Nantikan...
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel diminta menyelesaikan kemelut parti dengan mengikut arahan yang diputuskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengelakkan parti itu terbubar dengan sendirinya.
Naib Presiden MIC, Datuk M.Saravanan berkata, seandainya parti dibubarkan, nasib lebih 600,000 ahli dan kaum India di negara ini disifatkan bakal menjadi penuh tanda tanya akibat tindakan Presiden mereka sendiri.
"Saya akan berjumpa ROS esok untuk mendapatkan kepastian mengenai status parti dan keputusan yang akan menjelaskan tanda tanya semua ahli.
"Saya cuba menghubungi Palanivel namun gagal, sudah 15 hari saya menghantar pesanan ringkas (SMS) namun tidak dibalas Palanivel," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Sabtu, bekas pengarah strategik MIC, Datuk Seri S. Vell Paari memberitahupelantikan Datuk Kumar Silambaram sebagai setiausaha agung parti itu bagi menggantikan A.Prakash Rao oleh Palanivel di dalam satu kenyataan adalah tidak sah.
Kenyataan itu turut memaklumkan Ramalingam Krishnamoorthy dilantik sebagai pengarah strategik MIC bagi menggantikan Vell Paari.
Bagaimanapun kata Saravanan, pelantikan ahli jawatankuasa disiplin parti dianggap tidak sah kerana ia perlu mendapat persetujuan daripada majlis jawatankuasa tertinggi MIC sendiri.
"Saya mendapat tekanan dari semua ahli di seluruh negara. Saya minta penjelasan Presiden dan ada juga permintaan untuk diadakan perhimpunan tergempar untuk menyelesaikan isu ini.
"Kita boleh adakan perhimpunan tergempar namun harus mendapat persetujuan 40 bahagian dan saya sendiri berharap pucuk pimpinan tidak beranggapan kita akan pergi sehingga sejauh itu," jelasnya.
Pada 5 Disember lepas, ROS mengarahkan MIC untuk mengadakan pemilihan baru bagi 23 CWC dan tiga jawatan Naib Presiden dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan penyelewengan dan pelanggaran perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
Palanivel sebelum ini dilaporkan berkata, dia dan timbalannyaakan mendapatkan penjelasan lanjut daripada ROS atas arahan untuk mengadakan pemilihan baru.
Palanivel juga dilaporkan memaklumkan mereka akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan isu itu.
MIC sepatutnya mengadakan perhimpunan agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan sayap Wanita, Putera dan Puteri Ahad lepas dengan perhimpunan agung parti dijadualkan pada 13 dan 14 Disember.
Pemilihan MIC tahun lepas menyaksikan perebutan antara lapan pemimpin kanan bagi jawatan tiga naib presiden sementara 88 calon, antara mereka dua wanita, bertanding bagi 23 jawatan dalam CWC.
Pemilihan bagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk S Sothinathan, Datuk M Saravanan dan Datuk S Balakrishnan.
MIC adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.
Palanivel merupakan Presiden MIC kelapan selepas Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatan itu pada tahun 2010.
Tak habis habis masaalah dalam rumahtangga sendiri..! bila nak selesai masaalah rakyat?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan