Tak tahu nak kata apa..!
KUALA KRAI 5 Jan. - Kira-kira 30 ahli keluarga Muhammad Chik, 63, dan Wan Rahmah Wan Hamat, 63, terpaksa menjadikan sebuah lori treler, empat kereta dan sebuah khemah sebagai kediaman sementara sejak dua minggu lalu selepas rumah mereka musnah sama sekali akibat dilanda 'bah kuning' baru-baru ini.
Mereka yang terdiri daripada lima keluarga dalam kalangan anak-anak Muhammad dan Wan Rahmah serta saudara-maranya pada asalnya memilih untuk berlindung di rumah Wan Rahmah setelah kediaman masing-masing di sekitar daerah itu dinaiki air pada 23 Disember lalu, namun tidak menjangka kediaman yang disangka selamat itu juga tenggelam sepenuhnya dan runtuh.
Lebih memilukan, seorang anaknya, Rosmanisah Muhammad, 33, juga terpaksa menerima hakikat apabila bukan sahaja rumah ibunya, Wan Rahmah musnah bahkan kediamannya sendiri di Kampung Siam dekat sini juga runtuh.
Rosmanisah berkata, dia dan suaminya bersama-sama tiga anak mereka telah berpindah ke rumah ibunya di Jalan Gaele di sini apabila rumah mereka dinaiki air.
“Apabila rumah dinaiki air, saya segera berpindah ke rumah ibu, malah adik-beradik yang lain juga berkumpul di situ. Tidak sangka rumah orang tua kami yang selama ini tidak begitu terjejas kerana banjir, dinaiki air mendadak menyebabkan kami segera melarikan diri ke dalam sebuah lori kepunyaan majikan bapa yang diletakkan di kawasan lebih tinggi.
“Dengan sehelai sepinggang, kami semua berkumpul di dalam lori tersebut, selain empat kereta kami di situ. Itulah rumah kami dari mula banjir hingga sekarang.
“Cuma kini apabila banjir sudah surut, ada antara kami yang duduk di rumah jiran dan bina pondok untuk memasak. Semasa banjir, itulah rumah, itulah dapur, itulah segalanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rosmanisah yang memakai tuala melitupi wajahnya kerana cuaca panas terik semalam tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasibnya sekeluarga.
“Rumah saya juga sudah runtuh, habis segalanya. Pakaian sekolah anak-anak dihanyutkan air bah. Muka saya pun dah nak hangus sebab tidak duduk dalam rumah,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia antara tiga dan 13 tahun.
Sementara itu, adik Rosmanisah, Rosmarida, 31, pula yang juga mendiami lori tersebut berkata, walaupun berada di atas lori di jalan berbukit, air banjir tempoh hari tetap naik pada paras lutut.
“Bayangkan lori ini jadi pulau, kami, tujuh beradik, ibu, ayah dan saudara-mara perlu sentiasa mengawal lapan orang anak-anak kami yang masih kecil.
“Tambah pula saya dan seorang adik ipar, Salmi Japri, 30, berbadan dua. Saya mengandung empat bulan, dia tiga bulan.
“Mujur kami semua tidak kebuluran apabila sebuah lori runcit turut terkandas di kawasan sama. Kalau tidak, tidak tahulah bagaimana nasib kami,” katanya.
Berlaku juga perkara seumpama ini didalam negara kita..!
Entah laa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Mintak tolong la dgn Kerajaan Berkebajikan Pakatan Haram.
BalasPadamkenapa masa susah mcm ni tak gi cari Pork Nick tkpun Ketum?
BalasPadamKan ni negeri penyanjung Pakatan Haram.. so benefits akan dpt byk dr mereka.
so takkan ada rupa gambar begini...
Macai paham x?
Semoga mereka tabah. Semoga kehidupan mereka lebih baik selepas bantuan sampai.
BalasPadamCari mat KY..Mat sontot
BalasPadamtak tau nak kata....hari ini hari dia...hari kita belum tau....cer tanya pemimpin negara kebajikan...mungkin bolih tolong. inilah kehidupan...jangan hina orang laen...tak pasal2...orang yang kita hna...datang membantu. kuasa allah maha besar...maha mengetahui...
BalasPadam