Kemana hilangnya suara kaum ibu didalam parti keramat UMNO selama ini? Kalau kita perhatikan Wanita UMNO kebelakangan ini seakan senyap dan membisukan diri masing masing..! Mungkin terlalu khusyuk menambah ahli dan meraih undi pengundi maka Wanita kurang bercakap dan banyakkan kerja..! bagus ler kalau gitu..! tapi betul ke begitu???
Apabila Najib mengumumkan pelantikan ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara yang hanya melantik seorang dari Wanita UMNO iaitu Pengerusi Tetapnya Tan Sri Nafsiah, Wanita nampaknya tak membantah..!
Apabila ada isu yang melibatkan pengasuh dan rumah jagaan kanak kanak yang melakukan kejahatan kepada kanak kanak...Wanita juga diam..!
Apabila negara dikejutkan dengan peristiwa sonsang memegang dan memeluk anjing..! Wanita UMNO yang terkejut beruk terus pengsan langsung menyembunyikan diri tanpa berkata apa apa..!
Terkini apabila Sister In Islam berkelakuan tak senonoh dengan idea liberal dan pluralisme nya yang mempersoal Majlis Fatwa dan mempertikai tindakan MAIS mengharam kan pertubuhan sesat mereka sekali lagi Wanita UMNO terus terusan mengunci diri mereka didalam peti sejuk beku sekaligus membatukan diri mereka..!
Kenapa agaknya..! Apakah kerana sudah tidak berjawatan didalam kerajaan? Dek kerananya Wanita di'lesu'kan dari arus yang membadai setiap masa dan ketika..!
Bukankah satu ketika dahulu Wanita begitu jaguh dalam isu kanak kanak, orang tua, rumah rumah jagaan dan banyak lagi isu yang sekutu dengannya...tapi kenapa tidak sekarang???
Apakah ada yang masih marah...! Apakah masih ada lagi yang terus terusan mengugut itu dan ini yang ternyata sebelum ini dilayan dan mendapat hasilnya NAMUN sejak akhir akhir ini banyak ugutan yang sudah tidak dipedulikan lagi menyebabkan kesegaran dan kebugaran Wanita tidak dapat berkembang umpama bunga di waktu pagi?
Jangan la buat Wanita macam beberapa orang yang punya sedangkan ramai lagi para Ibu/Wanita UMNO di cawangan cawangan dan peringkat Bahagian yang berjuang berpuluh tahun tidak sekali pun merasa 'nikmat' ke Putrajaya dan Parlimen..tapi mereka tidak berjuang kerana itu..!
Perjuangan mereka lebih suci dan murni jauh dari hanya bermatlamat kan peribadi semata mata..!
Jangan dihina perjuangan para pejuang wanita yang amanah, jujur dan berdedikasi didalam perjuangan mereka selama ini..!
Jangan menganggap mereka seperti lembu yang boleh disempit sempitkan seperti gambar diatas hanya kerana nak menunjukkan kononnya mereka diperlu dan diiktiraf oleh para pemimpin, sedangkan para pemimpin pula di ibaratkan seperti lembu lembu suci yang perlu diberikan ruang dan tempat untuk duduk ditempat yang tinggi setinggi kondo yang mereka miliki..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan