Dalam mahu mengejar pelbagai ranking dunia rupanya Malaysia juga merupakan jaguh dalam melahirkan pengampu pengampu yang hanya tahu menjilat segala yang dihidangkan oleh pucuk pimpinan..!
Para pengampu ini bukan sahaja terdiri dari orang politik yang gemar mencium tangan, orang kuat media massa malah dikalangan mereka yang bergelar Profesor pun tidak terkecuali..!
Rosak la kalau ahli akedemik pun gagal memberikan justifikasi adil dan telus dalam berhujah menurut ilmu yang dimiliki..!
Lebih malang apabila 'ampuan' yang mengatakan gaji RM2500 cukup untuk menampung hidup di bandaraya Kuala Lumpur menjadi asas kepada hujah pihak kerajaan untuk mempertahankan segala kebejatan yang melanda rakyat kini..!
Tapi dalam ampuan demi ampuan yang dipamerkan..! Menteri pengampu jugak yang merosakkan hujah kaki ampu ini apabila mengatakan gaji dibawah RM3000 dikategorikan sebagai miskin bandar..! Ini dinamakan pertembungan diantara pengampu..! kita semua tak terlibat..!
Cuba baca dan fahamkan hujah penulis Fauziah Arof yang cuba untuk tidak menjadi pengampu...! Itu pun kalau bos di Utusan masih tak perasan..! Kalau tidak kena la pakai baju pengampu seperti mana bos dia pamerkan kini..! Tak gitu???
TERBELIAK mata dan melopong sekejap mulut seorang rakan, apabila membaca berita bertajuk 'Gaji permulaan RM2,500 cukup jika urus kewangan dengan baik' yang disiarkan hari ini.
"Biar betul ini,'' kata rakan saya itu berulang kali.
Menurut laporan berita berkenaan, purata gaji permulaan sebanyak itu sudah cukup dan munasabah untuk siswazah yang baharu memasuki alam pekerjaan.
Ini kerana, kata beberapa pakar ekonomi dan pengurusan kewangan di negara ini, pihak majikan mengambil 'risiko dengan menggaji mereka' yang tidak mempunyai pengalaman bekerja.
Jumlah itu cukup, kata pakar-pakar tersebut, sekiranya mereka mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain 'mengukur baju di badan sendiri'.
Kenyataan itu merujuk kepada tinjauan ke atas pencari kerja atas talian 'Jobstreet' baru-baru ini yang mendapati mereka yang baharu menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas.
Sementara itu, 60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada kelayakan.
"Duduk di kampung bolehlah. Di Kuala Lumpur peritlah dengan gaji sebanyak itu. Jangan kata mahu menyimpan, hendak tunggu gaji cukup bulan pun macam tinggal separuh nyawa!''
Itu kata rakan saya yang telah lama bekerja dan gaji melebihi RM5,000. Inikan pula yang mendapat RM2,500 atau kurang daripada jumlah itu.
Perkiraan pakar-pakar ini gaji RM2,500 itu adalah cukup kalau mereka yang baharu bekerja ini mengambil beberapa pendekatan berjimat. Mereka dicadangkan supaya naik bas ke tempat kerja, jangan beli kenderaan dulu dan menyewa bilik atau rumah yang berdekatan dengan pejabat.
Dengan cara ini, boleh menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka.
Bagaimanapun bagi saya, ini semua memerlukan disiplin, kesabaran dan kemahuan menabung yang tinggi. Betullah, jika hidup di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar besar lain dengan gaji sebanyak itu memang perit.
Disuruh berjimat dalam keperitan ini, bagi sesiapa yang mengalaminya sudah tentu tidak tahu hendak berjimat macam mana lagi. Bercakap berdasarkan teori semata-mata dan memberi motivasi memanglah mudah, tetapi tidak semudah untuk melaksanakannya.
Gaji RM2,500 itu tentunya jika ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman pendidikan, belanja makan atau duit dapur, sewa rumah atau bilik, tambang bas atau tren LRT, petrol dan tol bagi yang mempunyai kenderaan, bil elektrik, air, Astro, telefon dan hendak beri kepada keluarga yang susah di kampung, entah berapalah yang boleh disimpan. Silap-silap mungkin tiada berbaki.
Itu juga belum termasuk perbelanjaan luar jangka seperti kenderaan rosak bagi yang mempunyai kenderaan, mendapatkan rawatan di klinik bila sakit dan kadangkala terpaksa mengeluar duit untuk membelanja keluarga atau kawan-kawan sekali-sekala, membeli hadiah dan macam-macam lagi yang tidak ada dalam perbelanjaan bulanan tetap.
Hakikatnya, berapa ramaikah di antara kita yang boleh duduk diam-diam di rumah saja bila habis waktu kerja atau pada waktu cuti?
