Khamis, 30 Oktober 2014

HOT ~ PEMANDU Najib Masuk Parit..!


Dah banyak yang diperkatakan berkaitan Idris Jalang ni..! Banyak dah kerosakan yang dia buat selama ni..! Takkan kita nak terus membiarkan Idris Jalang ini menjadi punca kuasa Melayu dan Barisan Nasional berkubur dalam PRU14 yang akan datang..! 

Celik la Najib weiiii..!!!

Kerajaan diminta mengkaji semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dilihat bertindih dengan tugas kementerian lain.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Pemandu bukan sahaja tidak ada koordinasi yang baik dengan kementerian-kementerian, malah unit yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala itu juga telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh kementerian sebelum ini.

“Terlalu banyak pertindihan tugas di antara Pemandu dan kementerian. Hala tuju tidak jelas antara EPP, NKRA, malah ada sesetengah kementerian tidak tahu hala tuju dan peranan masing-masing.

“Kita boleh lihat laporan-laporan Pemandu adakalanya tidak senada dengan laporan-laporan daripada kementerian dengan pendekatannya juga berbeza dan kadangkala tidak difahami oleh kementerian,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan peranan Pemandu diserah kembali kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang telah terbukti keberkesanannya.

“Saya fikir daripada Pemandu berdiri sendiri seolah-oleh sebagai konsultan, mungkin peranan boleh diambil semula oleh EPU yang dilihat akan lebih bertanggungjawab selaras dengan keperluan kerajaan.

“Saya mencadangkan dalam Dewan tadi supaya kerajaan dapat memikirkan semula peranan Pemandu sama ada masih sesuai untuk diteruskan ataupun peranannya harus dikembalikan kepada EPU yang sekian lama telah berjaya memainkan peranannya dengan lebih baik.

“EPU juga hari ini melakukan pengurusan nilai dalam kontrak-kontrak yang besar. Saya tidak nampak peranan Pemandu itu penting kepada waktu ini,” katanya.

LU FIkir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. kalaulah najib boleh buka mata, walaupun sedikit sahaja. PEMANDU, 1MDB, Akta Keharmonian Nasional, ISA, BR1M, Rasionalisasi Subsidi dan macam2 lagi adalah isu2 berbangkit yang meresahkan malah menyakitkan hati rakyat terbanyak. PEMANDU ciptaan najib adalah perosak, ibarat parasit dalam pentadbiran kerajaan. apa perlunya PEMANDU jika berperanan setakat konsultan tetapi kuasa melebihi kementerian2 tertentu. apa perlunya idris jala ada dalam kabinet jika kehadirannya seumpama racun? celiklah najib atau rakyat terbanyak akan memberi masalah kepada bn dalam pru akan datang...!!!

    BalasPadam
  2. Sudah berbuih di suarakan. Namun tiada maklum balas atau tindakan. Tun M sendiri pun letih daaaah...

    BalasPadam
  3. Kelihatan sekarang ni... umno sendiri melalui ketuanya sedang menmandu negara ini untuk dijerumuskan kejurang kebinasaan... segala tindak tanduk kabinet malaysia seolah2 sedang merancang untuk menyerahkan negara k3pada cinadap.... sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang kedurjanaan ini....

    BalasPadam
  4. Alang2 menuju ke jurang kebinasaan,baik bagi terus je dap perintah kan senang,jangan nak tunggu pau Baru Kata Nak mendengar suara akar umbi,kami bukan pengampu yang Ada disekeliling kau najib yang bertuhankan duit!!!

    BalasPadam
  5. to our PM dont look and read on figure only.....sepatut nya melangkah dari bawah untuk menaiki di atas.....sebenar nya naik minyak 20 sen tiada masalah jika di kira dari kos keseluruhan tiada menjejaskan kos sesuatu production cuma perkara ini di jadikan isu bagi kepentingan ahli perniagaan..menaikan harga barang, logik nya tiada. tapi kerana kerajaan lemah dalam strategi politik menjadi keadaan yang tidak stabil. kalau nk di datakan hal ini sampai bila pun tidak selesai kerana dia bersandarkan suasana politik dan keputusan yg di ambil kerajaan selalu nya tidak selari dengan kehendak semasa wallahualam..cuma pandangan peribadi saya selaku rakyat malaysia

    BalasPadam
  6. Aku dah cakap Najib ni dah termakan nasi kangkang ...sebab tula bodoh

    BalasPadam
  7. Macam manahlah! Org yg melingkopkan MAS boleh jadi penasihat!

    BalasPadam
  8. Najib nak buang dia?? keh keh keh !! Boleh mimpi ler kome semua!! Dia orang macam ni ler najib paling suka simpan bawah ketiak dia..Yg tak tau buat kerja,yg kaki pengkhianat macam ,kaki pengampu,yg kaki liberal ,yg satu sen tak leh pakai macam ghani petail,Tu pasal opis dia PMO penuh dgn kala jengking dan ular berbisa

    BalasPadam