Latar belakang perbicaraan kes Presiden ISMA
13, 14 dan 15 Oktober ini merupakan tarikh perbicaraan kes Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman yang dituduh di bawah Akta Hasutan 1948.
2 pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Puan Norhazani Hamzah.
Beli dituduh menyebut atau menerbitkan empat ayat berbaur hasutan:
“Kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.”
“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.”
“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?”
“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu”
Ustaz Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Kenyataan tersebut telah disiarkan pada 6 Mei 2014 di laman Portal Islam dan Melayuwww.ismaweb.net. Rujuk pautan artikel.
Kes ini bermula apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub pada 3 April 2014 mengumumkan akan membentang Rang Undang-undang Persendirian dalam mana-mana sidang parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang hudud seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Sejurus selepas pengumuman tersebut, pelbagai pihak bukan Islam memberi respon negatif, sedangkan perkara tersebut hanya di peringkat cadangan.
- Pemuda Gerakan ancam tindakan mahkamah jika PAS bentang hudud di parlimen.
- Lim Guan Eng mengugut PAS akan kehilangan Kelantan jika berkeras mahu membentang hudud di parlimen.
- Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.
- MCA lancar kempen anti hudud.
- Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.
- Wanita MCA lancar kempen ‘Say no to PAS hudud’.
- Malaysia akan menjadi sebuah negara teokratik Islam, kata Pemuda MCA.
- DAP Selangor bertegas bantah hudud.
Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan sumbang bukan Islam yang bukan sahaja membantah bahkan menghina hukum hudud.
Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, orang Islam berhak mencadangkan agar hukum Islam dilaksanakan. Tambah-tambah lagi jika dinilai dari sudut sejarah, Malaysia ini dahulunya sebuah negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam.
Kenyataan yang disiarkan pada 6 Mei lalu merupakan satu isyarat kepada bukan Islam agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Islam. Meskipun hukuman hudud boleh dikenakan ke atas bukan Islam, ia tidak akan memberi mudarat sebaliknya memberi manfaat kepada semua. Logik mudah, mengapa pencuri Islam sahaja dikenakan hukum hudud, mengapa tidak pencuri bukan Islam juga perlu dikenakan hukum yang sama?
Jadi, apabila orang Islam bercakap soal undang-undang dalam kerangka bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin bukan Islam tutup mulut. Adakah mereka rasa tergugat sekiranya hukum Allah tertegak di Malaysia? Sepatutnya tidak begitu.
Seruan kepada orang Melayu
Dalam video yang telah disiarkan sebelum ini, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru untuk hadir ke Mahkamah Kajang pada 13, 14 dan 15 Oktober ini bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden ISMA. Inilah gelombang perjuangan orang Melayu dalam memartabatkan Islam di tanah air tercinta.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan