Musang berbulu ayam..! Ungkapan tersebut muncul kerana adanya musuh didalam selimut..! adanya musuh yang berpura pura baik didepan kita tetapi dibelakang kita dialah yang mengatur segala peancangan untuk menghancurkan kita semua..!
Realiti TV pun tak terkecuali..! dalam keseronokan dia sebenarnya mempunyai agenda yang tersendiri..! cuma terpulang kita la nak memahaminya..!
Layan...
Banjir dan Program Realiti TV
Ketika negara dilanda musibah banjir, kita mengharapkan seluruh rakyat Malaysia berpadu tenaga, membantu mereka yang memerlukan, atau paling kurang, menzahirkan rasa simpati.
Batal atau tangguh dahulu program atau aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Misalnya, membatalkan sambutan Tahun Baharu 2015, seperti yang dilakukan. Biarkanlah mereka berkenaan sahaja menyambutnya.
Lagipun, saya tidak nampak manfaat menyambutnya, melainkan satu pembaziran dan kemungkaran. Alasannya mudah, setiap bangsa (agama) sudah ada tahun baharu tersendiri. Sambutlah dengan penuh keimanan.
Di Brunei, sambutan tahun baharu langsung tidak dibuat, meskipun tidak dilanda musibah. Cara inilah yang perlu kita pelajari dan ikuti. Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.
Misalnya, program realiti TV semakin menjadi-jadi ketika rakyat ditimpa musibah. Lebih menjengkelkan ada adegan-adegan hina yang sengaja ditonjolkan bagi mencari publisiti murahan dan kontroversi.
Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu. Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating. Dosa pahala letak di mana?
Sekadar berkongsi pengalaman sepanjang mengacara program realiti tv. Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?
Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat. Bersedialah sebelum musibah datang menimpa. Matlamat asal program realiti tv untuk mencungkil bakat sudah tersasar jauh. Ia tidak lagi bersandarkan kepada asas ilmu dan amar makruf nahi mungkar.
Lebih menyedihkan program realiti agama, mencari pendakwah versatil. Sepatutnya peserta dinilai dari segi ketinggian ilmu yang dimiliki. Bukan soal kebolehan menyanyi atau melawak. Kesihan para peserta dipaksa menyanyi dan melawak untuk mengejar rating.
Akhirnya, ketika uji bakat, prioriti ilmu diketepi. Kebolehan menyanyi dan melawak itulah yang dicari. Begitu juga dengan pemilihan juri. Ada juri yang baru setahun jagung menceburi bidang dakwah, yang dipertikaikan dari segi kredibilitinya, diberikan mandat menjadi juri.
Komen juri ini seolah-olah dia pakar dalam pengucapan awam atau public speaking. Tidak terdengar sepatahpun ilmu asas pengucapan awam, seperti athos, pathos dan logos (3os) ketika memberikan komen.
Carilah makna 3os ini. Sesuaikan melalui pendekatan dakwah Rasulullah SAW. Tidak kurang yang syok sendiri memberi komen, seolah-olah pengucapan awam mereka begitu baik sekali, wal hal banyak yang masih perlu diperbaiki.
Misalnya, komen seorang juri yang kononnya pakar dalam bidang tajwid. Ini belum termasuk pandangan kontroversinya mengenai Bani Tamim dari kalangan orang Melayu dan menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin Mesir. Lagak komennya mengalahkan pakar bidang pengucapan awam.
Apakah matlamat sebenar realiti tv? Mengundang barakah atau musibah? Sehingga mereka yang sudah tidak bergigipun dipertandingkan? Ini belum termasuk yang belum bersunat?
Nasihat saya kepada mereka yang masih lagi leka dengan musibah ini. Pertama, jangan undang murka Allah. Kurangkanlah program realiti tv bersifat merosakkan. Jangan selalu berfikir kontroversi dan sensasi itu baik. Suka di sisi kita, belum tentu Allah suka.
Kedua, letakkan ilmu di tempat yang tinggi dalam menjayakan program realiti tv. Fathi Yakan berpesan, kebersihan jiwa dan rohani perlu diberi perhatian. Sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Keilmuannya harus mantap ukhrawi dan duniawi.
Ketiga, pendakwah katanya mesti ada keupayaan untuk menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada, berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Keempat, pendakwah perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Jika tidak boleh menyanyi, tidak perlu paksakan diri.
Kelima, pendakwah perlu menjadi teladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah). Pengalaman merempit tidak bermakna kita boleh menarik mat rempit.
Keenam, pendakwah perlu mempunyai pandangan yang tajam, tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas. Tanya lain, jawab lain.
