Isnin, 27 Oktober 2014

HOT ~ Kerana Anjing Ustaz Menganjing..!


Nampaknya isu anjing tidak selesai lagi..! Walaupun penganjur sudah pun memohon maaf namun masih ada lagi mereka yang bergelar 'ustaz' mahu terus dilihat jaguh membela penganjur yang mengakui salah dan silap dalam menjayakan kempen tak cerdiknya minggu lalu..!

Selain dari ulama' suq ( ulama' jahat ) si Asri WalBabi punya kesesatan...boleh baca di sini kini timbul pulak mereka yang menggelar diri Pertubuhan Muttaqa Astizah Pendakwah Malaysia @ Murshid .

Tak sangka pulak nak berdakwah pun kena ada pertubuhan, tapi kalau takde pertubuhan tentu takde bos, second bos, secretary bos dan lain lain lagi kan..! Ulama' dulu tak perlu macam macam pertubuhan pun..! mereka bersatu atas nama Islam..! atas nama perjuangan menegakkan tauhid..! Itu sebab Islam terus subur dan syumul dibumi bertuah Malaysia dari dulu hingga sekarang ni..! Berkat keikhlasan mereka berdakwah..! Alhamdulilah...!

Kerana keberkatan mereka berdakwah juga lah Malaysia terus makmur dan maju dengan acuan kita sendiri...! Syiar Islam berkembang, hasil negara halal dibelanjakan untuk pembangunan Ummah dan Agama..! Malah kita menjadi ikutan dan contoh bagi negara Islam yang lain dalam sesetengah perkara..! Ini juga keberkatan yang Allah berikan hasil dari keimanan yang terpelihara dari dulu hingga kini.

Tiba tiba hari ini, atas nama ulama', atas nama ilmu agama yang mereka miliki maka tampil lah pelbagai pandangan dan sorotan yang cukup mengganggu kelestarian hidup umat Islam dalam beragama..! Mengekalkan sesuatu yang kita pegang selama ini dilihat jumud dan beku malah dengan lantang mereka merasakan bahawa ianya sudah tidak seiringan dengan kehendak zaman..! 

Mungkin selepas ni sembahyang pun akan berubah kerana tuntutan zaman yang mengekang masa manusia..! mungkin puasa juga akan disingkatkan..! segala nya boleh berubah kerana mengikut tekak dan selera mereka yang dikatakan ulama' oleh pengikut mereka..!

Apa kata mereka...

"Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba Tabung Haji buat fatwa tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Sedangkan kerajaan@pemerintah sudah pun membuat keputusan apabila dilaporkan berkata...
Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam memuliakan haiwan termasuk anjing namun umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak.
"Bagaimanapun dalam aspek hukum, soal kemuliaan satu hal dan dalam aspek hukum pula umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak di dalam Islam," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menutup Majlis Multaqa' Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia 2014 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustaffa dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaaan, Brig Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Jamil Khir berkata, Jakim akan memanggil penganjur pertunjukan anjing berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu kerana pihak penganjur terutama ustaz yang terlibat mendakwa, beliau tidak diperjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara itu (pertunjukan anjing).
"Bagaimanapun Jakim dalam masa terdekat ini akan memanggil penganjur supaya kita tidak terperangkap dengan isu berkenaan," katanya.
Kita tidak pertikai soal perbezaan hukum antara 4 Imam utama disini..! Hukum mengikut mazhab jelas berbeza..! NAMUN apa yang ustaz mereka ini perlu fahami bahawa negara ini tertegak dengan undang undang dan syarat..! Hukum ini wajib dipatuhi oleh setiap rakyat yang menjadi warganya..!
Didalam negara kita selama ini anutan kita jelas, mazhab kita juga jelas..! Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah dan mengikut fahaman Imam Shafie..!
Dan ini juga la pegangan yang perlu terpakai kepada setiap umat Islam dalam negara..! Kerana kesan lebih besar dan teruk boleh berlaku jika kita gagal mentaati kerajaan@pemerintah..! 
Agama telah mengajarkan bahawa....

