Khamis, 8 Januari 2015

HOT ~ Pegawai Khas ADUN Kena Tangkap Edar Dadah..!

Pegawai Khas Adun di Sarawak kena tahan

7 JAN: Seorang pegawai khas kepada wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak ditahan oleh polis bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.
“Suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam serbuan di pusat khidmat wakil rakyat terbabit, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam,” lapor BH memetik sumber.
logo polis
Hasil pemeriksaan kemudian menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi pil khayal disembunyikan di premis berkenaan.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen Mukah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti dari mana bekalan dadah terlarang itu diperoleh dan rangkaian pengedarannya,” katanya.
Sumber berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Pusat Khidmat Adun berkenaan sebagai pusat pengedarannya, dengan sebagai besar ‘pelanggan’ adalah kalangan penagih setempat.
Sementara itu, wakil rakyat terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai penahanan pegawai khasnya itu.
Siapa..?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan