PETALING JAYA: Nilai mata wang ringgit mencatatkan penurunan terbesar berbanding dolar AS semenjak Ogos 2009 pada Isnin apabila pasaran terus memberikan tindak balas terhadap kejatuhan harga minyak.
Perkembangan itu juga didorong oleh rali dolar AS yang berterusan sejak minggu lalu susulan pelbagai data ekonomi memberangsangkan yang diterima dari ekonomi terbesar dunia itu.
Pada pukul 5 petang Isnin, mata wang ringgit diniagakan pada RM3.5425 berbanding dolar AS yang semakin kukuh berbanding mata wang utama di dunia.
Mata wang lain di Asia juga mencatat penurunan dengan yang terbesar adalah rupiah apabila nilainya susut kira-kira satu peratus berbanding dolar AS.
Menurut pakar ekonomi bebas, Lee Heng Guie, nilai mata wang ringgit akan kekal menurun kerana pelabur bimbang mengenai kesan kejatuhan harga minyak mentah ke atas ekonomi Malaysia.
Beberapa pasaran lain di Asia pula dibuka buat kali pertama tahun ini seperti China dan Taiwan, yang menyebabkan mata wangnya bergelut untuk berdepan rali dolar AS minggu lalu.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan