Ambil tindakan yang perlu dan patut..!
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.
"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.
Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' (menjadi bahan berita popular) di media sosial.
Video berdurasi lebih tiga minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut.
Perbuatan sumbang itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny and pretty. Itu bukan lelaki sejati."
Othman berkata penganjur konsert artis K-Pop B1A4 harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana Jakim pada 2007 telah menerbitkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam tetapi adakah garis panduan berkenaan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk penganjur konsert dan merujuk kepada Jakim terlebih dahulu.
"Jakim tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak, penganjur dan pihak yang meluluskan acara hiburan memberi perhatian serius mengenai kebaikan dan keburukan dalam penganjuran acara.
"Dalam memenuhi tuntutan agama Islam, sebarang acara yang bertentangan dengan moral, akhlak, tatasusila dan budaya Malaysia tidak wajar dibenarkan, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak," katanya.
Jangan sampai ianya menjadi BUDAYA..! BAHAYA..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Bagi saya konsert tu x salah sekiranya gadis galak tu x naik pentas dan dipeluk xde hal . Kita negara berbilang kaum, konsert tu utk Bangsa bukan islam... Yg hg gatai pi sapa suruh dah tu galak pula naik ke pentas dan di peluk .
BalasPadamApasalahnya klau sungguhpun dah naik pentas kpop tu nak cium, hg bagi penampaq sedas .. Silap silap kpop jaruh cinta kat gg... Pasal hg perempuan yg menjaga maruahnya sbg org islam. Bodoh Pianggg.
Dulu ada isteri pemimpin peluk bukan muhrim. X de siapa kisah pun. Mungkin sebab dia tua kot...
BalasPadamBila dah jadi teladan baru orang nak kisah kot.
Orang Korea ada adat dan kesopanan seperti orang Jepun namun mereka juga seperti kebanyakan orang Timur lambat laun akan terikut-ikut budaya kuning lalu hilanglah budaya temurun temurun. Barat dijadikan kiblat dalam serba serbi termasuk hiburan. Sesiapa yang dapat meniru rapat gaya Barat akan dianggap telah berjaya dan dalam konteks Kpop, Korea dianggap contoh kejayaan itu. Kejayaan sering diraikan, makanya minah lokal naik pentas yakni sama seperti gadis Barat naik pentas bagi meraikan kejayaan artis mereka sendiri. Sememangnya peluang berkongsi pentas bersama artis Barat yang sukses adalah tipis dan sementelahan Kpop memberikan ruang dan peluang berkenaan cumanya kenapa minah bertudung dan bukannya amoi atau meenachi yang lebih spontan?
BalasPadamRakyat dah confius konsert mana satu nak ikut. Yahanana pun ada. K pop pun ada. Mcm2 lagi konsert.....
BalasPadamMelayu minum arak terang2, x der siapa kisah sangat. Dah biasa tengok kat disko2.
Dadah plak apa crita? Melayu la jugak paling ramai... Semua HARAM tue..
Nak negara maju konon. Nak pembangunan konon... belajar2ler terima padahnya...
budak2 tu yang gatal naik atas pentas. K-pop tak bolih disalahkan ! Penganjur pun tak bolih di salahkan tapi sepatutnya harus bertanggung-jawab agar security mesti lebih ketat agar tidak di benarkan orang awan naik pentas. Yang salah budak2 tu yang gatal tak bolih kawal nafsu.
BalasPadamBudak2 tu jadi gatal, siapa yang silap? Mak bapak? TV? Persekitaran? Pemerintah? Ustaz? Pakatan?
BalasPadamJangan main2. Ini baru permulaan. DADAH dulupun, jarang2 dengar.
Akan berlaku lagi jika terus haram dan halal bercampur aduk dalam amalan dan pemerintahan negara.
Jika dilihat dari konsep pemerintahan negara la beb.
Salah penganjur la bodoh...pengawalan keselamatan low skali...sepatutnya penganjur kena memberi taklimat kepada semua artis luar negara tentang adat resam masyarakat Malaysia. Perlukah pegawai kerajaan juga yg kena turun beri nasihat satu persatu kepada setiap artis luar yg nak buat konsert di negara kita? jika anak/ adik / kakak kita yg miang sangat yg nak ke atas, adakah salah pentadbiran kerajaan. Penganjur bila dah dapat kebenaran boleh mengadakan konsert, selepas tu masa konsert lepas tangan... dia apa peduli pasai resam org melayu..?? last2 org melayu dan Islam juga maruah tercemar. sebab apa ? sebab suka menyalah org lain. Kenapa dlm drama atau filem, pelakon yg memegang watak bapa atau ibu berpelukan dengan pelakon anak perempuan / lelaki muda. Adakah sebab drama / filem penyampai mesej bercorakan ilmu? teladan? atau menghormati org yg lebih tua... Plz la don't DOUBLE STANDARD...
BalasPadambudak 2 pompuan tu masih ada dara lagi ke..?entah apa dah barai...ibubapa manalah tu yg malang...tulah kecik kecik taknak ajar agama ...dah besar pakai tudung tu cuma fesyen aje...ini semua sebab PR la...Parti Ranjang ...tak caya cuba tanya bebudak tu...dia sokong sapa...confirm dia sokong anuwar al jub...
BalasPadam