Jumaat, 9 Januari 2015

Namanya Komunis..!


Kalau dah komunis..! tetap komunis..! Nasib baik kita masih ada lagi Menteri yang tegas dan berani..!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun musim tengkujuh menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran namun kenaikan harga secara mendadak sehingga 100 peratus tidak masuk akal.

Beliau berkata, faktor banjir tidak boleh digunakan sebagai alasan kenaikan harga sayur memandangkan 60 hingga 70 peratus sayur dihasilkan di Selangor, Perak dan Johor yang tidak mengalami banjir besar.

“Kawasan penanaman sayur di Ulu Yam di Selangor tidak berlaku banjir dan import sayur tetap dijalankan tidak kira banjir atau tidak. Oleh itu tidak berlaku kekurangan bekalan dalam negara.

“Meskipun hujan pada kuantiti banyak boleh menyebabkan pengurangan hasil sayur antara 10 hingga 20 peratus tetapi tidak mungkin alasan itu boleh menyebabkan harga sayur meningkat melebihi 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan misi kementerian ke kawasan banjir di sini hari ini.

Sebanyak 5,000 sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah kementerian selain nelayan tempatan berjaya dikumpulkan untuk membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir selain membersihkan premis-premis yang dilanda bencana itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus berperanan membekalkan sayur ke pasar tani seluruh negara dengan harga yang lebih murah.

“Pada masa ini kira-kira 20 peeratus bekalan sayur di pasar tani dibekalkan oleh FAMA dan kami berharap tawaran harga yang lebih murah akan memberi persaingan kepada peniaga lain dan seterusnya membantu mengurangkan harga,” katanya.

Lu FIkir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan