Jumaat, 24 Oktober 2014

Najib Nak Ambil Rujukan Siapa?


Nasihat sudah..tegur pun sudah..! Najib nak dengar atau tidak sahaja..!

Baca dan fahamkan pandangan Tun Hamid...

RINGKASAN PANDANGAN SAYA MENGENAI PEMANSUHAN AKTA HASUTAN 1948 DAN CADANGAN MENGADAKAN RANG UNDANG-UNDANG HARMONI (Dikemaskini pada 3 Oktober 2014)
  1. Akta Hasutan 1948 tidak sepatutnya dimansuhkan. Memansuhkan Akta Hasutan tidak akan membantu untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan ketenteraman negara. Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum, menyebabkan permusuhan dan pergaduhan antara kaum dan menggugat ketentraman negara.

  2. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 (agama Islam sebagai agama Persekutuan), Perkara 8(4)(c) (perlindungan, kesentosaan dan pemajuan orang asli), Perkara 8(4)(f) (menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu) dan Perkara 89 (tanah simpanan Melayu)i ke dalam seksyen 3(1)(f).

  3. Elok juga Kerajaan memikirkan untuk memansuhkan kesalahan menghasut terdap Kerajaan. Kewujudan peruntukan itu tidak consistent dengan amalan demokrasi. Malah, untuk berkempen pilihan raya pun tidak boleh. Sebab itulah selama ini tidak ada sesiapa pun yang dituduh kerana kesalahan itu. Jika demikian untuk apa kesalahan itu dikekalkan dalam undang-undang. Ia hanya memberi gambaran bahawa Kerajaan bersifat autocratic.

  4. Mengekalkan Akta Hasutan dengan menukar nama sahaja. misalnya kepada Akta Harmoni adalah tidak wajar. Saya khuatir ada pihak yang akan mejadiknnya satu helah, untuk mengambil pendekatan baharu yang lebih liberal untuk membebaskan tertuduh. Mereka akan menghujahkan bahawa Parlimen semestinya mempunyai tujuan mengapa ia meminda tajuk itu, memberi tujuan yang difikirkan oleh mereka sendiri dan memberi tafsiran yang memihak kepada tertuduh. Lagi pun, dari perspektif politik, saya percaya Kerajaan akan dikecam kerana cuba mengkabui mata rakyat.

  5. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu (Kementerian Dalam Negeri (KDN).

  6. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) tidak septutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidangkuasa KDN dan Peguam Negara.

  7. Prosedur biasa di mana kementerian berkenaan menentukan dasar dan gubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamat dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

  8. Ketepikan draf Rang Undang-Undang Harmoni (RUU Harmoni) yang digubal oleh Majlis Peguam itu.

  9. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa dan jangan kaitkan dengan Akta Hasutan.

    Saya tidak fikir perpaduan boleh diwujudkan dengan kuatkuasa undang-undang. Dalam kata-kata lain hanya dengan mewujudkan sebuah akta, rakyat tidak akan bersatu padu. Lebih penting adalah tindakan tegas terhadap peghasut yang mengambil tindakan-tindakan yang boleh menyatu- padukan rakyat berbagai kaum seperti mengurangkan jurang berbezaan ekonomi. 

    Menekankan kesama-rataan dari segi hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang juga tidak akan mewujudkan perpaduan, malah ia akan memberi kesan sebaliknya. Ia hanya helah untuk menghapuskan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

10.Akta Hasutan hedaklah dilaksanakan dengan tegas.

11.Bubarkan Majlis Konsultasi Perpadun Negra (MKPN) dan sekaligus Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar (JUU & D). Kerja JPNIN hendaklah dibuat oleh JPNIN. JPNIN boleh consult sesiapa sahaja tetapi terajunya mestilah dipegang oleh JPNIN sendiri. Keputusan dasar hendaklah dibuat oleh JPNIN manakala keputusan muktamat mengenainya dibuat oleh Kabinet.

12.Anak negeri Sabah dan Sarawak perlulah sedar bahawa kedudukan mereka adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika hak orang Melayu terhakis, hak mereka juga akan terhakis.

Tun Abdul Hamid Mohamad 14 Septemebr 2014
tunabdulhamid@gmail.com http//:www.tunabdulhamid.my
i Ditambah pada 3 Oktober 2014 

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. kalau najib tak jugak faham keluhan dan nasihat rakyat memang dia sengaja nak bawa org melayu menerima nasib seperti melayu di singapura jadi kasta pariah yg hina atau nasib kita lebih buruk dari nasib rakyat di bumi palestine.... dan najib sengaja meletakkan malaysia ke tangan pr...pru ke 14 bukan milik umno dan bn....

    BalasPadam
  2. Yang lebih penting ialah akta hasutan melindungi hak istimewa bangsa melayu dan ia dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan malaysia.
    Akta keharmonian hanyalah akta ketidakpatuhan bukanlah suatu kesalahan seperti akta perhimpunan aman.
    Akta keharmonian juga tidak menjaga hak istimewa bangsa melayu.
    Akta keharmonian tidak dinyatakan dalam perlembagaan bahawa mana2 ahli parlimen yang mempersoalkan hak istimewa bangsa melayu boleh dituduh dan dijatuhkan hukuman dengan akta keharmonian ini.
    Jika mahu ubah perlembagaan mampukah umno melakukannya ...
    Aku yakin ianya amat tidak mampu untuk dilakukan ...

    BalasPadam
  3. aku harap najib dengarlah nasihat pakar undang2 .... selama ini najib nampaknya lebih mengikut rentak tari pembangkang .... pun begitu pru 13 rakyat (?) tak juga sokong bn kecuali org melayu sendiri yg sokong....pembangkang ada agenda mereka sendiri .... ketua umum pkr tak hirau semua itu asal dia dapat jadi pm ..... pas pula tanam niat untuk mentelungkup umno .....dap pula fahamlah sendiri .... jika jadi apa-apa najib akan dipersalhkan sampai bila2 .... oleh itu diharaplah sangat dengarlah nasihat pakar seperti ini agar jangan nasi menjadi bubur ..... balik pulau ... bayan lepas ... sana terpelau ... sini terlepas.... ya Allah selamatkanlah agama dan negara aku ....

    BalasPadam