KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dilaporkan sedikit meningkat di Pahang, sementara di Kelantan, Perak dan Johor terus menunjukkan penurunan, setakat 8 malam ini.
Jumlah keseluruhan mangsa di empat negeri berkenaan kini 4,434 berbanding 4,569 petang tadi.
Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat sedikit kepada 939 orang berbanding 892 orang petang tadi.
Bagaimanapun, di Pekan kesemua 99 mangsa banjir dibenarkan pulang.
Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir menurun kepada 1,525 berbanding 1,555 orang petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang berkurangan kepada 30 orang berbanding 60 orang sebelum ini manakala jumlah mangsa banjir di Kuala Krai kekal 988, Gua Musang (414 orang) dan Tanah Merah (93 orang).
Di PERAK, jurucakap MKN negeri berkata jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,952 orang berbanding 2,096 petang tadi dengan jumlah mangsa banjir di Perak Tengah kini 1,632 orang, Hilir Perak (210 orang), Manjung (76 orang) sementara di Hulu Perak kekal dengan 34 orang.
Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih dengan mangsa banjir hanya tinggal 18 orang berbanding 26 orang petang tadi. - Bernama
Lu Fikir La Sendiri..!!!
Baik disiasat apa PUNCA sebenar BANJIR yg. amat ganjil ini - yg. MAJORITI mangsa umat Islam termasuk di Pantai Timur, Acheh dan Selatan Thailand!
BalasPadamDan seorg. usahawan Bukan Islam mahu membina penempatan baru utk. penduduk sebuah kpg. ISLAM/Melayu di Kelantan - baik pastikan jgn. sampai HAK MILIK tanah pusaka mereka yg. rosak akibat banjir tidak TERGADAI dan penempatan baru yg. mahu dibina atas tanah K'jaan negeri memberikan mereka juga GER AN tanah baru!
Yg. aku risau akan ada usahawan yg. ambil peluang mendpt, tanah K'jaan negeri Islam untuk bina penempatan baru spt. kat Kelantan, tapi mangsa banjir tak diberikan geran tanah serta tanah lama mereka tergadai! Yg. herannya mana NGO-NGO Islam/Melayu - kenapa usahawan Bukan Islam ini asyik muncul dan 'bantu' keluarga besar miskin di Kelantan termasuk ibu tunggal?!
Nek Tempoyak.
PEMBETULAN:
BalasPadamBaik disiasat apa PUNCA sebenar BANJIR yg. amat ganjil ini - yg. MAJORITI mangsa umat Islam termasuk di Pantai Timur, Acheh dan Selatan Thailand!
Dan seorg. usahawan Bukan Islam mahu membina penempatan baru utk. penduduk sebuah kpg. ISLAM/Melayu di Kelantan - baik pastikan JANGAN sampai HAK MILIK tanah pusaka lama mereka yg. rosak akibat banjir TERGADAI dan penempatan baru yg. mahu dibina atas tanah K'jaan negeri memberikan mereka juga GERAN tanah baru!
Yg. aku risau akan ada usahawan yg. ambil peluang mendpt, tanah K'jaan negeri Islam untuk bina penempatan baru spt. kat Kelantan, tapi mangsa banjir tak diberikan geran tanah serta tanah lama mereka tergadai! Yg. herannya mana NGO-NGO Islam/Melayu - kenapa usahawan Bukan Islam ini asyik muncul dan 'bantu' keluarga besar miskin di Kelantan termasuk ibu tunggal?!
Nek Tempoyak
Apa cerita beb. Peratusan hak pegangan orang Melayu di Kelantan jauh lebih tinggi dari di negeri lain. Jumlah usahawan melayu juga lebih tinggi.
BalasPadamNegeri lain, harap luaran je nampak maju.... Melayu ketinggalan.