• Medvedev (kanan) kesal dengan kenyataan Obama.Medvedev (kanan) kesal dengan kenyataan Obama.
 1 / 1 
MOSCOW - RUSIA. Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev bertindak mempersoalkan tahap kesihatan mental Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam satu wawancara bersama stesen televisyen CNBC yang disiarkan, kelmarin.

Medvedev dengan lantang mendakwa Obama mengalami 'gangguan mental' dan turut mengecam pemimpin itu kerana menganggap Moscow sebagai ancaman kepada masyarakat antarabangsa susulan daripada krisis yang masih berlarutan di timur Ukraine.
"Saya berasa sangat kesal dengan kenyataan beliau yang meletakkan Rusia dalam senarai ancaman dan cabaran terbesar manusia bersama dengan wabak Ebola dan  kebangkitan kumpulan Negara Islam dan Jajahannya (IS) pada masa ini," katanya.

Menurutnya lagi, sekatan yang dikenakan Washington ke atas Moscow telah mengeruhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara tersebut.

Beliau turut menolak kemungkinan hubungan Rusia dan AS akan pulih seperti biasa pada masa depan. - Press TV.

Lu Fikir La Sendiri!!!