Ketujuh, pendakwah perlu mempunyai kemahuan yang kuat. Daya Tarikan yang tidak melampau.
Kelapan, pendakwah perlu melaksanakan amar makruf nahi munkar. Pemimpin realiti tv perlu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.
Hassan al-Banna berkata: “Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”.
Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukanlah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.
Alhamdulillah...
BalasPadamTerima kasih Dr. diatas ingatan di atas buat diri saya yang serba kekurangan ini.
Betapa malunya saya jika saya berada diantara mereka2 yang Dr sebutkan itu.
Selamat berdakwah Dr demi ISLAM
salam...saya bab2 gelak2 ni mmg tak berminat sejak dari dulu lagi...umat Islam ramai yg sikapnya bermusim...tak konsisten...kadang2 saya terpikir, mcm mana doa2 kita nak dimakbulkan..insafnya seminit...alpanya bertahun...masa susah baru nak ingat Tuhan...umat Islam sendiri yg beri sokongan pada program2 yg jelas2 melalaikan umat islam yg tak tahu lah nak gambarkan tahap keimanan setakat mana...wallahuallam..
BalasPadamSokonglah bee end dan apa yang dibawanya.... Kita mungkin akan lihat yang lagi teruk nanti.
BalasPadamSokong PAS dpt banjir besar...
PadamSo what ?
Bodoh x abis2..
Unta Amerika pun x sebodo hang
apa pulak kaitan realiti show dengan bee end? esok hujan katak pon kata bee end yang buat..lahabau punya manusia
BalasPadamtu yang kena bodh tak pasal2.... ha ha ha ha....
PadamFahami dan hayatilah pandangan Dr ni....tak perlu kaitkan dgn politik...Ya Allah lindungilah kami dari tingkahlaku yang mencelakan...AMINN...
BalasPadamYa benar Dr..
BalasPadamItu program agama...
Program lain lg lah...
X puas tgk yg muda melalak atas pentas..
Diupah pulak "ungka2" dan "monyet2" menjerit d bawah pentas...
X cukup org muda dgn AF, di latih pulak budak flm ceria Popstar...
X cukup lg dgn budak, dipanggil org2 tua yg dah x lama nak masuk kubur melalak atas pentas...
X cukup lg.. d panggil lg org buat lawak.. buat lawak bodo dlm MLN... dah lebih bodoh dr kambing dan lembu...
APA INI ?....
X mustahil bala dtg dgn banjir besar, bkn hanta sebab balak dan pemimpin munafik yg jyal agama... mungkin juga atas sebab seluruh rakyat malaysia yg dok sokong program realitu x guna tersebut...
Dan pastinya.. bila agama pun dibuat seperti AF.. Ceria Popstar... Kilauan Emas.. MlLM...
TUNGGULAH.. PASTI DTG BALA LAGI !!
Jika baca sejarah yang ditulis British Melayu adalah bangsa yang banyak kacukan, dimana ada yang bercampur India, Eropah, Arab sebelum kelahiran Muhammad kerana lokasinya ditengah2 laluan perdagangan dari India ke China. Selat Melaka ialah tempat rehat & banyak orang menetap di sini.
BalasPadamAda juga orang India, Arab, Eropah yang terus memilih menjadi Melayu dengan membuka kampong2 tetap menutur Melayu & beragama Islam. Bangsa2 ini telah menguatkan - umpama tulang belakang - orang2 melayu.
Tengok muka Hamad kama Piah - itu ada campuran genetik- pasal tu PNB untung.
Ada juga bangsa campuran yang pandai akhirnya jadi pelacor.
Kini banyak juga Cina yang menganut Islam dan terus jadi "Melayu".
Ingatlah menjadi Islam bermakna menyerah diri kepada ALLAH - bangsa, keturunan darjat menjadi perkara no 2. Semua ini makhluk Allah yang akan mati & tak kekal.
Janganlah terlalu Nostalgik dengan kisah2 lama, Namun Identiti Nusantara itu kekal Alam Melayu.
Menurut Sarjana British juga penyampaian Islam di Nusantara dulu telah dicemari dengan ajaran yang tidak tulen- Kisah yakjud makjud, dajal, Imam mahadi semua itu dicedok & digoreng dari puak Mundur yang memanjangkan kisah2 pendek dari Quran. Ia bukan Ajaran Islam.
Sebab itu kita boleh dengar ceramah2 merapu di Masjid2, tetapi bukn kearah EXTEMIST, ia kisah moral, telah berlaku sejak 500 tahun dulu. Umpama Bangla & Pakistan. EXTRIMIST kurang di BANGLA & bangla lebih lembut berbanding Pakistan kerana ada ajaran berbeza.