Ahad, 18 Januari 2015

Hentikan Kezaliman Di Kelantan..!


Cukup cukup laa..!

Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!

Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN Darul Naim) berkata, ini untuk mengelak berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk pada masa hadapan. 
Presiden PAKATAN Darul Naim Datuk Dr Noordin Abdul Razak berkata kerajaan negeri perlu mengesan mereka yang melakukan operasi pembalakan yang tidak terkawal itu hingga menyebabkan banjir buruk baru-baru ini. 

"Kerajaan negeri perlu selidik siapa punca yang melakukan pembalakan ini semua dan mesti memberikan hukuman setimpal kepada pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Tabung Bencana PAKATAN Darul Naim yang disempurnakan Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abd Halim Sultan Ibrahim. 

Noordin turut mencadangkan supaya dilakukan tanaman semula di kawasan yang telah digondol selain mendalamkan sungai di negeri itu.

Tabung bencana itu diwujudkan dengan kerjasama Pertubuhan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi dan kutipan awal bagi tabung berkenaan telah mencecah kira-kira RM50,000. 

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun 'Tabung Bencana Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim' di nombor 5640-7060-9764. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Tak kisoh mu nak royak apopun....janji kawe masuk syurgo!!!!takbir

    BalasPadam
  2. Aku baru melawat Pameran sejarah DiRaja, DDYMM Kesultanan Islam/Melayu di Istana Lama/Muzium di Raja! Umat Islam/Melayu mesti lawan habis-habisan untuk mengembalikan KUASA EKSEKUTIF kpd. Kesultanan Islam/Melayu kita (yg. juga diwakili YDP Negeri) bersama Majlis Raja-Raja sbg. KETUA NEGARA, KETUA AGAMA dan KETUA ATM!

    Kegagalan yg. meningkat oleh parti-parti politik UMNO/PAS dalam mempertahankan KEDAULATAN NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita berzaman kita ni serta hak/identiti umat Islam/Melayu - membuktikan bahawa, sebab itulah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita amat PENTING; lihat saja bila kuasa ini diabaikan dgn. sewenangnya yg. jelas melanggar undg-undg Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu di P.Pinang dan Selangor! Sampaikan si PENGGANAS ANTI-ISLAM spt. puak DAPBANGKAI BABI begitu berani berterusan MENGHINA/MEMIJAK Islam/umatnya serta MERAMPAS sewenangnya tanah pusaka nenek moyang berzaman kita seolah kita adalah KULI di bumi sendiri, kpd. bangsa PENDATANG yg. tak tahu kenang budi ni!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam