Menteri ni faham tak semangat Bahasa Kebangsaan? Menteri sendiri membakul sampahkan Bahasa Kebangsaan yang termaktub didalam Perlembagaan Perkara 152..! apa cerita?
Keputusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menukar TV Bernama saluran berita bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun depan bukan sahaja mengenepikan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah telah mencampakkan bahasa tersebut ke dalam bakul sampah.
Menurut Shaberry, langkah itu untuk menjadikan Bernama TV lebih berfokus dalam menyampaikan berita dan mampu menyiarkan laporan bersifat 'breaking news' dan 'real time' kepada penonton.
"Sekarang ini Bernama TV mengamalkan konsep pelbagai bahasa dalam rancangan dan beritanya dan ini adalah sesuatu yang sangat pelik dalam mana-mana industri penyiaran.
"Sebagai contoh jika ada berita mengenai kapal tenggelam ia mesti berdasarkan 'breaking news' dan 'real time', tetapi tiba-tiba masuk pula berita bahasa lain, orang akan lari dan menonton saluran lain," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang ingin tahu rasional Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjadikan Bernama TV dan nasib wartawan serta editor Meja Berita bahasa Melayu di stesen tersebut.
Kenapa mesti bahasa Inggeris? Kenapa tak mendaulatkan bahasa Kebangsaan? Kalau gila sangat dengan bahasa Inggeris pun kenapa tak dibuat dwi bahasa? kenapa mesti menguburkan bahasa Kebangsaan?
Apakah Bernama TV pun dah gila mencari iklan? kita semua tahu bahawa para kapitalis ni memang mahu membunuh Bahasa Kebangsaan...Jadi kenapa pulak mesti mahu menghambakan diri kepada puak kaliptalis?
Apa guna peruntukan yang kerajaan beri kepada Kementerian dan pihak Bernama untuk terus hidup selama ini?
Apakah transformasi mesti membuang jatidiri dan menjilat para kapitalis? kalau macam tu baik pergi pegang anjing..!
Harapkan pagar..! Pagar makan padi..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
UMNO ditubuhkan untuk memperjuang nasib agama Islam dan org2 Melayu...tapi bila lagi UMNO nak cadangkan satu akta untuk memperkasakan Bahasa Melayu...sesiapa yg tidak menggunakan Bahasa Melayu dgn betul boleh diambil tindakan....dengan itu kerajaan akan dapat mengutip hasil denda yg tinggi dan terus beri kepada BR1M !!!!
BalasPadam