Pihak SKMM, finas, KDN dan yang berkaitan dengannya buat kerja ikut SOP..! bukan kerja ikut suka sendiri..!
Selepas isu kontroversi K-pop membabitkan gadis Melayu di sebuah konsert baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mahu penguatkuasaan penapisan filem dan drama dimulakan daripada skrip.
Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini, beliau berkata adegan "peluk dan cium" membabitkan artis Korea Selatan dan gadis Melayu dalam sebuah konsert baru-baru ini secara jelas membuktikan budaya Melayu dan Islam dicerobohi budaya Barat dan Timur.
"Lembaga penapisan akan menapis cuma saya tidak boleh menjangkakan adanya proses tersebut," katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.
"Maknanya kalau ada proses tersebut, tiada masalah, bukan kita mahu filem itu ditapis selepas ia disiapkan, namun ia perlu ditapis daripada pihak penerbit dan pengarah melalui skrip lagi."
Beliau memberi contoh filem arahan pengarah dari Libya, Omar Mukhtar yang disifatkan mempunyai kandungan baik dan pengajaran yang tinggi.
"Cuba kita tengok filem Omar Mukhtar, berapa juta orang tengok tiada masalah pun. Jadi isi filem itu sendiri perlulah menekankan perkara-perkara yang baik dan penting dan perlu ada batasan-batasannya," katanya.
Konsert artis kumpulan B1A4 dari Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi di laman sosial apabila terdapat adegan peluk dan cium di dahi ahli kumpulan itu bersama tiga orang gadis Melayu.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama badan bukan kerajaan (NGO) yang melabelkan hiburan K-pop merosakkan akidah remaja Islam dan ada kaitan dengan agenda Kristianisasi.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan akan memohon waran tangkap sekiranya gadis Melayu yang didakwa "dicabul" artis K-pop itu masih tidak menyerah diri bagi membantu siasatan.
Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis berkenaan perlu hadir sesi kaunseling bersama Jawi.
Beliau memberi tempoh seminggu kepada gadis terbabit menyerah diri atau waran tangkap dikeluarkan.
Bagaimanapun, ia juga menyebabkan Jawi dikritik sesetengah pihak dan peminat K-pop yang mendakwa pihak berkuasa bertindak keterlaluan dalam isu tersebut.
Mengulas kritikan itu, Zulkifli berkata perbuatan salah perlu dianggap salah dan ia perlu disusuli dengan muhasabah diri, bukannya bertindak mempertahankan kebebasan.
"Apa yang berlaku sudah berlaku dan betul itu adalah salah, tapi muhasabah diri itu kena ada bukan sekadar masing-masing hanya mempertahankan dasar kebebasan tapi kita perlu istighfar dan tidak mahu buat lagi perkara seperti ini.
"Kita akan mendapat pengajaran yang terbaik daripada isu yang terjadi ini. Jadi kita tidak mahu perkara ini terjadi selepas ini. Daripada sedikit jadi lebih parah," katanya.
Zulkfli juga tidak menolak budaya K-Pop dari Korea Selatan menyebabkan golongan remaja hilang kawalan diri serta menjejaskan imej Islam.
"Yang jadi masalahnya kita mengikut mereka sehingga tahap itu sehingga kita sendiri tiada pegangan kepada dahan Islam yang kukuh setelah dicerobohi oleh budaya Barat dan Timur.
"Ini bukan budaya Islam. Budaya Melayu yang baik dan soleh juga telah dicerobohi dari semasa ke semasa," katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Lu Fikir La Sendiri!!!
MO makin agresif si KAPIRDAJAL ialah dgn. menyesatkan anak-anak muda Islam/Melayu kita terutamanya puak artis yg. jadi model anak-anak muda, utk. jadi puak HOMO-LESBI/SODOM, serta PENAGIH DADAH/ALKOHOL/VIDEO GAME-JUDI/SEKS BEBAS/PORNO serta PELACUR (contohnya ramai wanita/anak-anak muda imigran Islam di Barat sengaja dibiarkan ditindas dan hidup dlm. kemiskinan supaya mudah direkrut jadi pelacur/GRO di kelab-kelab KAPIRDAJAL)!!
BalasPadamJangan lagi pemimpin Islam/Melayu asyik bersikap APOLOGETIK - bayangkanlah anak-anak kita buat DOSA; takkan nak minta maaf kat penyokong depa pula! Kalau betul si BETINA-BETINA PORNO tu ISLAM, tampil ke depan!
Aku syak si penaja PENYAMAQ ISLAM dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM DAPBANGKAI/PKRSODOM dah gelabah - sebab takut pecah TEMBELANG! Selama ni, mereka bebas MENYAMAQ sbg. Islam utk. MENGHINA Islam/umatnya terutama wanita bertudung!
Kerana sikap APOLOGETIK-tak-tentu-arah nilah,lihat makin betapa BIADAPnya setengah perniagaan KAPIRDAJAL termasuk yg. asing dari Barat-Zionis yg. ingat sekarang mereka TUAN kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ni, cthnya VSecret di Sentral - meletakkan gambaq model Barat-Zionis-ala-PELACUR -hampir-TELANJANG yg. GERGASI di luaq kedainya!
Ya, tak lama lagi mungkin di sepanjang lebuhraya pula iklan PORNO ni!
Nek Tempoyak.
Kepada JAWI, kalau betul nak tapis, mulakan dengan artis2 melayu, cerita drama melayu yang tak berkualiti tu. Takda bezanya artis luar peulk cium malah artis melayu yang hampir kesemuanya beragama islam tu lagi teruk dok peluk laki orang bini orang. Lagi satu program yang lebih banyak merosakkan akidah iaitu raja lawak terbitan astro. Itu lagi menampilkan bukan sahaja lawak bodoh tapi aksi2 yang melampau dan terang2 dalam hadis Rasullullah s.a.w kata orang yang banyak ketawa hati mati dan di laknat pak lawak2 ni. Itu belum masuk lagi citer2 hantu, syirik, sihir dsb...Bukan nak menyokong artis luar, tapi diorang tu bukannya islam dan tak tau pun halal haram. Yang artis melayu islam, dah tau tapi bangga buat dosa...lagi teruk. Kalau taknk orang islam terlibat, jangan ada langsung hiburan2 spt ini, itu termasuk juga drama2 melayu ye...
BalasPadam