Pemimpin UMNO jangan beretorik semata..! Apabila tiba musim Perhimpunan Agung UMNO maka segar bugar lah pekikan Hidup Melayu..! Demi Bangsa, Agama dan Negara..! Parti mengusai kerajaan..! dan sebagainya yang menggambarkan bahawa seluruh kepimpinan UMNO begitu merasai denyut nadi rakyat, memahami apsirai dan kehendak orang Melayu...! macam pesta yang bermusim..!
Umno: Pertimbang Pandangan Akar Umbi Berkaitan Isu Semasa
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau yang mengetuai biro perlembagaan dan perundangan parti itu diarah supaya menangani isu utama di negara ini.
"Antara topik yang akan diketengahkan adalah Akta Hasutan, masalah berkaitan kaum dan agama juga institusi diraja.
"Kami sudah mengumpul pandangan akar umbi berhubung perkara yang akan dibincangan pada perhimpunan nanti," katanya ketika menghadiri sambutan Deepavali Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan pada Ahad.
Perbincangan berhubung isu berkenaan, kata Hishammuddin adalah penting dan perlu supaya ia tidak terus dipolitikkan hingga menimbulkan masalah dalam kalangan rakyat berbilang bangsa negara ini.
"Menerusi perbahasan, parti dapat menetapkan pendirian berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi tradisi bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil kira pandangan akar umbi untuk memastikan suara rakyat didengar.
"Isu seumpama itu perlu dilihat secara rasional," katanya yang yakin pandangan yang diterima itu seiring dengan sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Katanya, akta itu tidak perlu dimansuhkan kerana ia boleh diperbaiki dan dipinda atau mewujudkan akta baharu.
"Apa juga yang dikatakan, ianya adalah suara akar umbi dan itu yang penting," katanya.
Beliau juga akan memastikan Konvensyen Umno Johor yang akan diadakan pada 7 dan 8 November ini sebagai landasan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak akar umbi.
Soalnya apakah benar selama ini pemimpin gagal dan tidak mengendahkan suara akar umbi? dah berapa tahun semenjak PRU13 lagi kenapa sekarang?
Apakah kerana suara akar umbi sudah semakin keras dan kecewa dengan kepimpinan maka baru sekarang pemimpin sedar?
Secara tak langsung bahawa apa yang disuarakan oleh orang Melayu selama ini tidak dipedulikan oleh barisan pemimpin..!
Apapun ahli UMNO dan orang Melayu berharap apa yang disuarakan ini dapat diangkat ke meja rundingan para pemimpin seterusnya dibahaskan didalam Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan depan.
Yang lebih penting ialah apa yang dibahas dan diluluskan hendak lah dijadikan dasar oleh Kerajaan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya...!
Itu la rayuan orang Melayu agar Melayu terus hidup dan disegani..!
Baru betul Melayu Hidup dan Bermaruah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Orang bodoh hanya sekali je kena tipu....aku bukan dalam golongan tu!!!!hanya menjatuhkan dua mangkuk bersaudara ni issyaallah melayu akan selamat!!!!
BalasPadamKatanya, akta itu tidak perlu dimansuhkan kerana ia boleh diperbaiki dan dipinda atau mewujudkan akta baharu.
BalasPadamApa nih, cakap berlapis lapis? Cakap jer akta itu tidak perlu dimansuhkan dan akan diperbaiki, cukup, nokhtah. Bincangkan juga sekolah vernacular dan memartabatkan bahasa MELAYU. Jangan saperti najib, cakap jer BAHASA JIWA BANGSA, sedangkan dalam menyampaikan ucapan tetap juga menggunakan bahasa inggeris, apa citer? Dah takder orang lain ker yang boleh mengetuai biro perlembagaan dan perudangan parti? Ada ker maklumat yang dikumpulkan itu akan dibawa ke PAU nanti? Harapkan juga agar ISA digesa untuk dikembalikan dan yang teramat penting sekali pesankan kepada presiden parti jangan terlalu perasan yang orang MELAYU kini menyokong UMNO selagi tidak dibuktikan perjuangan parti mengikut landasan yang betul iaitu mempertahankan Agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu. Jangan dilupakan juga tanah rezab Melayu.
Hidup anak branak!!!!!!! Gelak sakan...... Mnangis teresak-esak.... Makan melantak... Kenyang... Balik PAU..... Akar kemana.... Umbi kemana.... Berapa % isu yg telah selesai Dari PAU yg lepas?
BalasPadam