Sesekali hendak juga makan di luar, tengok wayang dan sebagainya. Ini yang saya katakan perlukan kesabaran yang tinggi.
Kalau hendak menyewa di Kuala Lumpur ini, mana ada bilik yang boleh disewa RM300 ke bawah sebulan, kalau rumah pula jangan ceritalah. Semua RM1,000 lebih ke atas. Itu pun pangsapuri atau flat.
Dan kebanyakan yang membeli kenderaan sendiri, kereta atau motor bukan untuk membuatkan mereka nampak 'cool' atau bergaya sangat pun. Ini kerana mereka mahu memudahkan lagi kerja. Ada kenderaan sendiri terutamanya motor, boleh sampai awal ke tempat kerja. Dan ada kerja-kerja yang memerlukan mereka ada kenderaan sendiri. Cepat dan senang bergerak ke sana sini.
Tidak semua pejabat berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam. Ramai yang kena berjalan jauh keluar. Jika balik malam sedikit mulalah kecut perut. Takut diragut, paling tidak pun takut dikejar anjing dan macam-macam lagi. Sistem pengangkutan awam kita pun bukan tepat pada waktunya. Adakalanya tergelincir. Lebih-lebih lagi pada waktu puncak dan hari hujan.
Dalam kos sara hidup yang meningkat, meminta orang ramai berjimat tentulah sukar dan boleh saja mengundang kemarahan. Ini adalah realitinya.
Dan begitu juga mengharapkan orang ramai menabung dengan gaji yang dikatakan sudah cukup munasabah tetapi sebenarnya tidak cukup kerana membayar perkara-perkara asas setiap bulan. Sebab itu, ada orang mengatakan ukuran gaji yang cukup adalah baki yang tinggal, bukan jumlah gaji yang diterima walaupun tinggi!
Lu Fikir La Sendiri!!!
ini lah standard umno cilaka. lu dapat minyak,tol,beras,pakaian FREE boleh la cakap macam haramjadah. inilah umno.
BalasPadamBukan UMNO saja.. Pakatan Haram lagi 100x ganda penyamun. Bapak penyamun Anwar Brahi, punasehat RM1, tapi Fekah beritahu dia claim RM15 juta setakat ini sebagai habuan? Tengok Selangor apa jadi. Cuma dlm kes UMNO Najib lah perosak..
BalasPadamAku benci najib Dan penasihat je......umno tidak sesekali!!!!
BalasPadamSetuju, kerana yang bersalah dalam masalah ini adalah NAJIB yang tidak pandai menilai nasihat mana yang bolih digunapakai dan yang mana perlu dibakul sampahkan. UMNO adalah sebuah pertubuhan....baik buruk bergantung kepada manusia yang mengendalinya...samalah juga dengan lain lain Parti...yang bersalah adalah pemimpin bukan Parti.
PadamNajib Perosak?.Tak mungkin ,kami orang kampung sangat gembira dgn pentadbiran Najib.Kami dapat BR1M,ada kedai 1 Malaysia,RTC,Bantuan bena rumah utk nelayan dll. Dulu masa Tun kami tak merasa ,kerana Tun hanya bagi projek mega pada org tertentu,sekarang Najib lebih nampak kami org miskin dan orang kampung,lalu banyak subsidi yg beliau hulurkan.Alhamdullillah.
BalasPadamYang dok kat bandar tu ,kalau rasa tertekan balik lah ke kampung ,banyak sumber utk mata pencarian,janji rajin bekerja.Walau pun harga getah dan kelapa sawit sekarang jatuh,tapi kami boleh menampungnya dng menanam tanaman kontan lain atau berternak,harga semua ini meningkat lebih besar dari peningkatan gaji org bandar.Misalnya 30 tahun dulu harga pisang sesikat hanya 50 sen belum main kilo lagi,tapi sekarang harga ikut timbangan kilo,sesikat mungkin RM 3.50.,berapa kali ganda peningkatannya?.Kenaikan gaji dalam tempoh yg sama tak sampai pun 3 kali ganda.
Saya masih ingat, masa saya kecil dulu bapa saya berkeja membuat gula kabung harga sekeping 20 sen,bapa saya mampu mengeluarkan 30 keping gula kambung sehari.Pada masa yg sama abang saya bekerja sebagai kerani gajinya RM 180.00 sebulan.Sekarang harga gula kabung sekeping RM 5.00 ayo yo...ini macam lebih baik kerja kampung.Kalau bapa saya masih ada dan beliau meneruskan kerjanya,pendapatannya kira-kira RM 4500.00 sebulan,duduk di kampung belanja minam pulak tu,sementara abang saya pula gajinya tak sampai Rm 2000 pun sebulan.Duduk kampung boleh senang,dgn syarat rajin berusaha.
mana nak cukup...nak pakai ipon 6..pi minum kopi 10ringgit secawan...mlm nak lepak keroke...tiap2 minggu nak lepak tengok wayang...naik bas taknak...nak naik keta je...keta viva taknak..nak pakai Honda jazz...gaji 10ribu pun tak cukup camtu...butoh la. baru fresh grad..ape kebenda pun tak tau..nak gaji 5k sebulan. pastu cakap English pun mcm sial. don't tell us yg dulu brg murah...minyak murah...and so on. fresh grad skarang ni..bnyk spoon feed. 10-15 tahun dulu..fresh grad gaji 1500 je sebulan...elok je hidup. nanti ramai la org komen ni..terutama yg tak bape pandai dan pemalas..asyik layan pesbuk dan blog je...puiii.
BalasPadamSaya sangat setuju dengan tuan Tanpa Nama. Budak2 la ni mengada2....aku dulu grad tahun 1999 starting gaji RM1200 je...ada pinjaman pelajaran nak kena bayar jugak.
Padampenjilat2 umno la yg buat umno akan tumbang.....xbetul mesti d tegor,baru parti akan kekal releven...
BalasPadamBUKAN PENJILAT UMNO,TAPI PENJILAT PEMIMPIN YG TAK SEPATUT NYA MEMIMPIN UMNO,UMNO SATU PARTI YG TELAH BANYAK BERJASA PADA KITA.UMNO TAK SALAH PEMIMPIN NYA YG PATUT DINYAHKAN.
PadamBetul dan bertepatan sekali...UMNO tak salah yang salah pemimpin yang kerjanya mengampu saja. Mereka ini lah yang patut kita NYAHKAN...masih ramai lagi manusia yang jujur untuk menggantikan tempat mereka...
PadamMemang budaya Melayu yang memberi banyak kelebihan pada pengampu dan tidak sesekali berani berdepan dengan orang yang lurus lagi bijak. Kalau tidak tak adalah cerita Singapura di langgar todak!! Hanya ada dalam Bangsa Melayu!!! Bangsa lain mungkin tidak meraikan specie pengampu!!!! Kalau dan dasar bangsa lemah jiwa dan tiada jati diri!!! Walaupun Islam mengajar kamu yang baik-baik, kamu tidak mengikutnya!!!
Padamumno dgn pr sama saja penjilat dan pengampu nombor satu dalam dunia. lebih baik biar orang jepun dulu menjajah terus jer malaysia ni daripada biarkan org melayu, india dan cina naik jadi pemerintah.
BalasPadamnajib dpt bagi semua ni pun sedikit sebanyak kerana jasa tun jugak...kalau dia tak dpt menangani krisis ekonomi dahulu...ingat najib boleh buat ke apa yg dia buat sekarang?lain kali guna akal...
BalasPadamazhar
2500 adalah pendapatan individu... manakala 3000 adalah pendapatan isi rumah.. ada beza.. jgn mislead pemikiran.. aku bukan pengampu.. tapi aku gaji 2000 boleh kasi mak duit.. bleh bersosial.. bleh lepak starbucks lagi.. bleh simpan buat tanam sawit kat kampung lagi.. kalau takde cermin kat rumah nak cermin diri, aku bleh belikan lagi untuk kau.. estupido
BalasPadamaku pun tak tau merdeka kau kat mana.. kelihatan dijajah oleh hambatan kewangan akibat tembolok besar terlampau... turut simpati
BalasPadampirahhh sembang... dlm ulasan blog boleh cakap macam2 kat najib.. sbb najib jarangggg baca blog... apa kata kita yg Pro Islam dan Melayu pi direct ke Twitter dia...sembang dan beri pandangan yang baik...Apaaa dia nak kata..!!
BalasPadamartikel ini cuba jatuhkan kredibiliti ahli akademik..yang beri ulasan mengenai gaji permulaan RM2,500 cukup bukan Profesor atau ahli akademik..selidik sikit kata-kata siapa..jangan memandai menfitnah orang..
BalasPadamramai percaya fitnah tak selidik hujung pangkal..dalam ulasan komen kata pensyarah, menteri..selidik le ulasan siapa..dua2 salah..ulasan datang dari pihak tiada kena mengena dengan pensyarah dan menteri..itu bahana fitnah!!
Betul anon 6:48 petang
BalasPadamBlogger putra merdeka terlebih pandai...tak selidik siapa yang kata gaji RM2,500. Tuduh ahli akademik kaki pengampu..ko usah tipu orang..kantoi bro..menipu...memalukan!!
Tunggu hj hadi, anwar, guan eng, azmin mula gaji rm3000 di penang, srlangor, kelantan.
BalasPadam