Sabtu, 31 Januari 2015

PANAS ~ Cerita Besar Tun M Yang Cuba Di Perkecilkan..!


Kita seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang negarawan yang bijaksana dan berani didalam tindakannya..! 

Tindakan sebegini menjadikan negara dipandang tinggi, di hormati dan disegani oleh dunia..! Oleh kawan dan juga lawan..!

Sebenarnya... kita semua merindui kepimpinannya..!

KEBERANIAN MAHATHIR BERHADAPAN PEMIMPIN DUNIA
CERITA 1

Waktu melawat USA beliau telah makan tengahhari di White House bersama President Ronald Reagan. 
Ronald Reagan telah bertanya 'Kenapa Umat Islam suka berperang.' 
Tun menjawab 'Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.' 
Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?' Tun menjawab 
'Bukan semua kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.
' Lantas Ronald Reagan bertanya ' Kenapa mereka itu berperang?' 
Tun Mahathir menjawab 'Kerana Amerika dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk yang lain kecuali berperanglah.' ' Jadi kami yang salah?' tanya Reagan. 'Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.' Mereka berdua pun ketawa.
CERITA 2
Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!
Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.
Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!
Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
CERITA 3
Ketika satu lawatan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen ke Iran memenuhi jemputan Khomeni pada ketika itu, ada dua Ahli Parlimen wanita dalam delegasi tersebut termasuk salah seorangnya Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat sekarang, Dato Seri Rohani.
Ketika perjumpaan tertutup, dua ahli Parlimen Wanita ini tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik tertutup atas sebab sebab tertentu waktu itu.
Tun Mahathir terus berkata "Mereka ini delegasi kami, kalau mereka tak dibenarkan masuk, kami semua tidak akan masuk ke dalam bilik itu"
Dengan nada yang cukup tegas waktu itu.
Akhirnya mereka mengalah.
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Problem is there are not many the kind of these historical occurrence being compiled and presented as such. Most are fragmented here and there in a sense the younger generations are not aware or if indeed came across such stories would just be in passing and it will be forgotten.

    These stories has to be TOLD and in a more URGENT and HIGH FREQUENCIES so as it is being worthy of sharing as much as point of reference for the younger generations to have a kind of affection if not hold dear their past leaders!

    Thanks for sharing.

    Assallamualaikum.

    Melayu Luar Negara

    BalasPadam
  2. Demi Allah..Selepas solat suboh pagi tadi, saya membawa anak lelaki saya yg baru berusia 17 tahun (menunggu keputusan SPM) saya dapati tekun membaca pelbagai blog isu semasa negara..Selepas beliau merungut keresahan macam2 hal skrg, saya bertanya kepada beliau,siapakah pemimpin yg beliau kagumi dan yakini..Terkeluar serta-merta nama Tun Mahathir..Saya terkejut dan meminta alasan2 beliau..Katanya, dulu sekadar kagum begitu gitu hal saja..Tetapi bila beliau menyaksikan sendiri di sebuah masjid di KL baru2 ini apabila sekumpulan Arab berlari untuk bersalam dan bergambar dengan Mahathir serta mendengar Arab mengkagumi kehebatan Mahathir, mereka yg masih remaja mengenang dan menghormati pemimpin lama bernama Mahathir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Brader 5:22 PTG

      Semoga anak anda menjadi anak-melayu-muslim yang berjaya, kemudian mencurah bakti, in-sya Allah! Anak lelaki saya tahun tiga university di benua Amerika (lahir dan membesar selama umur nya 21 tahun di luar negara) apabila di tanya dari mana terus menjawab Malaysia! Tidak di ajar dan dididik pun dia, sebab hanya saya dan isteri asal-usul mak-pak-tok-nek-moyang orang Johor. Lebih mengkagumkan, Dr Mahathir juga disebut orang India, Pakistan, American, Australian, Dutch, English-Brits, Pak-pak Arab rata rata hanya kenal Tun Dr Mahathir!

      Hargai lah selama dia masih hidup. Yang ramai nak menjatuhkan Tanah Melayu puak-puak cinabeng luar negara, tapi kemain baik bersama Melayu Luar negara. Sifat mereka sama di Malaysia dan luar negara (Australia, America, London) cukup jaki dengan Melayu-Muslim Malaysia tapi dare to call themselves 'Malaysian'????

      Aku kongsi kisah sendiri lihat dan nampak dalam perantauan ku. Anak-anak muda yang dihantar keluar negara perlu diterapkan sifat kemelayuan dan Islam, in-sya-Allah jati diri tu tidak akan lari.

      Padam
  3. Refleksi dari sikap takut dan patuh hanya kepada Allah S.W.T. Tun M sememangnya seorang pemimpin Islam yang sebenar.

    BalasPadam