Khamis, 30 Oktober 2014

Manusia Memang Zalim..!


Dalam dunia haiwan tiada manusia, dalam dunia manusia terdapat banyak haiwan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KEPALA BATAS - Seorang wanita yang membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh anaknya terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia tiga tahun terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki diikat.
Wanita yang bekerja kilang itu mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang di sini semalam, setelah mendakwa sejak kebelakangan ini anaknya sentiasa dalam keadaan lapar apabila diambil daripada rumah pengasuh.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak Jun tahun lalu dan sebelum ini ibu kanak-kanak itu mendakwa tiada sebarang masalah dengan pengasuh berkenaan.
“Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada pukul 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.
“Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai. Ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam di badannya. - Bernama
kosmo.

6 ulasan:

  1. Penjara saja yang layak buat manusia setan. Sepatut nya kerajaan gubal undang-undang juga hukuman sebat.

    Sweden telah mengajar kita. Sesuatu yang murni lebih baik di laksanakan, betul tak ?

    BalasPadam
  2. Babi...anjing..anak haram...itu je panggilan yg layak utk pengasuh tu...memang sial

    BalasPadam
  3. walaupun kanak-kanak tu nakal tak perlu dibuat sekejam ini... memang naluri kanak-kanak begitu, sesiapa yang mempunyai anak pasti mengalami dan memahami kenakalan anak mereka.... anak aku lagi nakal, sabo jak le...

    BalasPadam
  4. Pengasuh tu mesti terpengaruh dengan cerita anak2 sidek le tu...hmmm

    BalasPadam
  5. Amanah yang disiasiakan....

    BalasPadam