Ahad, 11 Januari 2015

Transformasi Surat Khabar Lama..!


Nampaknya ada dua keadaan di zaman Transformasi Najib ni..! pertamanya beriya iya sangat mahu menukar yang lama..! sehinggakan satu ketika kita dapat lihat apabila orang lama dan orang tua sahaja terus akan di cop sebagai 'musuh' transformasi UMNO..! perlu tukar..! perlu buang..! ganti yang baru..! bukan makian menang..! makin banyak kerusi terbang..! itu yang melingkup dalam PRU13 yang lalu..! Nasib baik tak hilang kuasa kerajaan..!

Tapi dalam masa yang sama kita tengok, budaya mengekalkan yang lama juga masih lagi 'ter' transform..! cuba tengok perlantikan 2 Senator yang berumur 60 dan 70 tahun..! yang itu tak pulak di kata lama dan tua..! mungkin transformasi ala ala terima kasih kot..!

Hari ini, ada lagi berita transformasi yang 'terperangkap' didalam agensi kerajaan..! SKMM mengumumkan perlantikan...!

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Ahad.
Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir enam tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat.

Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.

Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama enam tahun.

"Saya dengan penuh gembira mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Halim Shafie telah bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery.

"Tempoh khidmat beliau adalah selama dua tahun dengan saya telah memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi." 
Transformasi apa pulak ni..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan