Selasa, 6 Januari 2015

Niaga Jual Orang Kan Senang..!


P.Ramlee lama dah mengajar kita..! Rupanya niaga jual orang ni lebih senang dan cukup lumayan..!

Tak gitu..!

Kerajaan Nepal pada Jumaat menutup sebuah syarikat memproses visa yang beroperasi di Kedutaan Malaysia di Kathmandu, lapor The Himalayan Times.
Akhbar Nepal berbahasa Inggeris itu melaporkan jawatankuasa Parlimen peringkat tinggi Perhubungan Antarabangsa dan Buruh Nepal mengarahkan Pejabat Syarikat Pendaftar membatalkan lesen operasi Malaysia VLN Nepal, yang mengendalikan urusan visa Malaysia.
Syarikat itu didapati mengenakan bayaran melampau sebanyak Rs3,200 (RM109) bagi memproses visa.
Jawatankuasa itu mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KDN) mendapatkan kembali jumlah lebihan yang dikutip syarikat itu daripada pemohon visa rakyat Malaysia.
Ia juga mengarahkan KDN menggantung semua aktivitinya dan Suruhanjaya Siasatan Penyalahgunaan Pihak Berkuasa meneliti pelanggaran undang-undang yang dikatakan dilakukan oleh Malaysia VLN Nepal.
Syarikat itu kini dalam situasi sulit kerana menggunakan bendera Nepal dalam logonya, satu tindakan yang dilarang keras perundangan Nepal.
Sejak syarikat itu menguruskan dokumen visa, yuran visa Malaysia naik mendadak daripada Rs700 kepada Rs3,900 seorang.
Daripada jumlah Rs3,900 itu, Rs700 diberikan kepada kedutaan sebagai yuran visa, manakala Rs150 diambil syarikat itu sebagai caj perkhidmatan. Manakala baki Rs3,050 didakwa dipegang sebuah syarikat kononnya di bawah nama Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
The Himalayan Times sejak itu melaporkan Malaysia mewajibkan pusat perubatan yang mengendalikan pemeriksaan kesihatan pekerja memasang perisian yang dibangunkan firma IT Malaysia, Bestinet Sdn Bhd.
Perisian itu dijangka menyebabkan kos pemeriksaan kesihatan naik daripada Rs1,500 kepada Rs4,215 (RM140) setiap pekerja, menjadikan jumlah kos, termasuk bagi Malaysia, mencecah Rs11,225 (RM373) berbanding kos terkini Rs6,525 (RM216).
Ini menyebabkan perekrut kerja di Nepal melakukan protes di luar Kedutaan Malaysia di Kathmandu pada 24 Disember tahun lalu.
Dikatakan, 800 warga Nepal berhijrah ke Malaysia setiap hari mencari pekerjaan.
Pada tahun lalu, sejumlah 636,120 pekerja Nepal dilaporkan meninggalkan negara itu dan bekerja di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai yang terbesar mempunyai pekerja rakyat Nepal.
Malaysia VLN Nepal pada bulan lalu memfailkan permohonan kepada Bank Negara bagi memindahkan kira-kira Rs30 juta (RM1.02 juta) ke Hong Kong dan bukan ke Malaysia.
Bank Nepal Rastra (NRB) berkata semua dokumen permohonan sudah diserahkan kepada pejabat gabenor bank. 


Cekik darah kan sedap..! tunggu la masanya sampai nanti..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan