Sehingga kini masih tidak kedengaran berita terkini, apakah hasil kotak hitam yang dijumpai? apakah tindakan dan rumusan pihak dunia yang sedang menyiasat punca kejadian malang MH17..!
Apakah masih menunggu Q dari Amerika dan yang sekutu dengannya? Layan video yang tak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini..!
Baca video dan penerangan asal di rt.com disini.
Tapi cuba ingat apa yang Menteri pemangku kata waktu tu..!
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan tersebar di media sosial yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.
Beliau berkata, sebaliknya hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.
“Berdasarkan risikan tentera dan bukti sebahagian serpihan pesawat yang kita temui, tidak mungkin peluru yang digunakan dari udara ke udara tetapi dari darat ke udara.
“Sama ada ia milik Ukraine atau milik pihak pemisah yang dibekalkan oleh pihak Rusia, peluru itu mesti dari BUK System dan hal ini tidak dapat dinafikan oleh pihak Eropah, NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mahupun Rusia”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini semalam. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera.
Hishammuddin mengulas laporan media sosial yang mendakwa pesawat penerbangan negara MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas kerana ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.
Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini turut mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan kehadiran sebuah jet pejuang Ukraine, Sukhoi 25 (Su-25) yang dikesan terbang pada jarak tiga hingga lima kilometer daripada pesawat MH17 sebelum nahas itu.
Bagaimanapun, pakar ketenteraan luar negara berpendapat berdasarkan serpihan pesawat yang terbakar dan dipenuhi lubang-lubang kecil dan besar di bahagian tengah pesawat itu, ia ditembak dengan menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara.
Hishammuddin berkata beliau sendiri secara peribadi dan berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya sebagai Menteri Pertahanan turut yakin pesawat MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu BUK.
Sehubungan itu beliau menasihati rakyat di negara ini agar tidak mudah terpengaruh dengan spekulasi dan khabar angin yang tersiar di media sosial.
Kita macam dah kena remote jer..! entah ler..! cuma kenyataan Menteri ni pun mampu menyebabkan dunia ketawa terbahak bahak..!
Contohnya macam ni...
Lu Fikir La Sendiri!!!
I have commented in many blogs that we east malaysians never trust and accept zahidi, hishamuddin, kj and nazry as potential PM. Why, self explanatory....non performer and essentially like rhetorics. I am one individual who would never allow sarawak to be taken out from malaysia. However, if any of above 4 becomes PM one day, thats the time when sarawak refuses to a safe deposit for BN.......trust me.
BalasPadam