Ahad, 11 Januari 2015

Cadangan Hadi & Nik Aziz Di Buang Dari Kepimpinan PAS..!


Macai macai Anwar dan komunis DAPig sudah mula bercakap terang dan terbuka bagi membuang Hadi dan Nik Aziz dari barisan kepimpinan hamPAS..!

Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.

"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya.

Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. padan muka tu lah akibat daripada perbuatan sendiri.hanya tau memecahbelahkan sesama umat islam shj.dj

    BalasPadam