Apa nak jadi..! perkara sebegini kalau tak dibendung boleh rosak umat Islam negara ni..! Pihak berkuasa dan pihak yang melihat kemungkaran perlu tampil kedepan..! Ini negara kita..! Jangan la bersubahat..!
BATU CAVES - Jika jemaah solat Jumaat 'melimpah' sehingga ke atas jalan mungkin satu situasi yang biasa dilihat, tetapi bagaimana pula jika jemaah terpaksa menunaikan solat di hadapan imam?
Ia kedengaran pelik namun realitinya itulah yang berlaku di Masjid Amaniah di sini pada setiap hari Jumaat. Seolah-olah juga sudah menjadi kebiasaan apabila jemaah berselerakan dan solat secara berkelompok sehingga ada di antara mereka tidak mengikut arah kiblat yang betul.
Malahan ada juga yang solat berkiblatkan ruang tandas juga di atas wakaf. Keadaan tersebut difahamkan telah berlarutan dalam tempoh yang lama dan sumber memaklumkan, kebanyakan jemaah bermasalah itu terdiri daripada warga Myanmar.
Salah seorang penduduk Taman Amaniah, Faiz Azwar, 63, berkata, keadaan tidak betul ini perlu ditegur kerana dikhuatiri dianggap bersubahat dan berkongsi dosa membiarkannya berlaku.
Menurutnya, alasan ruang masjid terhad tidak boleh dijadikan alasan membolehkan solat berkelompok itu berlaku.
“Mereka (warga Myanmar) mungkin menerima pendidikan agama yang tidak sempurna, tapi sebagai orang tempatan sepatutnya kita tegur. Tak boleh kata cukup asal solat. Pihak masjid mungkin boleh cari ikhtiar memikirkan kaedah bersesuaian termasuk pasang khemah di kawasan parkir dan letak notis kenderaan diletak luar pada hari tersebut supaya jemaah lebih tersusun,” katanya kepada Sinar Harian.
Beri hak pengurusan kepada kariah
Dalam pada itu, bekas jawatankuasa masjid, Mohd Fauzi Mohamad, 43, berkata, pihaknya mencadangkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerahkan kembali pengurusan masjid kepada kariah.
“Kariah lebih tahu masalah setempat dan keperluan, kelemahan pengurusan menyebabkan masalah kemudahan dan keselesaan jemaah terjejas serta tidak terkawal. Sejak 2011 sebanyak tiga kali pengurusan masjid ditukarkan menunjukkan kelemahan, sedangkan masa kita jaga dulu masjid ini antara terbaik dalam Selangor,” katanya.
Katanya, pihak masjid juga digesa menggunakan dana atau mengeluarkan peruntukan memasang papan tanda di beberapa kawasan sebagai mendidik masyarakat berkenaan solat jemaah.
Mohon pihak berwajib ambil perhatian
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Batu Caves, Khalid Mohd Noor pula berkata, beliau berharap agar pihak jabatan agama daerah dan negeri mengambil pendekatan serius menyelesaikan perkara tersebut dan melakukan siasatan.
“Saya terima banyak aduan dan keluhan daripada orang awam yang kemudiannya telah dipanjangkan kepada pihak masjid, tapi tidak ada tindakan dilakukan sehingga membuatkan kami kecewa.
“Pengurusan masjid seharusnya memikirkan cara dan membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk menyelesaikan isu kepadatan jemaah ini memandangkan kawasan semakin pesat,” katanya.
Pihak masjid sediakan khemah
Sementara itu, Bilal Kariah Masjid Amaniah, Mohd Fadzil Yatim berkata, pihak masjid telah menyediakan tambahan lima khemah untuk menampung jumlah kariah di situ.
“Ruang dalam masjid hanya mampu memuatkan antara 2,500 hingga 3,000 orang dalam satu masa saja sedangkan penduduk sekitar dan pekerja berhampiran melebihi angka tersebut.
“Kita dah buat pembesaran masjid dan pemasangan khemah tapi masih tidak cukup untuk menampungnya,” katanya.
Katanya, jemaah secara dasarnya mempunyai pilihan tetapi lebih gemar memilih lokasi yang selesa dan mudah.
“Ada banyak ruang lagi yang boleh mereka penuhi tapi disebabkan sudah selesa di kawasan sama menyebabkan mereka solat di situ tanpa sedar telah melanggar syarat sah solat jemaah.

“Perkara tersebut akan diberi perhatian dan memikirkan langkah sesuai untuk mengatasinya,” katanya.
Jabatan Agama jangan sebok berpolitik..! kita tahu ramai penganut serban hamPAS dalam Jabatan agama negeri waima di Jakim sekalipun..! Buat kerja..! laksanakan amanah dan tanggungjawab supaya tak terketar ketar tak boleh menjawab semasa ditanya di SANA nanti..!
Sementara itu...
KUALA LUMPUR: Bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad hari ini gagal dalam permohonannya untuk mencabar keputusan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).
Permohonan tersebut ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad atas alasan tindakan itu tidak melanggar hak perlembagaan.
Kassim, 81, telah memfailkan permohonan tersebut pada 24 Julai lalu di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Kassim telah ditahan di rumahnyadi Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim oleh penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mac kerana didakwa mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis.
Beliau ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai JAWI, Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Kassim didakwa melakukan perkara itu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.
Di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, beliau dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan JenayahSyariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama Kassim didakwa membentangkan satu skrip ucapan bertajuk 'Ucapan kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' yang didakwa menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara mencemuh amalan yang berhubungan dengan Islam.
Bagi pertuduhan kedua beliau didakwa membentangkan skrip ucapan yang sama yang didakwa menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, dengan mengingkari atau melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti melalui Fatwa iaitu Fatwa-Fatwa Wilayah Persekutuan berkenaan golongan anti hadis.
Kassim bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama tersebut.
Perosak agama ni tetap akan ada dulu, kini dan selamanya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan