Selagi Najib membisu...isu tidak akan lesu..! Akan timbul isu baru yang menyebabkan rakyat terus terusan menggaru garu..!
Setelah menimbulkan isu 1MDB dalam teguran beliau disini. Tun M memperincikan lagi butiran urusniaga 1MDB yang dilihat ada pihak yang mengambil untung berbilion ringgit..! Kalau dakwaan ini benar Najib perlu mengambil tindakan..! Jika dakwaan ini tidak benar maka Najib juga perlu mengambil tindakan..! Diam tidak menyelesaikan permasalahan..!
Baca dan fahamkan...
1. Kebebasan adalah suatu petanda kedewasaan sesebuah negara. Kita dewasa. Dan kita beri banyak kebebasan termasuk kebebasan bersuratkhabar. Malangnya kadang-kadang kebebasan disalahguna. Ada akhbar di Malaysia yang sering menyalahgunakan kebebasan mereka.
2. Kita tidak lagi boleh masukkan sesiapa dalam tahanan ISA. Oleh itu apabila sesuatu disalahguna, maka penjelasan perlu dibuat. Jika tidak kebebasan akan membawa mudarat terutama apabila yang ditegur ialah Kerajaan.
3. Saya jarang membaca akhbar The Edge. Tetapi baru-baru ini saya terbaca rencana yang bertajuk “Tabiat 1MDB membayar lebih untuk memperolehi (hutang) duit.”
3. Saya jarang membaca akhbar The Edge. Tetapi baru-baru ini saya terbaca rencana yang bertajuk “Tabiat 1MDB membayar lebih untuk memperolehi (hutang) duit.”
4. 1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan.
5. Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara.
6. Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang besar. Hampir semua 650 ribu tong yang dikeluar tiap hari diguna dalam negeri. Dan Malaysia pula mengalami defisit dalam belanjawannya. Tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara.
7. Oleh itu Kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan ini.
8. The Edge dalam rencananya menyebut bahawa kos pinjaman berbilion Ringgit luar biasa tingginya.
9. Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja.
10. Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99%.
11. Tetapi 1MDB cuma dapat US1.554 billion (RM4.973 billion) kerana sebanyak US196 million (RM 630 million) ditolak untuk komisyen, bayaran fees dan perbelanjaan. Ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.
12. Pada Mac 2013, 1MDB Global Investment Ltd telah pinjam USD3.0 billion (RM 9.6 billion) dengan faedah 4.4%. Tetapi 1MDB mendapat hanya USD2.717 billion (RM8.7 billion) kerana USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
13. Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini.
14. Sebaliknya sebuah Syarikat Equisar International Incorporated, milik Kerajaan Sarawak membayar Goldman Sachs hanya 1.25% (USD10 million) apabila mengurus pinjaman USD800 million.
15. Jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi?
16. Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?
17. Seorang jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa wang 1MDB diguna untuk Bumiputra. Yang saya tahu satu biasiswa diberi kepada seorang pelajar muzik. Tidak mungkin biasiswa ini bernilai 38 billion Ringgit. Kerajaan sepatutnya memberi maklumat yang jelas kepada rakyat, terutama Bumiputra akan bantuan yang boleh didapati dari 1MDB
18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.
Wallahua’lam.
Sumber chedet.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Jika tak silap TDM rujuk pada lapuran yang disiarkan oleh The Edge. Amat membimbangkan bila akhbar yg punyai reputasi yg agak baik mcm The Edge kemukakan soalan sebegitu pada 1MDB. PM perlu jawab persoalan ini dengan segera. Tak boleh sapu bawah carpet lagi...
BalasPadamPm kisah ker ? Nampak macam tak ambil port pun. Kalu tak jawab isu, betul la pm bukan robot atau boneka sebab pm kita clueless dan blur dengan isu.
BalasPadamPerlu ada Laporan POLIS berkenaan urusniaga luar biasa Goldman Sach ni? Skrg ada ex-dir Goldman Sach dlm bank milik negara? untuk apa?
BalasPadamPM najib kena jawab ni..........jangan diam ....kalau tidak lagi gamat dibuatnta ....IMDB ada masa yng singkat untuk bagi karangan atau reka cerita yang siap dengan angka sekali untuk najib bentangkan ....ayuh najib kasi terangla.......rayaat nak tau juga ....atau nak didesak bentang kertas putih atau buka satu sisatan diraja....
BalasPadamAdakah BN salah memilih pemimpin dari kuasa undi rakyat sekiranya ia benar. Siapa yang bertanggungjawab?.Apakah kita kuat menghadapi sebarang krisis ekonomi dengan tanggungan hutang yang banyak dan di jamin oleh kerajaan.Adakah kita akan menyelamatkan aset tanggungan swasta dengan cara billout setelah banyak berhutang.Apakah rakyat 48% undi popular,akan di persalahkan dan di pertanggungjawabkan di padang masyhar nanti. Jawapannya,kami tiada pilihan.
BalasPadamSalam,
BalasPadamNajib sudah expired dan kepimpinan lemah lembik dan bodohnya akan terus merosakkan reputasi BN dan Krjn. di kala Pakatan Haram sdg mahu hancur, Najib meneruskan agenda tersirat yg mula meragukan!
Lepas Najib diturunkan dari jawatan 'elitnya' sbg PM sebelum PRU14 nanti siaplah TS Muhyiddin nk kena warisi hutang yag 'menggila' oleh NajibNgok nih.
Najin terus buat pekak telinga..
setelah menggila isu subsidi petrol diesel, dgn gula2 BR1M, Najib terus pekak dan mula tunjuk angkuh..
Di awal lantik sbg PM, Najib kelihatan humble dan masih ada hati utk melayan kritikan dan menerima nasihat. Tp setelah PR13, Najib sudah lupa diri.
CinaBeng yg mahu menjatuhkannya majoriti 95% pula diangkatnya.. manakala undi dr bangsa Melayu dan Bumiputra dia mula buat alas kaki.
Gila nya Najib menguruskan ekonomi.. sehingga kini apa benda yg dia buat utk kekang kos utama? melainkan bermain dgn isu subsidi.
PM yg cukup bodoh dan lembab lebih teruk dr Pak Lah..
Penyeludup yg buat jenayah tp rakyat semua dihukum!!
e
Bukan undang2 dan penguatkuasaan yg diketatkan sebaliknya sempadan negara dibiar terus lemah dan bergelumang dgn rasuah berakar umbi.. akhirnya PM Najib sudah tidak relevan lg dlm mentadbir negara.
Najib takkan dpt kekal sehinga PRU14. Desakan akar umbi semakin kuat, di kala rakyat yg meluat dn menolak pembangkang.. rakyat mahu kembali pd BN tp malang.. Najib merupakan penghalang.
Najib merupakan pelaksana agenda LIBERAL dr dlm kerajaan, dan juga penyokong tegar vernakular..
Apa lagi kita nk tunggu? Jgn biar UMNO rosak..krn pemimpin rosak.. spt PAS dan PKR rosak.. UMNO akan kekal relevan.. pemimpin yg korup dan tidak mengikut prinsip akan disingkirkan.
Undurkan Najib segera utk selamatkan Krjn.
JANGAN TERTIPU DENGAN MUSLIHAT MAHADIIIR,,JIKA DIA IKLAS UNTUK KEBAIKAN UMNOO,,HARUS DI TEGUR DALAM BILIK TERTUTUP,,SUPAYA TIDAK BURUKAN UMNOO DAN NAJID,,JIKA DI KAJIKAN,,KEBELAKANG INI,,BELIAU KERAP BURUKKAN NAJID,,kata kata nya benar dan betul,,tapi ada udang sebalik batu,,,Tengok youtube,,comment dia pasal najid,,dia kata,,dia silap pilih najid,,Agenda yang lama dan berterusan ,,ada la impian nya,,sebelum dia mati,,dia nak tengok anak nya jadi pm..Hanya dua step untuk jadi kenyataan,,Pertama jatuhkan najid,,anak dia jadi tm,pm,,dan hisammuddin jadi pm..last step dan sama step,,jatuhkan hisamuddin,,maka termakbur la impian nya,,Postmortem tidak laku dan perbuatan nya akhir akhir,,renungkan dan fikirkan,,baru comment
BalasPadam