.6 billion dari 1mdb yg dibayar ke syarikat palsu Aabar BVI pd 2012...Najib terima duit pd 2013..........Apa2 pun tunngu siasatan lanjut dari AGO Switzerland dan negara lain utk mengesahkan Money Trail ni......

    BalasPadam
  3. Dari awal lg tun m dah ckp duit tu bukan derma.

    Apa pun aku nak ucapkan setinggi penghargaan pada cai cai bugis yg bekerja keras utk meninggikan lagi ego dan ketamakkan bugis sehingga reporter wsj yg menulis ttg 1mdb dapat masuk peringkat akhir award Pulitzer. Kalau tidak kerana cai semua, dah tentu takde peluang reporter wsj nak bertanding.

    Kalau reporter tu menang award, bugis boleh jemput dtg malaysia dan harap cai sekelian sambut dengan kompang dan karpet merah ya.

    Bro admin....jgn lupa ucap tahniah pd cai semua.

    BalasPadam
  4. lepas satu penipuan tak jadi, buat lagi satu penipuan. kesian geng badot sarkas kepala dongga, masih buta lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini hari Selasa.
      WSJ dilayang surat saman ?

      Ramai yang menunggu

      Padam
    2. Tak lama dulu media2 utama menyiarkan ucapan seorang pemimpin......

      "Satu usaha menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat dan saya akan menyaman WSJ hari Selasa ni. Dia orang tak tahu saya ni Pahlawan Bugis pantang dicabar tau! (dalam nada menjerit lepas tu lap air liurnya dibibir yang pink)"

      Agak2 siapa dia...???

      Padam
  5. Dah dah duga dah red bean army mesti kutip dan wajib kutip citet pulitzer award nih.... budak botak bika nak kutip citer ni .... pulitzer awsrd untuk fitnah award wsj dan anugerah pulitzer dari 1 sumber yahudi rothchild.... di russia putin dan anggita BRICS dan tinggalkan rothchild lintah darat ni.... Vladimir putin dan arahkan keluarga dynasti dan george soris dibunuh dan semua kaum yahudi oligarchs dibunuh dan diprnjarakan. ... ingat lagi Panama News PM Iceland dipecat dan dilucutkan jawatan PM. ... maka terkinja kinja puak red bean army spt othman ahmad spin pasal Pabana News.... sebenarnya di Iceland sudah arahkan kesemua Bank Rothchild ditutup dan semua anjing anjing rothchild dipenjarakan.... kehadiran rothchild di Iceland tak dialu alukan lagi... Greece..Hungry. .Austria... dan beberapa negara eropah lain sudah meniggalkan rothchild dan talibarut rothchild yahudi dajjal WSJ tidak ada tempat dinegara ini..... ini FAKTA terkini tentang WSJ Rothchild dan talibarutnya beroperasi disetiap negara mengancam bank Rothchild....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejora Liberal...

      Siapa suruh Najib jemput Yehudi Zionist Rothchild buka cawangan bank di sini? Siapa suruh Najib lantik Yehudi Zionist Paul Stadlen sebagai PR Consultant. Baca nie for your English lesson....

      Stadlen used to head the Kuala Lumpur office of the international PR firm Apco Worldwide circa 2009, the firm having been engaged by the PMO using public funds to help with Najib's public profile and international relations. it was also Apco that helped Najib stage his 1Malaysia campaign or as some would say, facade for its similarities with other national programs with similar naming structure and details.

      Got it, dude...??

      Padam