Khamis, 15 Januari 2015

Gani Setahil Bakal Buat Apa Agaknya..!


Keratan akhbar kat atas tu ialah bukti keresahan rakyat keatas pihak Peguam Negara yang dilihat berdiam diri berkaitan isu yang melibatkan sensitivi agama tahun lalu..! 

Namun Gani membidas kritikan tersebut dengan meletakkan kelemahan berpunca dari pihak Polis..!

Semalam pihak PDRM sekali lagi membuat kenyataan dan memperlihatkan bahawa pihak Polis sudah selesai dengan siasatan mereka...!

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) mempromosi fahaman ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

"Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Mohmad berkata, Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".

Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.

Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. - Bernama.

Kini, bola dikaki Gani..! agak agak apa pula kenyataan dan tindakan Gani..!

Apa Gani bakal buat agaknya..! Kalau setakat ini apa yang rakyat nampak dan rasai ialah Gani sekadar buat bodo jer..!

Betul ke???

Lu FIkir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Eric France de Haramjadah...
    Dia JUSA ker ?
    Klu bukan JUSA.. mgkn selamat kot

    BalasPadam
  2. Peguam Negara tak bole sorang...lepas ni kita cadangkan kena lantik 5 orang...kalau sorang takut buat keputusan...kita bole harap pada 4 orang lagi...manusia biasa bukan maksum..keputusan kadang2 pelik pelik...

    BalasPadam