Rabu, 28 Januari 2015

Stopa & PAS Mahukan ANwar Di Penjara..!


Amacam..! Ada berani..!

Kalau dah jahat..! sekutu jahat pun tak suka..! pttuuiihhh..!!!

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh, kata Datuk Mustafa Ali.
Tegas Setiausaha Agung PAS itu, Anwar bukanlah alasan untuk PAS memuntuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab, lagi kukuh Pakatan Rakyat adalah. Sebab kita bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama)," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.
Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan.
Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS.
"Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang.
"Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara)," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Siapa yg jadi ketua pembangkang kalau Anwar di penjara?Presiden PAS macam x sehaluan dengan DAP.

    BalasPadam
  2. Pas dan Dap memang mengharapkan Anwar dipenjarakan agar mereka dapat menafaat undi emosi rakyat yg mudah di spin..Dulu masa hari keputusan membebaskan Anwar..Pemimpin Dap dan Hj Hadi bersama di mahkamah..dah prepare untuk memberi ulasan untuk memperjuangkan nasib anwar ( sangkaan Anwar akan tersabit)..Tapi malang bagi mereka..kejutan yg amat apabila anwar terbebas.. Nampak wajah mereka macam kesalan dan blurr dan terkejut..dirakamkan diakhbar maupun di Tv... Inilah politik ...Skrg Hj Hadi berharap begitu juga..sebab tu dia bertahan untuk tidak berpisah dgn Anwar..kalau mahkamah bebaskan Anwar..Hj Hadi akan cuba bawa pas keluar..tapi susah sikit sebab ,,org Anwar..yg liberal dan Org Syiah pasti ..keluarkan Hj Hadi dari Pas.. Tapi kalau Anwar terpenjara..Hj Hadi akan tetap sama PR dan menjuarai membela nasib anwar.. Saperti lazimnya.. fitna membantai kerajaan akan dibuat besar besaran bersama Dap untuk Undi.. Anwar tetap dipenjara dgn mimpi jadi PM..yg pasti Tiada penghujung... Inilah dunia politik ..Rakyat diperbodohkan begitu rendah sekali...

    BalasPadam
  3. Bekas bekas politician yg nama besar dgn senyuman melirik... menunggu saja untuk jadi Pm.. Org yg Pas bolih terima dan Dap bolih terima.... Anwar tahu hal ini.. sebab tu.. Kumpulan Hj Hadi nak dikasikan melalui PasMa.. Dato Musa Hitam dah mulai kata mamali bukan kesalahan dia.. (pencerahan untuk Pas agar sejuk hati dgn nya) ini lobi peluang nampaknya.. Begitu juga yg senyap senyap.. Anwar dan circle exAbim dia amat takut kalau ini berlaku.. sbb PKR bukan ada penyukong ..mereka hanya tumpang sokongan lalui Dap dan Pas..Tapi berlagak main palyer sajer.. Dulu mereka dipercayaai tapi sekarang tidak tapi dialatkan...(kes penjara) untuk spin emosi rakyat.. untuk Undi emosi..

    BalasPadam