Isnin, 20 Oktober 2014

Lagi Perihal ANjing..!

lepas ni di taman taman, di R&R di mana mana kawasan awam akan ada desakan untuk membenarkan anjing dibawa..!
biadap..!

Mana pergi Menteri agama Jamil Khir..! Takkan nak suruh Najib berselfie dengan anjing baru Jamil Khir nak respond..! Si Asri wababi pun dah mengambil kesempatan untuk mengelirukan umat Islam..takkan Jamil Khir masih membatu..!

Takde perumpamaan Melayu yang meletakkan anjing hebat atau sesuatu yang diraikan...seperti - melepaskan anjing tersepit..! Anjing menyalak bukit..! Anjing kurap...! Anjing gila...! 

Apa yang lebih merbahaya ialah sebenarnya Umat Islam sedang diserang..! diserang di tanah airnya sendiri..! Diserang disiang hari..! Ini bukan di Syria, di Palestin..! Ini agenda jahat musuh Islam...! Jamil Khir faham tak..!!!

Jamil main batu ke? Baca dan fahamkan..
● Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. 
(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung) 
● Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut: 
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. 
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. 
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : 
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Pandangan ulama pula..!


SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

Lu FIkir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Syabas Syed Azmi semoga ALLAH memberkati usaha anda.

    BalasPadam
  2. Syed Azmi Alhabshi tu ulamak kategori mana?

    BalasPadam
  3. Wahai Ulama-Ulama Islam ! Bila sesuatu perkara mengelirukan Ummah menyentuh perihal Islam, Bangun Lah ! Beri kenyataan berhemah dan berhikmat bagi memperbetulkan keadaan !

    Kepada pihak bertanggung jawab kerajaan - Keluar lah dari kepompong kebodohan dan kejahilan diri ! Ambil Tindakan Segera !

    BalasPadam
  4. Hal ni kena rujuk ulama DAP la dulu kot..

    BalasPadam
  5. ramai para ustaz dan ustazah sekarang dalam hati ada sarang setan,,songkok,kopiah dan tudung cuma nak tutup wajah sebenar aje...Rasa diri tu ada buat dosa besar...alang alang dah buat dosa besar ...baik cari pengikut supaya sama sama masuk neraka jahanam...penghinaan terhadap agama berterusan ..tiada pembelaan dari sesiapa...kerajaan najib terlampau sibuk dengan isis ..benda ni kecik aje..butolah.

    BalasPadam
  6. Apasal orang melayu Islam terhegeh-hegeh nak sentuh najis mughallazah, sedangkan bangsa kiasu sendiri jijik dan geli nak sentuh najis sendiri.

    BalasPadam
  7. Dr Maza patut dihanyut kelaut selalu membuat umat islam keliru.

    BalasPadam