Buat la..lakukan la..! sedarkan pemimpin yang terlalu liberal..! pemimpin silih berganti...Namun parti tetap utuh untuk menaungi generasi pengganti..! Takkan nak bahas isu penting ni pun tak boleh..! Boleh tak boleh para Perwakilan perlu menegaskan bahawa Akta HAsutan 1948 perlu dikekalkan..!
Ada berani...! Lu Fikir La Sendiri!!!
Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata akta berkenaan masih relevan terutamanya dalam memastikan semua pihak berhati-hati dalam melontarkan pandangan berkenaan isu perkauman dan agama.
“Kalau lebih banyak yang baik melalui akta seumpama ini maka kerajaan diharapkan berfikir semasak-masaknya sama ada untuk mansuh atau teruskannya.
“Sekarang ini saya melihat kebebasan bersuara dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sudah banyak disalahgunakan dalam laman sosial dan terbuka sehingga sampai peringkat mencabar perlembagaan negara, institusi istana dan keistimewaan Melayu,” katanya menerusi blog Umno bahagian itu.
Media semalam melaporkan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan tidak semestinya ditunaikan jika ia hanya akan menyebabkan keselamatan negara terancam.
Katanya, undang-undang berkenaan masih diperlukan dan majoriti rakyat Malaysia belum bersedia untuk dimansuhkan akta berkenaan.
“Janji tidak semestinya ditepati jika ia boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara.
“Maka pelaksanaannya boleh ditangguhkan sehingga dirasakan pemikiran rakyat sudah ke arah itu,” katanya pada satu forum yang dilaporkan Sinar Harian.
Syed Ali berkata pihaknya menerima pelbagai respons dan reaksi orang ramai berkenaan ura-ura kerajaan mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Katanya, Akta Hasutan perlu dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pemansuhannya selain kerajaan disaran memikirkan kebaikan akta ini dalam memelihara perpaduan rakyat.
“Bagi saya, kebebasan bersuara dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia ada had dan batasnya.
“Kalau sudah sampai peringkat mengancam keselamatan awam, boleh mewujudkan ketegangan kaum dan pecah belah di kalangan rakyat maka wajar dicegah," katanya.
Sebelum ni cadangan nak bahas pasal isu sekolah SRJK(C) tapi belum start PAU lagi Najib dah kata SRJK(C) akan kekal. Dalam masa beberapa hari lagi Najib akan kata Akta Hasutan akan dimansuhkan. PAU nanti tak payah nak bahas apa2 dan perwakilan hanya perlu hadir minum kopi dan makan pau sambil bertanya khabar sesama mereka kerana semua keputusan telah dibuat oleh Najib sebelum PAU.
BalasPadamBila ada orang mula maki hamun, guna cara diplomasi senyum dan sengih serta kata2 lembut. Jalan ker kerana minda belum lagi cerdik dan bersedia. Patutnya hapus bila semua dah patuh pd undang2 kecil, jalanraya, disiplin kendiri yg kuat. Ini perangai buang sampah pun dok ada lagi, parking ikut suka hati, tak hirau orang lain, boleh ke hapus akta hasutan.
BalasPadam