Bagus ler kalau gitu..! Dengar pendapat dan pandangan rakyat..! bukan pendapat konSETAN yang hanya mengejar PENDAPATAN mereka semata mata..!
Buat keputusan yang menguntungkan rakyat dan kerajaan..! Kalau ikut cadangan Husni tempohari seolah olah menjadi rakyat yang kaya dengan berpendapatan tinggi sudah menjadi kesalahan seakan menjadi rakyat kelas kedua..! tiada layanan istimewa..!
Akhirnya jadilah Kerajaan Berpendapatan Tinggi..! Rakyat Berpendapatan rendah..!
Cerita penuh nya ada di sini.
Lu FIkir La Sendiri!!!
jangan gopoh sanagat teliti betul2, pak menteri jangan lah umum dahulu kalau belum diputuskan
BalasPadamminyak punya pasal, BN AKAN JADI PEMBANGKANG, tak caya tunggu lah...
BalasPadamYg harus diselesaikan adalah ketirisan dari penyangak subsidi. Itu saja sudah boleh selamatkan bilion subsidi. Rationalisasi subsidi minyak adalah ditahap kedua...... Selesaikan isu ketirisan dulu. Menteri kena paham ni.......
BalasPadamSalam,
BalasPadamYa .. saya juga tidak bersetuju dengan pengumuman SETENGAH MASAK menteri terlibat. Kalau makanisma tersebut belum siap, kenapa umumkan pada rakyat. Bukankah semua pak-pak menteri tahu bahawa isu minyak sangat sensitif.
Saya berpendapat bahawa subsidi minyak perlu dikembalikan kepada yang benar-benar layak. Namun ia TIDAK SEMESTI nya dinikmati (subsidi minyak) melalui penurunan harga minyak directly. KENAPA !!! .... ini disebabkan penurunan harga bahan bakar ini turut serta dinikmati oleh bukan warganegara Malaysia. Melalui teknologi ICT sekarang, pihak kerajaan mampu mengenal pasti warganegara yang layak menikmati subsidi dan boleh disalurkan melalui bebagai cara. Ya .. bukan mudah .. tetapi BUKAN mustahil.
Sebagai contoh, harga barangan yang murah melalui Kedai 1Malaysia perlu dihadkan kepada warganegara sahaja.
Melalui sistem ICT, pengguna warganegara dipantau melalui jumlah penggunaan barangan asas seperti gula, tepung, susu, garam dan barangan asas yg relevan @ sistem kuota untuk setiap bulan.
Begitu juga dengan kuota subsidi bahan bakar untuk setiap warganegara. Menetapkan sejumlah LITER setiap bulan kepada setiap pengguna melalui data pembayar cukai dan daftar kenderaan.
Saya berharap pihak consultants yg dibayar dengan begitu tinggi akan dapat menyediakan kertas kerja cadangan yang lebih berkaliber dan berkesan.
Kerajaan juga perlu memberi peluang dan ruang kepada rakyat yg berkemungkinan mempunyai lebih banyak idea untuk bersama kerajaan untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang lebih relevan.
Sekadar pendapat .. AG ... Wassalam.
Dalam university kita berlambak prof2 yang hebat pasal ekonomi,gunakan kebijaksanaan mereka tu semua....punaisihat tu elok ditukar ke casino las Vegas!!!
BalasPadamCadangan yg sgt low class. Kerajaan byr penasihat gaji puluh2 ribu hanya utk beri idea tiered subsidy yg hanya akan menyusahkan kehidupan rakyat sndr? Sblm buat semua tu..HAPUSKAN dulu ketirisan dan penyeludupan petrol..pantau btl2 stesen2 minyak..
BalasPadamBagi aku, kereta warga asing yang masuk ke negara ini dikenakan cukai tambahan untuk petrol. Nak guna ron 95 atau ron 97 up to you. Apa-apa pun kerajaan dah ambil cukai tambahan katakan setiap kenderaan rm 20 (khas cukai untuk petrol) dan kalau warga asing tu marah, bagi tahu dia jangan bawa kereta masuk. Ini untuk mengelakkan warga asing tu menikmati subsidi...
BalasPadamsiapa yg selalunya berpendapatan lebih 10k ?
BalasPadamgolongan mana yg bising selepas usul dikemuka? :)
apa yg saya nampak. gologngan tu bising maka najib pn segara takut dan buat pusingan u.
bkn salah jadi kaya. tp obviously yg kaya lebih mampu menanggung kos hidup, yg x kaya atau kurang pendapatan hanya nyawa2 ikan tanpa subsidi.
kalau x silap sweeden pn mengamalkan saman berkadar dgn pendptan. saya x nampak salah silap usul yg dikemukakan
berapa kerat sgt la org melayu yg berpendptan lebih 10k. kita kene tgk secara total. jgn hanya tgk jiran sekeliling yg duduk di kl.
SAMAN tak sama dengan beli petrol saudara.
Padamsaman tu kalau hangpa buat silap. hangpa langgar undang2.
tapi minyak ni keperluan rakyat. so pandai2lah bezakan.
nak sangat tolong orang susah bukan dengan menyusahkan rakyat lain. sedangkan brim tu pun banyak masalah. apatah lagi dengan cadangan ini. hangpa fikir rakyat yang layak dapat full subsidy tu pun jujur belaka ke? mesti ada yang ambil kesempatan punya.
takkan tak tahu lagi 'betapa efisiennya' penguatkuasaan di Malaysia nih?