Rabu, 21 Januari 2015

Apa Nak Harap..!


Nyonya tua pun boleh nampak 2 kenyataan diatas ni sangat bertentangan..! satu kata jangan naikkan harga barang sekaligus memberitahu dunia bahawa tiada kenaikan harga barang atas kenaikan harga minyak..! baca kenyataan dibawah tu..!

Sementara satu lagi kenyataan jelas menunjukkan bahawa kenaikan harga barang telah pun berlaku dan meminta agar harga barang diturunkan juga atas sebab penurunan harga minyak..!


Namun...!!! bagi Menteri rakyat setuju dan sokong kenaikan harga minyak..! Tiada aduan..!!! atau tak buat kerja..! atau menutup kedua dua biji mata sambil menggeleng geleng kepala..! 

Bagi Menteri report kepada bos yang penting..! report rakyat boleh tolak ketepi..! jumpa bos... Jempol..! jumpa bos..Bagus..! Jumpa bos keadaan terkawal..! yang penting jumpa bos...! cium tangan..!


Hari ini sekali lagi jerat tak pernah lupa akan pelanduk..! hari ini pihak Menteri juga yang melalak dan meraung merayu minta turunkan harga..! Apa cerita..!!!

Pengusaha Bas Sekolah Perlu Turun Kadar Tambang Selari Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengusaha perkhidmatan pengangkutan terutama pengusaha bas sekolah agar menurunkan segera kadar tambang selaras dengan penurunan harga runcit petrol dan diesel.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, ini kerana pengusaha bas sekolah merupakan antara pihak yang menerima impak secara langsung dengan harga minyak tersebut.
"Jika harga minyak sedang naik dahulu pengusaha bas sekolah merupakan antara golongan yang paling lantang bersuara untuk menaikkan tambang, oleh itu apabila harga minyak telah turun mereka wajar menurunkan harga tambang dengan segera," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan bagi program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama, di sini Selasa.
Sementara itu katanya, walaupun harga semua barangan seharusnya turun mengikut kadar semasa harga minyak, namun para pengguna perlu memahami terdapat faktor lain yang menentukan harga barangan.
Katanya, antara faktor yang mempengaruhi harga barang ialah kos gaji pekerja, tarif elektrik, sewa premis dan cukai pintu.
Mulai 1 Januari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, manakala harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
Maknanya apa..! maknanya ada kenaikan harga yang ketika itu Menteri kata beres..! rakyat sokong..! setuju dan apa jua kenyataan bagi menunjukkan bahawa pihak KPDNKK sudah berjaya membenteras kenaikan harga barang..! KPDNKK itu..! KPDNKK ini..! hebat..!
Hari ini pihak Menteri dan KPDNKK tahu tak bahawa harga barang seakan tidak terkawal..! peniaga sesuka hati menaikkan harga barang..! KPDNKK tahu tak bahawa rakyat perit menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat..!
Tapi seperti biasa Menteri dan KPDNKK menyembur nyembur air liur melancarkan itu dan ini..! buat begitu dan buat begini..! Ada kesan ke?
Sekali lagi Menteri dan KPDNKK mengulangi surat khabar lama mereka terutama untuk dendangan bos bahawa mereka berjaya dengan cemerlang mengekang kenaikan harga barang..! 
Sedangkan yang sebenarnya..???
Jadi...apa yang nak diharap..!
Pi mai pi mai...tang tu jugak..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Boleh masuk rekod dunia ni..

    BalasPadam
  2. Bukan main lagi Hasan Malek bodek sakan Najib, siap cium tangan, sedarlah yang Hasan Malek tu lebih tua dari Najib, apa kejadahnya yang tua cium tangan yang muda sampai macam tu sekali?

    Biasalah, kalau pembodek tu, bukan setakat tangan, malahan kaki pun sanggup dicium, malahan kalau suruh jilat bontot pun sanggup asalkan dapat membodek untuk kepentingan diri.

    Low Class Minister!

    BalasPadam
  3. Menteri yang nampak bijak tu sebenonya tersilap cakap. Sebenornye dia nak cakap macam yg x bijak tu juge.

    Menteri2 geng penghabis duit rakyat kalau bijak tu, kira tak sengaja je. Ha.. ha..

    Tukar ke Pakatan lah.

    BalasPadam