KEWAJIPAN UMAT TERHADAP PEMERINTAH


Menurut Abu Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah seperti berikut:

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:
islam1.jpg (51760 bytes)
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu  kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".
islam2.jpg (100173 bytes)

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).
islam3.jpg (93942 bytes)

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

Seruan taat ini merujuk kepada mengelak perpecahan..! Wujudkan perpaduan..! suburkan persaudaraan..! Itu lebih utama..! Kerajaan yang berpengalaman pasti tahu sebab musababnya..! Kita sebagai rakyat sama ada kita ulama', kita kakitangan awam, kerja sendiri, peniaga atau siapa jua kita adalah rakyat..! Kita perlu taat kepada pemerintah..!

Sebagai contoh, apa akan berlaku jika ada cina yang bawa anjing di perhentian R&R di lebuhraya..! Akan ada orang yang tidak senang dan memberitahu larangan membawa anjing tersebut, tetapi tiba tiba ada orang Islam yang membela cina tersebut dan memegang anjing kerana mengikut fahaman dirinya..! 

Jika tiada kesabaran dan ilmu apa akan jadi kepada kedua dua orang Islam tadi? tentunya mereka akan bergaduh dan boleh membawa kepada bencana yang lebih teruk..! Masaalah ini  ustaz nampak ke? pertubuhan mursyid ni faham ke?

Waktu itu yang akan bergaduh dan berpecah ialah umat Islam..! Mereka berpecah kerana adanya fahaman agama mengikut selera dan tekak ustaz@ulama' ciptaan mereka sendiri..! 

Sedangkan kerajaan selaku pemerintah sudah pun menggariskan keperluan yang mesti diikuti dan dituruti oleh setiap rakyat..!

Waktu itu tentunya umat Islam yang kecewa dan menderita..! dan yang pasti waktu itu juga musuh Islam akan ketawa dan bergembira terutama tuan punya anjing di R&R tadi..!

Cukup cukup la di 'anjing' kan oleh musuh kita..! Cukup la mereka sahaja menganjing..! 

Jangan 'ustaz ustaz moden' ni pulak mengambil peranan menganjing yang diamalkan oleh musuh selama ini..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. same group dgn asri wahhabi....liberalists and pluralists, menipu ummah dgn kata kata manis dan gelaran ustaz...

    BalasPadam
  2. Berdakwah kenalah berhikmah, kena hormat juga 'uruf adat setempat. Konon mera'i perbezaan pendapat, tp menyerang mrk yg tak sependapat dgnnya. Pendakwah gapernye gitu ? Dan lg katanye dia tak ada di situ dan tak tahu apa yg berlaku, so adabnya seorg beriman, bila tak tahu, no komen.
    Pendirian aku, kat M'sia ni, bab bab khilafiah, aku pegang fatwa dan pendirian Majlis Fatwa dan JAKIM. Klu dgr cakap mcm mcm ust, mcm mcm jadiknya. Alasan aku, ayat taat Allah swt, taat Rasullullah saw, dan ulil amri minkum, dan ulil amri bab agama kat M'sia ni, Majlis Fatwa dan JAKIM.

    BalasPadam
  3. memang semua orang boleh bagi pendapat, tapi fikirkanlah kesan kepada masyarakat. Hidup kenala ada peraturan.

    BalasPadam
  4. Upacara menyentuh anjing telah diberi pendapat masiing2,yang menuduh yang bukan bukan terhadap penganjur,itu yang menjadi masalah,adakah imam2 besar menyuruh kita mengeji penganjur sehingga demikian rupa.

    BalasPadam
  5. Pasal anjing pun bertengkar, apatah lagi pasal manusia. Bila kita tak sama fikiran, terus dibalun kafir dan murtad. Tak mau pulak dia rujuk mazhab, ulama, imam, bangsa lain. Semua kena ikut dia sahaja asalkan dpt bahagian kat dunia

    BalasPadam
  6. para ustaz tak malu, yg dah takde priority dan pegangan, dah syok dgn popularity duniawi, angkuh menekan kan yg khilaf dan minority differences demi berbahas dan nak tunjuk terer....ustaz ustaz wahabbi liberalists belaan orientalists...yg tak tahu adat dan adab...yg menolak yg lebih baik demi yg lebih buruk...pilih lah kamu dunia...kamu dapat dunia....murah nya harga yg kamu trade in dgn agama Allah...

    BalasPadam
  7. ni antara tujuan mereka... islam sama islam pulakk mempertahankan
    agenda diorg dah menjadik
    tahniah laa

    BalasPadam
  8. Bila memberi komen pasal anjing ni dengan 'memBABIkan orang lain yang kita tak setuju, pada saya Sama jer Dua pihak yang berkenaan.

    BalasPadam