Belum selesai isu TPPA kini datang lagi isu perjanjian CRC..! Kesilapan memberikan hujah telah menyebabkan Menteri Rohani menjadi bahan belasahan di seluruh negara..! Walaupun berjaya dijernihkan dengan membuat kenyataan balas namun apa sebenarnya yang menjadi kegelisahan kepada rakyat..! Kenapa tindak balas rakyat begitu sekali memuncak..!
Semuanya kerana rakyat melihat banyak keputusan kerajaan selama ini memihak kepada pihak berkepentingan..! Lebih malang apabila ianya mengenepi dan menafikan hak serta kepentingan ramai yang menjadi suara majoriti warganegara ini..!
Kegusaran rakyat ada benarnya sejak ISA dihapuskan...! Penentangan kepada penghapusan Akta Hasutan secara terang dan berterusan telah membuahkan hasil akta tersebut dikekalkan..! Begitu juga lah halnya dengan isu perjanjian CRC ini..!
Kita sebagai umat Islam pasti dapat menghidu kemana arah tujuan perjanjian ini mahu dicapai..! Musuh Islam sememangnya mahu merosakkan akidah umat Islam dengan menghalang perkara yang asas yang mesti kita dirikan sebagai umat Islam yang beriman..! Itu perintah dan suruhan..! Itu sebab penekanan kepada sembahyang begitu kuat hingga merotan anak berumur 10 tahun adalah satu tuntutan jika gagal mendirikan sembahyang..! Alangkah yang dirotan pun belum sempurna dan mendirikan sembahyang apatah lagi yang tak boleh dirotan..! Kita percaya itu tujuan perjanjian ini akan dicapai pada masa akan datang..! Tunggu ajer la..!
Kerajaan perlu berhati hati dan berkongsi dahulu dengan umat Islam sebelum membentangkan perjanjian ini untuk diluluskan oleh Parlimen..! Apa isi keseluruhan perjanjian tersebut..! tunjukkan kepada rakyat..! Apakah kerajaan mahu mengambil semua isi perjanjian atau hanya mengambil sebahagian sahaja?
Kalau pihak kerajaan mahu mengikat perjanjian CRC secara berpilih...apa perlunya perjanjian tersebut dibuat? lebih baik tidak perlu dilaksanakan..! Itu sebab pihak kerajaan jangan terlalu mengejar glamour dan populariti diperingkat antarabangsa dengan memenuhi semua kehendak dan tembolok musuh hingga akhirnya menjerat leher sendiri..! Negara bukan perkara yang boleh dicuba dan digadai mengikut selera beberapa kerat..! Negara ini keramat..!
Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya..! Berhati hati la kita dengan setiap tingkah musuh Agama dan Bangsa sama ada dari luar mahupun yang memang bersedia dari dalam sejak dulu, kini dan selamanya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Fahamkan...
Kuala Lumpur: Pelbagai pihak membantah dan meminta kerajaan mengkaji semula cadangan menghukum ibu bapa yang merotan anak kerana tindakan itu dibolehkan mengikut undang-undang Islam jika memenuhi syarat ditetapkan.
Malah, ada menyifatkan penggubalan akta baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dengan menghukum ibu bapa yang merotan anak mereka dikhuatiri bakal melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak berakhlak.
Antara yang menyuarakan pandangan adalah Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman; Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim; Pensyarah Kanan Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Izhar Ariff Mohd Kassim; EXCO Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Pakar sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
Di Kuantan, Abdul Rahman berkata, kerajaan tidak wajar mengetepikan hukum syarak dalam mewujudkan hukuman itu yang dibuat menerusi penggubalan akta baharu.
Dibenarkan hukum syarak
"Mengikut hukum syarak, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda bahawa ibu bapa boleh merotan anak mereka mengikut syarat ditetapkan iaitu berusia 10 tahun ke atas, selepas melalui proses nasihat dan tidak sehingga mencederakannya.
"Kalau hendak rotan untuk mendidik anak ke arah kebaikan boleh tetapi biarlah tidak memudaratkan, ia lebih kepada bentuk merotan nasihat bukannya sehingga mencederakan kanak-kanak itu atau dirotan mengikut nafsu.
"Syarat-syarat sudah ada... bukannya merotan sesuka hati. Contohnya, kita mesti mengajar dan beri nasihat anak kita supaya solat pada peringkat kanak-kanak lagi dan kalau tidak ikut juga barulah boleh rotan hanya pada anggota badan tertentu sahaja," katanya kepada BH, di sini, semalam.
Dengan tajuk di dada akhbar hari ini berbunyi "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah" dan menteri menyebut bahawa "hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)" maka saya ingin mengimbau kembali ancaman dari kerja-kerja jahat COMANGO.
Saya ingin kongsikan kiriman yang telah saya tulis setahun lalu yang saya salinkan semula di bawah ini. Apakah benar juga tulisan saya bertajuk: Ancaman Comango dijangka berterusan.
Mungkin ramai lagi yang masih sangsi sejauh manakah ancaman COMANGO ini. Masih ada di kalangan masyarakat yang tidak tahu pun ada isu penting yang mengancam umat Islam di Tanah Air ini. Masih kedengaran hadirin yang terkejut dan baru sedar apabila kami lakukan sesi penerangan di seluruh Negara tentang ancaman tuntutan COMANGO.
