Isnin, 13 Oktober 2014

Hassan Jangan Tengok Ayam Ajer..!


Hassan Malek dan para penguatkuasa di KPDNKK perlu segera memantau harga barang barang di bawah..! Jangan tunggu report ajer..! 

Buat serbuan dan siasatan..! Ramai pengusaha yang mengambil kesempatan, mencekik darah pengguna sekarang ni..!

Contohnya...

Barang yang sama dengan berat yang berbeza lebih mahal...! 
Lebih ringan timbangan...lebih berat harga...! Apa citer..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Kerajaan mesti mengkaji mekanisma untuk membendung ketirisan subsidi kepada pendatang asing. Dengan jumlah pendatang asing di Malaysia antara 3 juta hingga 5 juta orang, bayangkanlah berapa juta ringgit setiap hari subsidi milik rakyat Malaysia yang telah digunakan oleh pendatang asing yang tidak bayar cukai, tiada kesetiaan kepada Malaysia ini?

    Pihak kerajaan patutnya mengkaji mekanisma untuk mengawal ketirisan subsidi ini, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan pengurangan subsidi itu dan ini dengan alasan kos subsidi makin meningkat. Apakah kerajaan pernah kaji berapa banyak subsidi yang dinikmati setiap tahun oleh pendatang asing di negara ini? PEMANDU yang dicanangkan sebagai agensi kerajaan yang terbaik oleh Najib, apakah PEMANDU pernah membuat kajian dan memberikan mekanisma terbaik untuk mengatasi masalah ini? Kalau sekadar upah konsultan itu dan ini kemudian beri cadangan dungu yang menyusahkan rakyat, lebih baik tutup sahaja PEMANDU itu, buang masa dan buang duit negara bayar gaji dan upah kepada golongan lembab yang hanya bergantung kepada konsultan yang jenis pelingkup sahajalah.

    Saya mencadangkan kerajaan agar dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk mengatasi masalah ketirisan dalam subsidi kepada pendatang asing:

    1. Wajibkan setiap pendatang asing mengambil insurans kesihatan di mana pihak kerajaan akan mengutip balik kos perubatan yang selama ini begitu murah yang dinikmati oleh pendatang asing.

    2. Kerajaan mengenakan bayaran perkhidmatan untuk mengambil balik subsidi atau menampung semula subsidi yang telah diambil oleh pendatang asing melalui pembayaran permit kerja yang lebih tinggi. Ini bukannya kekejaman, kerana pendatang asing tak ada kesetiaan kepada Malaysia dan tak bayar cukai.

    3. Penggunaan sistem elektronik untuk pemberian subsidi di stesen minyak di mana pam minyak telah disetkan dengan satu sistem yang mengesan kad pengenalan dan merekodkan pembelian petrol atau diesel oleh setiap pengguna di mana kadar penggunaan boleh direkod dan dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri secara bulanan untuk melihat transaksi yang meragukan. Mungkin ada yang kata cadangan gila kerana berjuta orang beli petrol dan diesel setiap hari, buatlah mengikut daerah dan sistem itu mestilah boleh mengasingkan pembelian dari yang terbanyak dan sedikit supaya dapat dikesan pembelian yang meragukan untuk tindakan siasatan. Hendak seribu daya, tak mahu dan pemalas akan berbilion dalih.

    4. Bagi penyeludup barangan bersubsidi, perlu hukuman yang keras sehingga hukuman gantung sampai mati bagi kes penyeludupan yang serius seperti penyeludupan melebihi RM 20,000.00. Bagi kurang pada itu tetapkan hukuman penjara minimum 5 tahun hingga 20 tahun dengan 5 hingga 20 sebatan. Hukuman keras sebegini boleh mencegah penyeludupan barangan bersubsidi kerana penyeludup telah berkurangan kerana dihukum mati atau dipenjarakan, malahan ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain. Kalau ada yang kata cadangan ini keterlaluan, apa lagi cara untuk cegah melainkan dengan mengeraskan penguatkuasaan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.

    5. Para majikan atau ejen rakyat tempatan atau penjawat awam yang diamanahahkan untuk melindungi negara dari pencerobohan pendatang asing samda yang menjadi majikan atau broker atau memberikan perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin perlu ditangkap dan dibicarakan serta seterusnya dihukum dengan hukuman keras seperti penjara tidak kurang 5 tahun dengan sekurang-kurannya 5 sebatan serta denda RM 1,000.00 bagi setiap pendatang asing yang dilindungi secara tidak mengikut undang-undang.

    Bersambung..............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan..................................


