Khamis, 29 Januari 2015

HOT ~ Menteri Najib Kena Saman..!

mungkin Aljub kata - ok jer kena saman tu..! puak liberal akan sokong..!

tapi..! takkan dah demam kot..

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup atas dakwaannya melabel pertubuhan itu sebagai pelampau.

“Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan label dan tuduhan-tuduhan liar terhadap PERKASA apatah lagi tuduhan yang dibuat oleh seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab kepada perpaduan negara,” kata Ibrahim yang juga merupakan pengasas PERKASA ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.

Katanya jika Joseph hendak membuat pertuduhan, beliau harus mempunyai bukti kerana menurutnya PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi udang-undang.

Menurut Ibrahim, PERKASA selama ini tidak pernah melakukan apa-apa tindakan ‘esktremis’ seperti mengadakan demonstrasi mahupun protes di jalan raya.

Katanya terdapat juga pihak lain yang membuat kenyataan menghina Islam dan juga Yang DiPertuan Agong namun tidak banyak pihak yang mengutuk tindakan mereka itu.

“Tetapi bila PERKASA menjawab soalan-soalan berkaitan Perlembagaan negara, Islam dan kedudukan orang-orang Melayu… bila mereka serang kita jawab, bila kita jawab kita dituduh rasis… kita dituduh ekstremis, manakala yang menuduh kita tidak dilabel sedemikian sebagai yang dibuat Joseph Kurup,” kata Ibrahim lagi.

Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Jalan Duta di sini oleh peguam mereka, Adnan Seman kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Adnan juga memberitahu antara sebab-sebab lain PERKASA failkan saman adalah kerana tindakan Joseph menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan yang melibatkan kenyataan Ibrahim untuk membakar Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ‘Allah’.

Joseph, pada 24 Disember lalu telah mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan pertubuhan seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan PERKASA sebagai pengganas dan pelampau.

Katanya, tindakan serta cara kumpulan tersebut adalah bercanggah dengan nilai utama yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia.

PERKASA sebelum ini turut telah memfailkan saman terhadap jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin.

Kemudian pada Isnin lalu, Joseph telah sekali lagi membuat kenyataan menyifatkan golongan ekstremis berhaluan kanan sebagai musuh nombor satu negara.

Katanya golongan tersebut sering menanam rasa takut di kalangan masyarakat dan merosakan keharmonian negara.

Joseph yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional itu turut merasakan bahawa kumpulan ekstremis itu jika dibiarkan akan menjadi halangan kepada perpaduan nasional.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada sebuah persidangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (ASLI).



Apabila si kurap mengaru garu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Nak cakap Rcist masukkan sekali Dongzong, Hindraf & Limkit Siang sekeluarga.

    Depa semua ni pun tak ada apa2 yg istimewa dlm hidup..nak kata bisnes mcm Vincent Tan, Goh tong...bukan. Doktor pun bukan.

    Modal hidup mereka hanyalah RACISM terhadap Melayu & Bumiputera.

    Tanpa semua ni dorang ini lebih buruk dari najis.

    BalasPadam
  2. Be end racsit. Perjuang Melayu hina bangsa lain. Tapi Melayu sendiri tergadai.

    Sesama Melayu ada kasta dalam bagi bantuan.

    Bantuan pada Melayu Pembangkang x sama dgn Melayu Bee nd

    Lagi mangkuk... Bantuan pada Melayu macai amano x sama Melayu kroni adik beradik amano..

    BalasPadam
  3. Pakatan rasis. DAP rasis. Anwar pelopor kronisme, DAP lagi teruk. Pembangkang korup, makan gaji buta. Bangkang takda fakta. Malaysia hancur kalau pembangkang perintah.

    BalasPadam