Agak agak apa sifir yang dia orang ni pakai...! Boleh jadi pening pakar ekonomi dunia memikirkan strategi hebat lagi bertransformasi yang sedang dilakukan oleh 1MDB untuk menjelaskan hutang mereka..!
Mana pergi duit yang dibawa balik dari Pulau Cayman bagi membolehkan hutang sebanyak 2 bilion tu dilunaskan..!
Mana pergi harta yang berbilion bilion yang boleh dicairkan bagi melangsaikan hutang tertunggak tu..!
Mana pergi Presiden merangkap CEO baru yang merupakan pakar ekonomi terulung yang tiada otak geliganya dikalangan orang Melayu..!!!
KUALA LUMPUR: Billionaire Tan Sri T Ananda Krishnan dikatakan akan meminjamkan sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melunaskan hutang syarikat itu kepada beberapa bank tempatan, kata sumber.
Langkah itu juga dikatakan akan membuka jalan kepada 1MDB untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) bagi meraih lebih RM10 bilion dengan mengapungkan bahagian penjanaan tenaga milik syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.
Sumber berkenaan berkata, Krishnan yang juga individu kedua terkaya di Malaysia, kini sedang merundingkan butiran pinjaman itu.
Sebelum ini, Reuters sudah melaporkan bahawa Krishnan berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam IPO itu yang dijangka dilaksanakan dalam separuh pertama tahun ini.
"Setakat ini ia sekadar pinjaman biasa. Kita belum pasti bagaimana ia akan diterjemahkan dalam ekuiti dalam bahagian penjanaan 1MDB pada masa depan," kata satu daripada sumber berkenaan.
Pegawai 1MDB enggan mengulas manakala pegawai di Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang menjadi jentera pelaburan Krishnan juga tidak dapat mengulas.
1MDB dikatakan sudah dua kali terlepas tarikh akhir melunaskan hutang RM2 bilion daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd.
Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu terpalit kontroversi dengan dakwaan kurang ketelusan dalam urus niaganya sehingga kini menanggung hutang lebih RM43 bilion.
1MDB awal bulan ini mengumumkan pelantikan warga Malaysia yang juga pakar perbankan pelaburan dan berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman. - Reuters
Apa yang menyebabkan Ananda mahu mengeluarkan wangnya? Apa keuntungan yang bakal Ananda raih? Dari mana sumbernya? duit siapa? Macam niaga kacang puteh ajer..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
gali lobang tutup lobang...
BalasPadamPinjam wang bayar hutaaaaaang...