Jumaat, 9 Januari 2015

Kenali 11 Kerusi Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak..!


Pilihanraya negeri Sarawak sudah semakin hampir sebenarnya..! segala persiapan terarah untuk melaluinya dengan lancar dan berjaya..!

BN yang bakal berjaya mengekal kuasa bukan pakatan haram..!

Berikut adalah maklumat mengenai 11 kerusi baru DUN Sarawak berdasarkan kepada Notis Persempadanan Semula yang dipaparkan oleh SPR bermula hari ini sehingga 4 Februari nanti.

1. Batu Kitang (N.13)
Batu Kitang adalah kerusi baru yang diwujudkan dalam kawasan Parlimen Stampin (P.196). Ia adalah pecahan daripada Kota Sentosa dan Batu Kawah.

Dalam Pilihan Raya Negeri 2011 (PRN-10), DUN Kota Sentosa dimenangi oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen dengan majoriti 4,,824 undi. DUN Batu Kawah juga  dimenangi oleh DAP melalui Christina Chew Wang See dengan majoriti tipis 543 undi. Kedua-dua mereka mengalahkan calon daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ketiga-tiga kerusi DUN itu masing-masing mempunyai lebih kurang 20,000 pengundi berdaftar.

2. Stakan (N.17)
Kerusi ini diwujudkan dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan. Bahagian ini sebelumnya mempunyai dua kawasan DUN iaitu Asajaya dan Muara Tuang.

Dalam PRN-10, kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

3. Serembu (N.18)
Serembu diwujudkan dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo yang sebelum ini dikenali dengan nama Parlimen Mambong.

Nama Mambong itu kini dipakai untuk menggantikan nama DUN Bengoh dalam kawasan parlimen yang sama. Dalam PRN-10, kerusi DUN Bengoh dimenangi sekali lagi oleh calon BN daripada SUPP iaitu Dr. Jerip Susil dengan majoriti tipis 275 undi.

Sebuah lagi kerusi DUN dalam kawasan parlimen ini ialah Tarat yang dimenangi oleh calon PBB Roland Sageh Wee Inn dengan majoriti 1,995.

4. Triboh (N.23)
Triboh adalah satu kerusi tambahan kepada dua kerusi sedia ada iaitu Tebedu dan Kedup yang terletak dalam kawasan Parlimen Serian. Kedua-dua kerusi itu sebelum ini dimenangi oleh calon BN daripada PBB.

5. Gedong (N.26)
Gedong diwujudkan dalam bahagian Parlimen Batang Sadong. Dua kerusi lain dalam kawasan parlimen itu ialah Sadong Jaya dan Simunjan yang dimenangi kedua-duanya oleh calon BN daripada PBB dalam PRN-10.

6. Kabong (N.40)
Kabong adalah kerusi tambahan kepada dua kerusi sedia ada, Kalaka dan Krian yang terletak dalam kawasan Parlimen Saratok.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, DUN Kalaka dimenangi oleh calon BN, Abdul Wahab Aziz daripada PBB manakala DUN Krian dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Biju.

7. Tellian (N.57)
Tellian adalah kerusi baru yang diwujudkan dalam kawasan Parlimen Mukah. Dua kerusi sedia ada sebelum ini ialah Dalat dan Balingian yang dimenangi kedua-duanya oleh calon PBB.

8. Selirik (N.63)
Selirik diwujudkan dalam kawasan Parlimen Kapit sebagai tambahan kepada dua kerusi sedia ada iaitu Pelagus dan Katibas.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, DUN Katibas dimenangi oleh calon BN, Datuk Ambrose Blikau daripada PBB manakala DUN Pelagus dimenangi oleh calon bebas Datuk George Lagong.

Selepas pilihan raya itu, George kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan dilantik sebagai timbalan presiden. Beliau selepas itu mengumumkan keluar daripada SWP bersama beberapa ADUN lain yang keluar daripada SUPP dan  Parti Demokratik Progresif Sarawak untuk membentuk Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

George bagaimanapun tidak tersenarai dalam barisan ADUN yang membentuk Teras. Penggugurannya itu dipercayai ekoran pendirian tegas Parti Rakyat Sarawak bahawa kerusi itu adalah miliknya. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Ogos lalu menegaskan kerusi berkenaan akan diserahkan kepada PRS untuk menentukan calon bagi mewakili BN dalam pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016 nanti.

9. Murum (N.66)
Murum terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang. Pengenalan kerusi baru ini menjadikan tiga kerusi DUN semuanya dalam kawasan parlimen ini. Dua DUN sedia ada Baleh dan Belaga sebelum ini dimenangi oleh calon BN daripada PRS.

10. Samalaju (N.70)
Cadangan kerusi baru ini menjadikan ada empat kerusi DUN semuanya dalam kawasan Parlimen Bintulu. Dua kerusi tersebut, Jepak dan Kemena disandang oleh BN melalui PBB.

Sebuah lagi kerusi iaitu Tanjong Batu adalah nama baru bagi kerusi yang sebelum ini dikenali dengan nama Kidurong. Kerusi itu dimenangi oleh calon DAP dalam pilihan raya negeri yang lepas.

11. Long Lama (N.78)
Kerusi baru yang ke-11 ini diperkenalkan bagi kawasan Parlimen Baram. Kerusi ini mempunyai jumlah pengundi sebanyak 8,057 orang.

Dua kerusi lain ialah Marudi dan Telang Usan. Dalam PRN-10, Marudi dimenangi oleh Sylvester Entrie daripada SPDP yang mewakili BN manakala Telang Usan juga dimenangi oleh BN melalui Dennis Ngau daripada PBB.


 
Pada November lepas, Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan, urusan kajian semula persempadanan bagi bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak, hanya dapat dimulakan sebaik undang-undang perlembagaan negeri berhubung perkara itu dikuatkuasakan.
 

Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya dijangka bermula akhir tahun 2014, namun terpaksa ditunda berikutan banjiryang melanda beberapa negeri di Malaysia.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan