Fahami..
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada masa ini para bakal jemaah haji di negara kita sudah berada di tanah suci. Ini bermakna tidak lama lagi kita juga akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Di negara kita Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban atau hari raya haji. Alhamdulillah, kesedaran tentang kemuliaan dan keutamaan Hari Raya Aidiladha semakin ketara di mana umat Islam di negara ini menyambutnya dengan bertakbir, mengerjakan sembahyang sunat
Hari Raya Aidiladha dan termasuklah juga melaksanakan ibadah korban.
Kita merasa bersyukur kerana amalan berkorban di kalangan masyarakat kita amat mengalakkan. Pada kelazimannya, perancangan dan persediaan untuk majlis korban sudah dibuat lebih awal lagi, samada di peringkat kampong atau jabatan seperti mengatur acara majlis, menentukan hari, tarikh dan tempat berkorban, bahkan terdapat juga individu yang membuat simpanan kewangan untuk melaksanakan ibadah korban dan seumpamanya. Perkara seumpama ini adalah bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Hajj ayat 28 tafsirnya:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu, kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin"
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ibadah korban merupakan suatu ibadah sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Selain merupakan syiar serta peringatan kepada pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam, iaitu dengan menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihi Salam, terdapat juga pelbagai fadhilat serta ganjaran yang bakal diperolehi apabila melaksanakan ibadah itu. Antara kelebihan atau fadhilat ibadah tersebut ialah:
Pertama: Dapat menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim Alaihi Salam, malahan junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam juga sering melaksanakan ibadah tersebut. Dalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah para sahabat Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam menjawab: Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim: Mereka bertanya: Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut satu kebajikan. Mereka bertanya: Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.
Kedua: Mengambil iktibar dan pengajaran tentang erti ketaatan kepada Allah Subahanahu Wata'ala. Hal ini telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan puteranya Nabi Ismail Alaihi Salam yang sanggup berkorban dalam menjunjung perintah Allah Subahanahu Wata'ala.
Ketiga: Ibadah korban mampu mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu Wata'ala.
Keempat: Memupuk sikap pemedulian dan keperihatinan terhadap masyarakat. Ini jelas melalui pengagihan daging-daging kepada yang berhak menerimanya khususnya kepada para fakir miskin.
Kelima: Dapat mengikis sifat tamak, malahan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah Subahanahu Wata'ala. Harta yang dianugerahkan oleh Allah Subahanahu Wata'ala kepada kita sebenarnya bukan milik kita yang hakiki. Di dalam harta kita itu ada terselit hak-hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Dengan ibadah korban, kita mengasuh jiwa kita supaya bersifat pemurah dan menghindari sifat tamak.
Keenam: Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subahanahu Wata'ala terhadap nikmat hidup dan rezeki yang telah dikurniakannya.
Ketujuh: Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah Subahanahu Wata'ala.
Kelapan: Menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail Alaihi Salam.
Kesembilan: Dapat menjalinkan hubungan kasih mesra sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Kesepuluh: Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti Siratul Mustaqim di akhirat kelak.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Melihat betapa banyaknya kelebihan atau fadhilat dari ibadah korban tersebut, marilah kita mengambil kesempatan ini selagi kita masih berkemampuan untuk melaksanakannya. Janganlah terselit sedikitpun di dalam hati kita rasa keraguan untuk mengeluarkan sedikit dari harta kita kerana perasaan sedemikian akan menyebabkan kita merasa sukar untuk berkorban dan lebih sayangkan kepada dunia.
Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subahanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal Alamin.
Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya:
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya"
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sempena Menyambut Hari Raya Qurban nie,..
BalasPadamOrang UMNO digesa membawa USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB @ AH JIB GOR..
USUL TOLAK KEPIMPINAN NAJIB YANG MERUGIKAN MELAYU BUMIPUTRA..
Macai2 Tak Payah lah Nak Backup Ah Jib gor...
Mungkin Kepimpinan BARU TS Muhyiddin dan Dato Seri Ahmad Zahid boleh memberi lembaran, semangat dan Harapan Baru untuk Melayu Bumiputra dan UMNO..
Kekalkan Najib.. Konperm PRU14 BN-UMNO jadi PEMBANGKANG...
INGAT jangan TAK INGAT