Jumaat, 17 Oktober 2014

Syabas Malaysia..!


Syabas Malaysia..! Syabas YB Dato Seri Hanifah Aman atas kejayaan negara menganggotai kerusi Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu..!

Memang berbaloi usaha Malaysia selama ini.Ia juga mengambarkan Malaysia popular dikaca mata antarabangsa.

Setelah berbulan menanti akhirnya tengah malam Khamis keputusan yang mengembirakan itu diterima.Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apa yang menarik ialah dari 192 buah negara anggota pertubuhan dunia itu 187 mengundi Malaysia.Sebuah negara berkecuali.Ini bermakna cuma empat negara sahaja yang tidak undi Malaysia.

Empat negara lain yang terpilih duduk kerusi berkenaan ialah Angola 190 undi, Venezuela 181 undi dan New Zealand 145 undi. 

Malaysia dan empat negara berkenaan akan duduk kerusi berkenaan untuk tempoh dari Jan 1, 2015 hingga Dec 31, 2016.

Semuanya ada 10 kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu namun cuma lima saja yang dipertandingkan.

Sebelum ini Malaysia pernah menduduki kerusi itu pada tahun 1965,1989 dan 1998

Malaysia telah cuba menduduki kerusi berkenaan sejak 1999.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang berada di New York memberitahu wartawan Malaysia jumlah undi yang diterima mengambarkan reputasi Malaysia dalam komuniti antarabangsa.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua negara anggota Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyokong Malaysia.

Sumber -agendadaily.com.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Sudah gerenti pembangkan pandang rendah jua... tidak percaya ? Nanti ada tongsan hendak jadi toman !

    He..he..

    BalasPadam