      Ada kalanya tindakan perlu keras untuk memberikan pengajaran sekiranya pendekatan lembut tidak dipedulikan. Kerana sekiranya berlembut sangat hingga ada yang mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan, sampai bila masalah ini akan dapat diselesaikan? Generasi kini akan mewariskan masalah yang sama dan akan menjadi bertambah buruk sekiranya tidak diselesaikan secara menyeluruh sekarang ini kepada generasi yang akan datang.

      Masalah yang dikenalpasti perlu dicari jalan penyelesaian yang paling munasabah untuk menyekat ia merebak menjadi bertambah buruk, seperti rumah yang sedang terbakar di bahagian dapurnya, kalau asyik menentang cadangan untuk cara memadamkan rumah itu, kononnya tidak betul dan itu dan ini, maka akhirnya rumah itu akan hangus terbakar dan semua kerugian.

      Apakah kita semua generasi sekarang ini mahu melihat kehancuran pada generasi kita yang akan datang akibat kegagalan menguruskan isu ketirisan subsidi kepada pendatang asing ini hingga suatu masa pendatang asing sudah melebihi penduduk tempatan, negara terpaksa bekerja keras untuk cari dana uruskan ekonomi, rakyat negara akan dibebankan dengan itu dan ini semata-mata mahu memberikan subsidi kepada pendatang asing, apakah itu yang kita mahukan?

      Tak guna berseminar ke sana ke mari untuk mencari jalan paling lembut untuk mengatasi masalah ini kerana yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat tempatan juga yang dibebankan dengan kenaikan harga barang, penguranan subsidi, pengurangan belanja pembangunan hingga rakyat jadi sengsara dan menderita.

      Pemimpin atasan silalah berfikir guna akal yang waras, jangan terlalu idealis dengan hak asasi manusia hingga akhirnya memusnahkan rakyat sendiri seperti ibarat orang tua-tua, anak dirumah dibiar mati kebuluran, kera di hutan sibuk disusukan.

      Ingatlah bahawa kepentingan warga Malaysia lebih penting kerana bagi pendatang asing, itu tanggungjawab kerajaan mereka, kesetiaan mereka kepada negara dan kerajaan mereka, bukannya kepada Malaysia, itu kita kena ingat dan faham.

      Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

      Encik Mohamad
      Nasionalis Melayu.

      Padam
  2. Najib perlu faham bahawa mencapai status negara maju seperti mana gagasan Wawasan 2020 adalah bukannya hanya mencapai pendapatan perkapitan USD 15,000.00 semata-mata. Tetapi pembangunan menyeluruh mengikut acuan ketimuran berteraskan Islam, itu prinsip Wawasan 2020.

    Kalau mencapai kadar KDNK USD 15,000.00, tetapi pembangunan masyarakat tunggang langgang, pembangunan negara indah khabar dari rupa, rakyat sengsara dengan nilai matawang yang makin mengecil sedangkan kos sara hidup makin meningkat, pendatang asing makin ramai menceroboh dan dibawa masuk ke Malaysia hingga melebihi warga Malaysia sendiri, apa jenis negara maju sebegini?

    Dalam isu pembangunan modal insan, saya tidak melihat Najib serius dalam hal ini, banyak warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan macam-macam negara dibawa masuk ke Malaysia, kesannya peluang kerja kepada warga tempatan makin menguncup kerana banyak jawatan kerja telah direbut oleh pendatang asing.

    Ada yang menuduh anak-anak muda pemalas dan tak mau bekerja di sektor ladang, buruh dan sebagainya. Ini adalah persepsi semata-mata, kerana ramai anak muda yang sanggup kerja kilang, tetapi lihatlah di kilang-kilang, ada kilang yang di bahagian operator, 100% warga asing, jadi di mana nak tempatkan rakyat Malaysia di sektor kerja?

    Di sektor perladangan dan pembinaan, peranan Kementerian Belia dan Sukan serta kementerian lain seperti pelajaran, pelancongan, sumber manusia dan sebagainya termasuklah pimpinan politik setempat untuk mengubah minda anak-anak muda supaya bekerja di bidang itu terutama anak-anak muda yang tidak berminat dengan pengajian akademik.

    Saya sejak tahun 2006 mencadangkan kepada sepupu Najib iaitu Hishammuddin yang pada masa itu adalah Menteri Pelajaran berkenaan pembangunan modal insan bagai pelajar yang tak minat bidang akademik supaya dibuka ruang untuk pendidikan vokasional yang lebih luas bagi menampung tenaga kerja separa mahir serta tenaga buruh yang selama ini dimonopoli oleh pendatang asing. Tetapi cadangan saya melalui e-mel tidak dipedulikan, kerana saya tidak berpangkat dan tiada gelaran dato' tan sri dan sebagainya.

