Sabtu, 10 Januari 2015

Israel Dalang Serangan Di Paris..!


Pemimpin negara Islam dan umatnya kena cerdik..! jangan serta merta kutuk umat Islam seperti mana kapir laknat kutuk sejurus berlakunya serangan di Paris..!

Baca juga punca kejadian di sini. Ini semua kerja israel yang menyimpan dendam kepada Peranchis..! kenapa? kerana...! Perancis sokong dan iktiraf negara palestin Merdeka..! Perancis beri hak rakyat France beragama Islam sama dengan hak rakyat France yang lain..! Agenda hendak memburukkan Islam di France ketika penyatuan ummat Islam di France. 

Jangan kita lupa bahawa Perancis juga menyokong pembentukan negara Palestin pada 30 Disember 2014 yang lalu..Baca..!

Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas merancang mengemukakan sekali lagi resolusi penubuhan negara Palestin kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mahmoud berkata, beliau sudah pun berbincang dengan Jordan mengenainya. 

Jordan masih lagi menjadi anggota Majlis Keselamatan manakala negara lain yang mempunyai keanggotaan bergilir digantikan menjelang Tahun Baru. Palestin berharap negara baru terbabit akan lebih bersimpati dan menyokong resolusi mengarahkan Israel berundur dari wilayah dijajahnya sekali gus membolehkan negara Palestin merdeka diwujudkan menjelang 2017, walaupun Amerika Syarikat (AS) yang menolak resolusi itu pada 30 Disember lalu dijangka tetap dengan dengan pendiriannya memihak kepada Israel. 

“Bukan kami yang gagal, sebaliknya Majlis Keselamatan PBB yang gagal. Kami akan pergi lagi ke sana, apa salahnya? Mungkin selepas seminggu. “Kami sedang meneliti perkara ini dan akan membincangkanya dengan rakan kami terutama Jordan untuk mengemukakan resolusi ini malah juga untuk kali ketiga atau keempat jika perlu,” katanya pada mesyuarat diadakan di Ramallah. 

Dalam undian PBB Selasa lalu, deraf Palestin menerima lapan undian menyokong iaitu dari Perancis, Russia dan China. AS dan dan Australia menentang sementara lima berkecuali, termasuk Britain. Namun sebarang usaha mengemukakan resolusi itu dijangka menemui jalan buntu. 

AS memegang kuasa veto sebagai satu daripada lima anggota tetap dan berazam menghalang perancangan Mahmoud yang diselar sebagai berat sebelah serta tidak produktif. 

Mahmoud menandatangani 20 konvensyen antarabangsa keesokannya termasuk Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa seterusnya memberikan mahkamah itu bidang kuasa terhadap jenayah dilakukan di bumi Palestin. Ia bagaimanapun dibantah habis-habisan oleh Israel. 

Bagi membalas tindakan Mahmoud itu, Israel mengumumkan Sabtu lalu untuk membekukan hasil cukai berjumlah 500 juta shekel (RM449 juta) yang dikutip bagi pihak Palestin. “Sekarang ada sekatan, tetapi tidak mengapa. Apapun kami akan tetap meneruskan usaha ini,” kata Mahmoud. - Reuters

Lagi berita...

RAMALLAH 5 Jan. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merancang untuk mengemukakan semula resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang berdaulat selepas usul berkenaan gagal mendapat sokongan daripada jawatankuasa pertubuhan dunia itu. 

Berdasarkan laporan rangkaian berita Al-Jazeera, kerajaan Palestin berharap PBB akan lebih bersimpati dengan resolusi tersebut yang turut menuntut pe­ngunduran Israel dari wilayah yang dijajah sejak 1967 selain mencapai kemerdekaan menjelang 2017. 

Menurut Mahmoud, usaha Pa­lestin sebenarnya tidak gagal, tetapi Majlis Keselamatan PBB yang menggagalkan langkah tersebut apabila sekutu kuat rejim Zionis, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menentang resolusi berkenaan pada 30 Di­sember lalu. “Kita akan mengemukakan semula resolusi itu kepada Majlis Ke­selamatan PBB sekurang-kurangnya selepas seminggu. 

“Kami juga akan menilai semula perkara ini dan berbincang dengan semua sekutu Palestin terutama­nya Jordan bagi meneruskan perancangan tidak kira berapa kali kami perlu mengemukakan resolusi itu,” katanya. 

Ketika undian resolusi Majlis Keselamatan PBB pada hujung bulan lalu, Palestin meraih lapan sokongan termasuk Perancis, Rusia dan China manakala dua negara barat, AS dan Australia memilih untuk menentang usul berkenaan. 

Palestin kemudian menanda­tangani 20 perjanjian konven­syen antarabangsa termasuk Mah­­kamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendatangkan kemarahan di pihak Israel apabila rejim Zionis membekukan dana cukai seba­nyak AS$127 juta (RM446.6 juta) yang merupakan milik kerajaan Mahmoud.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. dari dulu..kerja penjahat BARAT menjajah, ambil kekayaan & membuat propaganda.

    semua negara Arab yg membuat perjanjian minyak dgn China telah dimusnahkan ISIL untuk kerajaan baru. Kerajaan baru TANPA pilihanraya bermakna tiada lagi PERJANJIAN LAMA..

    yg pasti orang awam jadi mangsa.

    pol pot, vietnam war, afrikan war - ada orang JAHAT dibelakangnya.



    BalasPadam
  2. https://www.youtube.com/watch?v=i5HYzovW4Pg&feature=youtu.be

    BalasPadam
  3. Teringat mossad teringat anwar Ibrahim....

    Bayangan anwar amat sukar dihapuskan....

    BalasPadam
  4. Kapir skrg makin mlmpau..dah la tidak myembah allah s.wt malah mrosakkan dunia milik allah..mmg sesuai lah nraka tmptmu.

    BalasPadam