Selasa, 21 Oktober 2014

Cina Ni Tak Mahu Malaysia Di CINA Kan..!


Kalau suatu hari nanti berulang pertumpahan darah antara kaum dan agama...masa itu jangan sesekali rakyat yang dipersalahkan..! Tanya la kepada pemimpin yang lemah hari ini kenapa mereka rela membiarkan segala jurang pemisah dan kekeliruan antara kaum dan agama ini semakin sengit dan hampir tidak terkawal..!

Rakyat dan negara diibaratkan seperti telur dihujung tanduk..! Menunggu masa sahaja..!

Baca dan fahamkan...!

Menambahbaik sekolah vernakular


Saya sudah dapat menjangkakan apa jawapan ultra kiasu apabila isu sekolah vernakular dibangkitkan. Belum apa-apa lagi mereka sudah melompat dengan mengatakan tidak boleh sama sekali sekolah ini dihapuskan. Lebih serius lagi, mereka samakan kedudukan sekolah vernakular dengan kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. 

Peliknya, boleh dikatakan tidak ada kenyataan balas selepas itu. Maklumlah takut hilang kuasa.

Ketika AGM ultra kiasu, banyak kali saya dengar berbagai perkara dibincangkan menyentuh hak istimewa Islam dan Melayu dan perkara sensitif. Adakah ketika itu UMNO memberi amaran jangan bincangkan perkara ini. Siapa yang lebih bersifat terbuka?

Kenyataan ini dikeluarkan sebab ada masalah. Sebab itu UMNO mahu membincangkan. Adakah kita tidak nampak langsung masalah yang ditimbulkan oleh sekolah vernakular? 

Saya tidak nampak UMNO begitu berani untuk memansuhkan sekolah vernakular kerana ada implikasi politiknya. Sekolah vernakular akan terus kekal.

Apa yang perlu dilakukan adalah penambaikan, sebab kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk sekolah vernakular sehinggakan statusnya hampir sama seperti sekolah kebangsaan. Adakah kedudukan sekolah ini tidak boleh dibahaskan langsung.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah

Pertama, masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) mesti ditambah. Wajibkan P&P BM setiap hari. Paling kurang 2 jam satu hari. 

Tidak kira ditentang macam mana sekalipun, anak-anak bukan Melayu mesti dipandaikan dengan bahasa negara demi masa depan.  Sekiranya mereka gagal, syarat-syarat mesti dikenakan. Misalnya, tidak boleh naik darjah, jika gagal dalam komunikasi dan tulisan.

Begitu juga mata pelajaran sejarah, wajibkan diajar dalam BM, bukannya bahasa ibunda sebagaimana yang berlaku pada masa kini.  

Perpaduan nasional tidak akan tertegak jika generasi akan datang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa negara. 

Kedua, saya ingin memetik pendapat Nordin Kcd (6.1014), yang memberi respon kepada MCA. Nampaknya MCA masih dibuai mimpi dengan kejayaan lampau mereka kerana mendapat hak keistimewaan dalam pendidikan vernakular bagi kaum mereka. Hasilnya hari ini MCA sendiri melahirkan generasi baru kaum Cina yang tidak fasih menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri. MCA masih lagi mengagong-agongkan bahasa kebangsaan dari negara luar hanya kerana kaum mereka berasal dari negara tersebut.

Ada dua sebab utama kenapa pemimpin MCA terdahulu menuntut hak pendidikan vernakular Cina ini dikekalkan. Pertama, kaum Cina ketika itu anggap Malaya hanya tempat untuk mereka cari makan. Setelah mereka jadi kaya mereka akan pilih untuk kembali dan mati di negara Cina, negara tempat asal usul mereka. Sebab itu mereka perlu tahu bahasa dari negara asal usul mereka. 

Kedua, kaum Cina takut diperlakukan sama seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang mana kaum mereka dipaksa untuk diasimilasikan mengikut budaya dan bahasa tempatan sehingga identiti bangsa mereka sebagai kaum Cina terus hilang.

Sebagai timbal-balas keatas pengiktirafan yang mereka berikan terhadap hak keistimewaan orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi, mereka turut menuntut hak keistimewaan yang setara terutama dalam bidang pendidikan diberikan kepada kaum mereka. 

Sebab itu MCA hingga kini begitu sensitif mempertahankan hak keistimewaan kaum Cina ini walau pun ia meninggalkan kesan negatif kepada kaum mereka untuk beridentitikan "orang tempatan". 

Menurut Nordin lagi, bagi MCA menghapuskan sekolah Cina samalah seperti menghapuskan sejarah kejayaan lampau parti mereka yang mereka guna untuk meraih sokongan kaum mereka kepada MCA.

Akibatnya hari ini generasi baru kaum Cina masih gagal menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri seperti mana kaum mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina. Malah pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar lebih fasih menguasai bahasa kebangsaan Malaysia berbanding warganegara Malaysia yang berbangsa Cina ini. 

Pada satu sudut, MCA berjaya mengekalkan sekolah vernakular Cina tetapi di sudut yang lain MCA gagal meletakkan anak bangsa mereka setara dengan bangsa lain yakni beridentitikan “anak jati tempatan” atau “Anak bangsa Malaysia”. 

Hari ini kaum India nampaknya lebih berjaya menguasai bahasa kebangsaan berbanding kaum Cina. Itu yang patut MCA fikirkan kerana orang Melayu sendiri lebih senang berkawan dengan kaum India kerana mereka boleh berkongsi satu bahasa dan memahami antara satu dengan yang lain.

Ketiga, kerajaan mesti memantau sekolah vernakular setiap masa, setiap ketika. Garis panduan dan indeks penunjuk prestasi (KPI) mesti diwujudkan. Pastikan operasinya tidak lebih Cina dari negara China.

Rakan saya dari negara China, menggeleng-geleng kepala melihat betapa beruntungnya Cina di Malaysia mendapat hak pendidikan di sini, seolah-olah membenarkan wujudnya negara dalam negara. Di negara merekapun tidak secina di sini. Saya semakin menjadi tidak faham, kenapa dalam sebuah negara yang mendaulatka BM, ada segelintir yang mahu menjadi secina-cinanya. Pernahkan mereka terfikir soal pembangunan negara bangsa? 

Akhirnya, saya amat mengharapkan masyarakat Cina di Malaysia tidak terlalu mendesak atau menekan kerajaan. Jika tidak pasti akan wujud banyak lagi Perkasa dan Isma.

Lu FIkir LA Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. rocky the great ejaculator says: sapa yang bagi peluang-peluang kat Cina Malaysia jadik lebih Cina dari sume cina di donia? sape? Beratus2 kali aku dikursus oleh BTN tapi bila keluar, maken Cina orang cina kat Malaysia.. nak cakap bejadah apa lagi?

    BalasPadam