    Tetapi alhamdulillah, pada tahun 2010, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran memandang sedikit cadangan saya itu dan diperkembangkan sekolah vokasional. Meskipun begitu, dari segi pandangan saya, sekolah vokasional atau giat mara atau pusat latihan lain yang bersesuaian seperti IKBN dan sebagainya perlu dipergiatkan seawal tingkatan 1 atau umur 13 tahun untuk membolehkan pelajar ini tamat pengajian lebih awal dan memasuki sektor pekejaan pada usia 16 tahun, iaitu umur untuk memasuki sektor pekerjaan. Dengan ini, kita tidak membazirkan sumber di mana sekarang ini ramai pelajar di sekolah yang mana mereka tak minat akademik, mereka sudah tentu tak suka belajar, ponteng, malahan kerana bosan serta pengaruh kawan ada yang terlibat dengan gejalan mat rempit, hisap dadah, bohsia, bohjan dan sebagainya.

    Jika pelajar ini diberikan ruang untuk mempelajari mengikut kaedah yang mereka minat iaitu melalui pembelajaran secara amali, sudah tentu kita dapat melindungi generasi muda kita dari terjebak dengan gejala negatif itu kerana mereka bila tamat belajar akan bekerja, mereka sudah ada benda yang mereka nak buat.

    Oleh itu, Najib perlu melihat pembangunan Agenda Nasional Malaysia secara holistik, bukannya sekadar nak menggula-gulakan rakyat, membuat sekadar melepaskan batok di tangga sahaja. Ini kerana apa yang kerajaan perlu buat adalah membangunkan Agenda Nasional Malaysia supaya Malaysia mencapai hasrat Wawasan 2020 mengikut kerangka yang sebenarnya.

    Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    BalasPadam
  3. Kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh pemansuhan matawang 1 sen. Jika dahulu, harga barang naik 1 sen atau 2 sen, sekarang ini lihatlah paling kurang 5 sen, itu pun jarang, subsidi petrol dan diesel kena kurang pun 20 sen, ini untuk tahun ini sahaja, tahun depan kalau makin ramai pendatang asing masuk, subsidi petrol dan diesel dan subsidi barang lain akan dikurangkan lagi, alasannya banyak sangat subsidi yang perlu ditanggung kerajaan sedangkan kerajaan membiarkan sahaja lambakan pendatang asing di negara ini yang sudah mencecah antara 3 juta hingga ke 5 juta orang.

    Kerajaan Najib hanya tau fikir mudah sahaja, bebankan rakyat dengan macam-macam bebanan, lepas tu beri gula-gula seperti BRIM. Ingatlah Kedai Rakyat 1Malaysia pun, berlambak pendatang asing pergi beli barang di sana, oleh itu kerajaan kena kurangkan pendatang asing di Malaysia, kalau tangkap, minta kerajaan mereka yang datang ambil, tak payah nak susah payah pergi hantar, itu semua perbelanjaan kepada Malaysia, wang yang sepatutnya untuk pembangunan kepada Malaysia telah digunakan untuk kepentingan pendatang asing yang dibawa naik kapal, feri, kapal terbang untuk dihantar pulang, selesa betul layanan kerajaan kepada pendatang asing.

    Kembalikan matawang 1 sen serta kurangkan pendatang asing di Malaysia dan bangunkan modal insan tempatan melalui pendidikan vokasional bagi pelajar yang tak minat akademik supaya kekosongan akibat pendatang asing yang kerajaannya kita suruh ambil balik rakyatnya itu diisi oleh warga Malaysia.

    Zaman kerajaan serba tahu telah berlalu kata Najib, tetapi bila rakyat bagi pandangan, bukannya Najib nak ambil peduli pun, kerana Najib ingat dialah yang paling pandai di dunia ini. Sebab itulah dia mansuhkan ISA, mansuhkan Ordinan Darurat kerana Najib fikir dialah yang paling pandai, paling cerdik, paling bijak di muka bumi ini.

    Oleh itu, Malaysia perlu diselamatkan, Pemilihan UMNO 2016 nanti, Najib dan kuncu-kuncunya perlu diajar dan dijatuhkan untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional serta Malaysia supaya tidak diporak perandakan lagi oleh petualang-petualang itu.

    Kita tak perlukan Pakatan Rakyat kerana mereka pun sama macam Najib dan kuncu-kuncunya, golongan perosak dan tidak berwawasan, siang malam sibuk politik, kita akan sengsara kalau orang macam itu berkuasa. Kita kekalkan Barisan Nasional, tetapi kita tolak Najib dan kuncu-kuncunya untuk kesejahteraan Malaysia dan kita semua.

    Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    BalasPadam
  4. Menteri yang gagal perlu disingkirkan jika dia tak mahu letak jawatan.

    BalasPadam