Bapak LGBT, Bapak liberal @ penjilat kesamarataan agama ini tetap bersemangat dan tegar dalam membela Bible..!
Hari ini bapak iblis ini menempelak Putrajaya terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Hajah Nancy Shukri yang menjawab di Parlimen berkata...
Nancy berkata Putrajaya memutuskan tindakan Ibrahim itu hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak berniat menggugat agama lain.
"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.
"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis Parlimen itu.
Menurut Nancy, oleh kerana itu, tiada pendakwaan dilakukan terhadap Ibrahim. – 9 Oktober, 2014.
Apa yang Aljub gundah gulana..!
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Putrajaya kerana tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible berbahasa Melayu di Pulau Pinang menggunakan alasan presiden Perkasa itu hanya mempertahankan kesucian agama Islam.
Apa masaalah dengan kenyataan Ibrahim Ali itu? Ibrahim Ali hanya bertindak balas dengan keadaan yang berlaku di Pulau Pinang..! Sebagai Orang Islam Ibrahim Ali melahirkan perasaan marah dan kecewa..! Yang pasti Ibrahim Ali belum dan tidak lagi membakar sebarang kitab Bible kesayangan Anwar tu..!
Yang pasti dan lebih jelas lagi ialah adanya tindakan dan sudah pun berlaku pengedaran Bible yang mengandungi Kalimah suci dan tulisan Jawi kepada pelajar di sekolah..! Puak biadap ini yang seharusnya diambil tindakan..!
Kenapa Aljuburi tak pula menempelak puak biadap yang menghina Kalimah suci umat Islam yang Anwar akui dia sebagai penganutnya? Kenapa Aljuburi tidak mengecam perbuatan biadap tersebut?
Kenapa pulak Ibrahim Ali yang Anwar belasah? kenapa pulak Kerajaan yang Anwar pukul?
Baca kenyataan Menteri dibawah ni...
KENYATAAN AKHBAR
Merujuk kepada beberapa artikel di
media sosial yang menerbitkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB
Hajah Nancy Shukri dalam jawapan bertulis beliau kepada soalan oleh YB Tuan Lim
Guan Eng (Bagan) bertarikh 7 Oktober 2014 berhubung tindakan ke atas kes membabitkan
Dato’ Ibrahim Bin Ali, Presiden PERKASA.
Perlu diambil perhatian bahawa pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab hanya memetik sebahagian daripada jawapan penuh sehingga
menimbulkan salah tafsiran dan salah faham terhadap maksud sebenar yang telah dikemukakan.
Jawapan yang telah dikemukakan oleh
YB Hajah Nancy adalah berdasarkan kepada proses perundangan. Jawapan itu adalah
justifikasi yang telah diberikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), sebagai pihak
yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa pendakwaan sepertimana yang termaktub
dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tentang kenapa tiada pendakwaan diambil
dalam kes tersebut.
Dalam jawapan asal yang telah dikemukakan
sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa keputusan untuk tidak mendakwa telah diambil
setelah menimbang hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap kes tersebut.
Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa pihak PDRM dan AGC telah pun mengambil tindakan
sewajarnya berlandaskan proses perundangan sedia ada iaitu dengan menjalankan siasatan
ke atas aduan yang telah dilaporkan, dan kemudiannya membuat pertimbangan yang
teliti terhadap hasil siasatan tersebut sebelum memutuskan bahawa tiada keterangan
atau bukti yang kukuh bagi mendakwanya di mahkamah. Maka dalam hal ini, pihak terbabit telah
mematuhi proses-proses yang dinyatakan. Ini bermakna tohmahan bahawa tiada tindakan
diambil ke atas individu tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Keputusan AGC untuk tidak mengambil
pendakwaan adalah setelah meneliti konteks ucapan yang telah dibuat oleh Dato’
Ibrahim Ali yang berlandaskan kepada semangat dalam Perkara 11(4) Perlembagaan
Persekutuan berhubung sekatan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama
Islam.
Ini bukanlah kali pertama YB
Menteri menjawab di Parlimen berhubung dengan persoalan mengapa pendakwaan tidak
dilaksanakan ke atas individu tertentu dan dakwaan bahawa pendakwaan dilakukan secara
terpilih.
Dalam jawapan-jawapan beliau sebelum
ini, telah berulang kali dijelaskan secara konsisten bahawa keputusan sama ada hendak
mengemukakan pertuduhan ataupun tidak adalah diambil berdasarkan kepada keterangan
dan fakta kejadian tanpa mengambil kira latar belakang agama, kaum atau kecenderungan
politik. Keputusan tersebut dibuat dengan adil dan tidak memihak kepada sesiapa
dan berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan
orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya.
YB Hajah Nancy sedar ada pihak
yang tidak senang hati dengan jawapan yang telah diberikan, lebih-lebih lagi setelah
kenyataan penuh yang asal tidak diterbitkan oleh sesetengah pihak tetapi hanya memetik
sebahagian daripada kenyataan tersebut sehingga menyebabkan fakta asal tidak diketahui
dan konteksnya telah disalah tafsir serta mengelirukan. Ini telah mengakibatkan
persepsi yang negatif di kalangan rakyat terutamanya bagi mereka yang kurang memahami
akan proses perundangan.
Sejak menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan
P200 Batang Sadong dari tahun 2008, YB Hajah Nancy mempunyai rekod perkhidmatan
yang cemerlang kepada masyarakat dan pembangunan di kawasan tersebut tanpa mengira
latar belakang agama dan kaum.
Masyarakat yang beragama Kristian
di Batang Sadong khasnya, telah melihat sendiri bahawa keprihatinan dan kebertanggungjawaban
beliau terhadap keperluan mereka. Ini terbukti apabila banyak rumah-rumah ibadat
dibina, dibaik pulih dan disediakan untuk kegunaan penganut agama Kristian di
Batang Sadong sepanjang beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.
Bukan itu sahaja, malah penganut agama
lain seperti penganut beragama Hindu di Kuching turut mendapat sokongan dan bantuan
daripada Pusat Khidmat Rakyat beliau bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti
keagamaan mereka.
Pada masa yang sama, YB Hajah
Nancy turut merasai dan memahami kegusaran serta ketidakpuasan hati penganut-penganut
agama lain terhadap kenyataan yang telah sengaja disalahlaporkan konteksnya. Lebih-lebih
lagi sebagai individu yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang
mempunyai darah kacukan di mana beliau sendiri mempunyai saudara mara yang
berlainan agama. Dan khususnya di Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik dan
agama yang hidup dalam keadaan harmoni dan tahap toleransi yang tinggi selama ini.
Tidak dinafikan bahawa kita berada
di dalam suasana di mana pihak pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk
memperlekehkan Kerajaan. Mereka menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita
yang boleh memberi kesan negatif terhadap Kerajaan. Mereka cuba mengalih perhatian
rakyat daripada masalah dalaman pembangkang dalam parti mahupun dalam negeri masing-masing.
Rakyat Malaysia perlu diingatkan bahawa ini peluang pembangkang untuk menjatuhkan
maruah Barisan Nasional (BN).
Dengan penjelasan ini, beliau berharap
rakyat di negara ini dapat melihat ketelusan Kerajaan dalam mengendalikan
proses perundangan serta bertenang dan tidak membuat kenyataan atau perkara-perkara
yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengguris perasaan masyarakat majmuk di negara
kita. Rakyat juga diingatkan agar jangan mudah terpengaruh oleh propaganda pembangkang.
Dikeluarkan
oleh :
Pejabat YB
Hajah Nancy Shukri
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
9 Oktober 2014
Malaysia aman tanpa aljub..kata kata pendita terkenal ( dah RIP pun) yang menentang islam di Malaysia...nwar dah banyak membuat kacau di Negara ini, nwar harus bertaubat..cukup cukup lah buat kucar kacir di nagara ini..look forward...next is preparation to be in prison, then next is to be in jannah if you bertaubat..
BalasPadamKehidupan dan falsafah politik Nuar dah bercelaru.Beliau tak layak bercakap tentang apa2pun apatah lagi perihal moral.Nuar lebih sesuai menghuni penjara sebab mel...bekas budak pembantunya.
BalasPadamUMNO pembela bangsa Melayu.
BalasPadam