Namun dalam pada terdapat ancaman-ancaman sedemikian, masyarakat awam masih ramai yang tidak peka dengan ancaman ini dan tidak kurang pula yang skeptik terhadap sesi penerangan yang dibuat oleh NGO-NGO Islam, termasuk gabungan NGO-NGO Islam seperti MuslimUPRo (klik https://www.facebook.com/muslimupro).
Dalam pada itu, Negara kita gempar membaca laporan ibu bapa Melayu ditahan di Sweden Disember 2013 kerana dikatakan memukul anak mereka untuk solat. Ramai yang memberi pelbagai komen. Tetapi tidak ramai yang maklum bahawa apa yang berlaku ke atas pasangan Azizul dan Shawati jauh di Sweden itu sebenarnya bakal akan berlaku di Malaysia. Ianya bakal menyumbat ramai ibu bapa ke penjara dalam masa yang terdekat … jika antara tuntutan COMANGO di Geneva terlaksana.
Apakah di antara tuntutan COMANGO tersebut? Di dalam cadangan yang paling utama yang terkandung dalam laporan COMANGO kepada UNHRC untuk UPR pusingan kedua Malaysia bertarikh 11 Mac 2014 dipetik sebagai berikut:
Recommendations: 1.1. Remove all reservations and declarations on CEDAW, CRC and CRPD.
CRC yang disebut dalam cadangan mereka ialah Child Rights Convention untuk perlindungan kanak-kanak. Malaysia telah menanda tangani CRC namun, Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan-tuntutan di dalam konvensyen tersebut.
Apakah perkara yang belum Malaysia laksanakan? Di antara perkara yang belum Malaysia laksanakan ialah Perkara 14 yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih agama mereka sendiri dan ibu-bapa yang menetapkan agama ke atas kanak-kanak mereka boleh dikenakan hukuman.
Suasana ini amat bercanggah dengan hadith Nabi s.a.w. bahawa “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Hadith sahih tersebut jelas meletakkan tanggung jawab ke atas kedua ibu-bapa.
Apakah IMPLIKASI jika Kerajaan menuruti desakan COMANGO untuk melaksanakan seluruhnya CRC tersebut?
1. Menjadi kesalahan bagi orang yang mengazankan ke telinga kanan dan iqamat ke telinga kiri bayi yang baru lahir kerana itu adalah menetapkan agama ke atas bayi yang dilahir itu.
2. Ibu bapa boleh dijatuhkan hukuman apabila mengkhatan anaknya.
3. Ianya juga menjadi kesalahan untuk ibu bapa bayi untuk melakukan aqiqah dan seumpamanya kerana itu termasuk dalam kategori menetapkan agama bagi kanak-kanak ini.
Jika ini berlaku nanti, maka berjayalah satu lagi tuntutan yang sudah lama mereka desak. Dahulunya melalui Inter Faith Council (IFC), kemudian bertukar pelbagai wajah. Sebagai penerusan agenda musuh kita ini, kini mereka menggunakan jarum COMANGO untuk mendapat tekanan dari luar Negara ke atas Tanah Air tumpah darah ku ini. (baca: COMANGO – Talibarut Asing?)
Maka terlaksanalah hajat mereka untuk membuangkan status agama dalam sijil kelahirian dan kad pengenalan kita.
Apakah perlu kita berdiam diri memeluk tubuh?
Sesi Penerimaan Akhir (Final Adoption) untuk Kerajaan Malaysia dalam proses UPR kali ini akan berlangsung di Geneva pada 20hb Mac ini. Sama-sama kita berdoa serta meminta Kerajaan Malaysia bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO yang jelas menggugat kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. ( kenyataan media MUAFAKAT)
Kami juga mendoakan delegasi NGO-NGO Islam di bawah naungan MuslimUPRo yang sedang berada di Geneva agar diberi kekuatan serta kepetahan berhujah untuk menyanggah ancaman bawaan COMANGO yang bakal menyesatkan umat di Tanah Air kita ini.
… Insha Allah bersambung untuk melihat ancaman-ancaman lain lagi.
Nota: CRC secara penuhnya disebut – Convention on the Rights of the Child
*****************
Lagi maklumat berkaitan UPR:
|
|
Sebenaqnya undg-undg UN-KEPARAT ciptaan si Barat-Zionis tu mahukan setiap jenerasi muda Islam diROSAKkan akhlak dan minda - supaya jadi mcm. jenerasi muda Barat-Zionis yg. ramai dah jadi mcm. BINATANG BUAS; sampai contohnya umur baru 10 tahun dah bebas buat seks - termasuk jadi mangsa puak PEDOFILIA, gila pornografi, berpakian lucah, KETAGIH dadah/alkohol/"video game" ganas/lucah/judi serta melawan mak bapak sepanjang masa!
BalasPadamMalangnya ramai pemimpin Islam-LIBERAL-SOTONG/DAYUS dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM!
Sedgkan si HIPOKRIT Barat/ISrael-KEPARAT boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam termasuk ANAK-ANAk ISLAM kita, dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!
Ada pelatih guru Islam/Melayu mengadu kat aku - budak-budak sekolah terutamanya kat sekolah elit; punya BIADAP kat guru! Tapi guru tak boleh buat apa - sampai nak marah pun takut; apalagi anak org. kaya! Ya, inilah jenerasi MUDA yg. dilahirkan akibat pengaruh budaya Barat/Zionis-KEPARAT yg. mana ada guru-guru pun boleh diPIJAK sesuka hati!
Bila aku tanya kenapa tak adukan pd. guru lama kat situ - bilangya tak guna pun; perkara sama juga! Apalagi kat Kem. Pel - jgn. harap!
Nek Tempoyak.