Sabtu, 25 Oktober 2014

Dengar La Apa Kata Ulama'..!


Nak dengar...dengar la kata ulama'..! bukan ular dalam semak..! Ulama' yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara dalam menyediakan banyak draf undang undang syahriah yang menjadikan hidup kita aman, makmur dan sejahtera.

PUTRAJAYA: Usaha menghina agama Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest dan program 'I Want To Touch A Dog' akan digerakkan secara terang-terangan sekiranya umat Islam tidak bersatu, kata Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Katanya, usaha kumpulan yang berselindung di sebalik gerakan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia itu hanya boleh dihalang sekiranya umat Islam bersatu dalam pandangan atau tindakan.

"Umat Islam di negara ini tidak seharusnya berbeza pendapat namun kalau ada ia harus diurus dengan baik sehingga dapat menyatukan pandangan untuk menegakkan maqasad syariah," katanya semasa berucap selepas menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini, Sabtu.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sheikh Ghazali yang juga Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara berkata apa yang lebih menyedihkan ialah kealpaan umat Islam hari ini telah memberi ruang kepada musuh-musuh untuk menyerang agama Islam melalui pelbagai sudut dalam media sosial.

Justeru, beliau menggesa umat Islam di negara ini untuk menolak perselisihan sehingga boleh menggugat ikatan ummah walaupun perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam.

"Apabila negara aman kerana tidak berlaku perpecahan, kita bersama-sama dapat melakukan amal ibadah tanpa konflik malah negara dapat merangka program pembangunan dan transformasi apabila rakyat bersatu padu menyalurkan pandangan dan bersama-sama membangunkan negara," katanya.

Pemimpin pun kena dengar kata ulama' ni..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. apa pun nasihat atau alasan perpecahan ummah patut dipersalahkan penguatkuasa Agama Islam itu sendiri. tanya mereka rupa tindakan yang telah diambil terhadap orang orang yang telah mempersenda dan menghina Agama Islam. nasihat telah selalu diberi, teguran berterusan sudah dilakukan, amaran juga sudah berulang kali dihamburkan, apa hasilnya? ada kah cukup dengan memohon maaf setelah Agama Islam dicemari? kenapa tidak diambil tindakan tegas terhadap orang orang yang menghina kesucian Agama Islam sedangkan Islam itu sendiri tegas, iaitu buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah? selagi tindakan khusus tidak diambil, selagi itulah permasaalahan tidak dapat dibendung. permohonan maaf wajib diterima tetapi peruntukan undang undang wajib juga dilaksanakan.

    perpecahan ummah berlaku disebabkan kerenah penguatkuasa Agama Islam itu sendiri. selagi penguatkuasaan tidak dijalankan, selagi itulah perpecahan tetap akan berlaku disebabkan ada setengah daripada setengah umat Islam yang memandang remeh akan hukum syariat. sayangilah Agama Islam untuk perpaduan orang Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong 100%!!!
      Tanpa penguatkuasaan, buat la byk2 akta atau undang2 baru pon, tak memberi kesan pape kat para pesalah. Sbb takde penguatkuasaan la para pesalah makin galak buat onar. Prevent is better than cure!!!

      Padam
    2. aku sokong apa ko tulis...jangan nasihat secara umum aje...fokus terus pada mereka yg tidak serius dalam penguatkuasaan...nasihat saja tak cukup...cuba bawa sekali pihak berkuasa dalam hal ini...rakyat bukan boleh tangkap orang sesuka hati...

      Padam
    3. Jawapan yang lazim yang akan diberikan ialah : "Kami tak cukup kakitangan". Kalau dah tak cukup kakitangan, tak usah diharapkan perpaduan Melayu.

      Padam
  2. Dakwa mereka di mahkamah syariah kalau mereka tu orang islam. Jadi loyar2 kapir harbi tu tak boleh nak masuk campur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dorang ada telor ker nak dakwa? dorang sumer bising jer tapi habok pun takder. buat publisiti boleh ler!!!

      Padam