Sabtu, 31 Januari 2015

Rombakan Kabinet@Rompakan Kabinet..?


Semalam semasa menunggu perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berakhir berita yang bertiup kencang ialah pertukaran Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor dan juga khabar angin akan rombakan kabinet..!

Pertukaran Timbalan Penegrusi Perhubungan UMNO negeri Selangor boleh disahkan benar sejak awal lagi apabila dilihat Najib mencari dan memanggil Noh Omar sejurus beliau tiba di bilik mesyuarat...berbincang seketika sebelum memulakan mesyuarat MT.

Namun isu yang masih terbungkam dan tidak dijawab semalam ialah isu rombakan kabinet..!

Ada yang mengatakan...bahawa jangan mengharapkan kemunculan muka baru kerana yang akan diumumkan hanya pertukaran kementerian yang melibatkan 3-4 orang Menteri. Kalau ada pun yang tercicir dijangka hanya seorang yang sekarang begitu hangat dipasaran.. kata seorang sahabat yang sedang bertugas bagi mempastikan kelancaran mesyuarat petang semalam..!

Lebih lagi dikhabarkan pertukaran ini nanti merupakan satu lagi tindakan Najib mengikuti kehendak 'beberapa orang' yang mahu lebih kanan didalam barisan Kabinet..! Maknanya lebih kurang ialah meletakkan orang itu disitu kerana kepentingan individu dan bukannya kepentingan negara..! entah laa..! ini semua masih cakap cakap..!

Kalau dilihat senario sebelum ini pun ada Menteri dan Timbalan Menteri yang dikatakan mengugut dan mendesak Najib untuk dijadikan anggota jemaah Menteri. Hasilnya kemahuan mereka berjaya dipenuhi..maka tak heran kalau rombakan yang bakal berlaku juga bertitik tolak dari modus operandi yang sama dilakukan sebelum ini..! Betul ke???

Kalau macam tu...bukan la rombakan kabinet namanya..cuma sekadar rompakan kabinet..! Tak gitu???

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Memang tepat..Rompakan Kabinet..Not fit to be a minister..Ada seorang Timbalan Menteri tu dah sampai bertongkat..Umur dah tua..Perangai pun dah tua..Otak pun dah tua..akhirnya UMNO jadi parti tua..apa yg penting ialah menyamun..apa yg boleh nak disamun...samun...Ingat aku kat ketua penyamun Ali Baba Bujang Lapok..

    BalasPadam
  2. Kalau kali ini lantik MENTERI BODO yg banyak SELF INTEREST drp RAKYAT interest..maka siap la BN 2018 semua akan didakwa.

    BalasPadam
  3. CANTIIIKKKKK!!!.....

    BalasPadam
  4. Memang perlu penstrukturan semula.

    BalasPadam
  5. Mmg bagus...rombakan kabinet ni

    BalasPadam
  6. separuh dari muka muka kat atas tu patut berundur..

    BalasPadam