Takkan kita semua sanggup membiarkan kerajaan UMNO/BN ini tumbang hanya kerana sekor mangkuk ni..! Kena sokong kenyataan ADUN BN yang jelas mahu membuang parasit didalam kerajaan ini dulu..!
Tumbangkan mangkuk sekor ni dulu..! sebelum dia menumbangkan kita semua..!!!
Baca dan fahamkan...
IDRIS JALA DAN BEBERAPA LEMBAGA PENGARAH JPDC DIDESAK LETAK JAWATAN – Tengku Putra Jumat
Percanggahan kepentingan beberapa anggota lembaga pengarah Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) telah memburukkan imej Malaysia terutamanya di dalam isu urus tadbir korporat, menurut anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas hari ini.
Sehubungan itu Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid mahukan Pengerusi Bersama JPDC Datuk Seri Idris Jala, ketua eksekutifnya Mohd Yazid Jaafar serta Penasihat Penyimpanan dan Perdagangan Minyak Tan Sri Ngau Boon Keat meletakkan jawatan serta merta.
“Percanggahan kepentingan yang berlaku dalam JPDC adalah amat ketara. Untuk mengelakkan ianya daripada berterusan, saya cadangkan Idris Jala, Ngau dan Mohd Yazid supaya meletakkan jawatan dalam JPDC.”
“Perletakkan jawatan mereka will allay any fear of misconception on the transparency, good governance of this federal agency and the good name of Malaysian government,” katanya kata sidang media di sini, hari ini.
Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mempengerusikan bersama JPDC bersama-sama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.
Selain berada di dalam lembaga pengarah JPDC, Ngau juga merupakan pengerusi eksekutif Dialog Group Berhad, syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang juga merupakan salah sebuah pelabur terbesar di dalam projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Menurut Tengku Putra Haron lagi, sebagai penasihat Ngau tidak perlu berada di dalam lembaga pengarah JPDC dan boleh memberikan nasihat apabila dijemput oleh lembaga terbabit.
Pengerusi Eksekutif Dialog itu sepatutnya berada di dalam Majlis Penasihat, di luar Lembaga Pengarah JPDC.
Mengenai Yazid pula, Tengku Putra berkata, Ketua Eksekutif JPDC itu pernah bekerja dengan Dialog sebelum menyertai agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengawal selia industri minyak dan gas di Johor itu.
“Ada conflict of interest on several counts dan menimbulkan persoalan tentang kesetiaan beliau (Mohd Yazid) sama ada terhadap “former paymaster” atau kepada kerajaan,” katanya.
Sementara itu beliau juga mengatakan pelaksana projek PIPC itu telah mengabaikan agenda Melayu dengan mengenepikan penyertaan syarikat-syarikat minyak dan gas Bumiputera yang berkelayakan.
Tengku Putra berkata, fasa pertama projek Dialog di PIPC hanya membabitkan lima peratus penyertaan usahawan Bumiputera yang berkelayakan.
Sebelum ini katanya, terdapat cadangan supaya 40 peratus daripada projek-projek di PIPC diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan tetapi malangnya, ia tidak dilaksanakan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Desak aper... Pecat ajer kalau PM Najib Ah Gor ader TELOR
BalasPadamader ke TELOR? nie lah masalah sebenar...everything now its TELOR!!!
BalasPadamKerana Najib & Idris Jala lah harga telur ayam naik kepada RM11.30 utk gred C.
PadamUntuk selesaikan masalah berangkai ini di semua agensi NajibGorr itulah perlu ditendang dulu, sbb dialah yang melantik parasit2 ini. Najib ialah grand design musuh2 Melayu yg menggunakan keadah inverse psychology untuk menghapuskan hak2 Melayu dan seterusnya meliberalkan pemikiran dan halatuju UMNO.
BalasPadamSampai bila Najib dan punahsehat2 laknatullah ini akan bermaharajalela, puak2 penjahanam kiasu terus dijulang.
Betapa sayangnya Najib kapada mereka-mereka ini ,bukan baru ini dan dalam hal yang ini sahaja ,ramai telah menyuarakan .
BalasPadamNajib go ,yang lain akan go ,itu sahaja jalanya.
Well, the time has come. They got to go !
BalasPadamBanyak dasar-dasar kerajaan cacamarba dan berlawanan cara. Contoh terbaru, kenaikan harga minyak yang tidak kena waktu dan ketika Umat Islam menyambut kedatangan Raya Korban. Sebelum Aidilfitri, kekalutan harga ayam dan daging. Walaupun di bawah menteri yang itu, beliau tidak dapat mengawal 'full swing' kerana keterlibatan para peniaga menyokong pembangkang.
Jika di kaji, kemarahan Umat Islam kepada kerajaan memang seolah nya di rencanakan oleh parasit yang makan dari kerajaan dalam waktu yang sama menggigit. Allah SWT mengingatkan jelas, semoga tidak menjadikan kafirun harbi itu sebagai ketua.
Apa jadi dengan Petronas sekarang ? Sepatut nya Tun M itu Pengerusi Tetap badan GLC yang teramat penting.
PEMANDU akan terus menghancurkan kerajaan BN. Sokongan rakyat akan terus hilang dengan inisiatif yang tak masuk akal yang ditonjolkan oleh puak ni. Tengok secara makto ekonomi, apa yang dibuat tidak langsung akan meningkatkan produktiviti negara. Waktu-waktu genting pada BN, janganlah dok cari pasal dengan rakyat. Inflasi dah 3.2%, BR1M akan meningkatkan lagi inflasi, Impak GST akan terus membawa Malaysia ke arah recession. Bajet 2015 adalah paling teruk dalam sejarah. Cara belanjawan yang tak ada fokus, mungkin disediakan oleh budah sekolah yang perasan pandai. One to one relationship, bukan sebagai satu kitaran sistem yang praktikal. Apa yang telah dibuat oleh Tun M selama ini akan sia-sia dan Malaysia akan masuk ke satu vicious cycle.
BalasPadamIdris Jala akan menjahanamkan Malaysia sebagaimana dilakukan kepada MAS.
PEMANDU sepatutnya diteraju oleh Tan Sri Hassan Merican, seorang wira Malaysia yang telah membawa PETRONAS yang tidak pernah dibayangkan sewaktu penubuhannya. Idris Jala tidak berjaya pun untuk memulihkan MAS, malah keadaan MAS makin parah.
BalasPadamBerbuih mulut pun bukan depa dengar. Bagi kalah skali utk jadikan pengajaran. Bukan luak pun malaysia ni untuk sepenggal.
BalasPadamIdris yg pandai menjala..
BalasPadamSebelum Raya Haji naik harga Minyak.
Maka rakyat umno pun naik minyak..
Najib pecat lah semua konsyaitan ni sebelum kamu dipecat.