Takde telinga atau gegendang rosak..!
Malaysia akan berakhir menjadi negara tanpa pentadbiran yang baik dengan rasuah berleluasa jika pihak berkuasa tidak ambil peduli isu sebenar disuarakan rakyat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa seolah-olah cuba memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat berkaitan "integriti dan kepercayaan rakyat, pentadbiran kerajaan dan politik wang".
"Tiada seorang pun yang mendengar rungutan rakyat! Ada yang masih dalam penafian...sama ada mereka fikir sebegitu atau suara kita tidak perlu diambil peduli," kata bekas menteri antarabangsa dan perdagangan industri itu melalui status Facebook hari ini.
"Mengapa jawapan masih tidak diberikan? Kenapa perkara ini diambil ringan? Kenapa perkara dibiarkan melarat sehingga kita dibatasi antara 'mereka' dan 'kita'?
Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, dirinya juga diasak soalan daripada rakyat luar mengenai situasi semasa di Malaysia dan soalan sama dilontarkan kebanyakan rakyat tempatan.
Beliau merayu pihak berkuasa tidak bermain politik dan bertindak menangani isu yang dibangkitkan.
"Beritahu rakyat hasilnya, dan jangan biarkan isu membarah dan menyebabkan Malaysia merosot menjadi negara bawahan kerana kelemahan pentadbiran, dengan rasuah berleluasa, serta ekonomi dan sosial yang tidak stabil," katanya.
Rafidah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengetepikan isu serius dan memberi amaran tiada wang ringgit atau kata-kata yang boleh membetulkan perkara yang salah.
"Ini bukan cara yang baik untuk Malaysia, jadi hentikan dan cari jalan mengubati kerosakan ini secara serius," katanya.
Beliau turut mempersoalkan keperluan himpunan balas daripada himpunan Bersih 4 yang dianjurkan pada minggu lalu, dan mempertikaikan sama ada ia juga akan menjejaskan pelancong serta menyebabkan ekonomi dan peluang pelaburan hilang.
Ketua Bahagian Umno Datuk Jamal Yunos pada Ahad lalu mengumumkan himpunan sejuta "baju merah" yang menyokong kerajaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.
Ini merupakan kenyataan kedua Rafidah mengenai kebimbangannya terhadap Malaysia.
Pada 31 Ogos, Rafidah di Facebook menyatakan tentang "kesedihan teramat dalam" ketika menyambut Hari Kebangsaan kerana isu yang terjadi di negara ini termasuk skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib peduli ker?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Boleh tak pecat jamal sekincan ikan bakar ni..tindakan dia mcm bodoh saja..lg malu umno adala...last week cancel, nanti konon sejuta klu dtg 500 org nak ckp apa pula..kan memalukan saja..kenapa la umno angkat org mcm ni jd pemimpin..nak rsspect pun xlayak..
BalasPadamHai Jamal Pak Tongkol...masih tak perasan kah ikan yang dipanggang dah inggal tulang saja.
PadamDengar nie...
Bersepah duit yg disonglapkan.... sekejap di Cayman Island, pastu di Spore, pindah pulak ke akaun peribadi di negara...alih2 muncul pulak di Hong Kong...?
Betullah nasib malang kita rakyat Malaysia seperti dalam lagu Mat Sentul. "Oh malang, nasibku malang. Ikan ku panggang dah tinggal tulang. Ayam di reban, disambar dek musang". MUSANG TAK BERJANGGUT, BERPERUT GENDUT.
mak cik dah kaya....family makcik semua dah kaya. mak cik rasa...mak cik bolih tolong tak rakyat bawah macam kami. kan mak cik kroni dekat ngan madey.
BalasPadamNajib ambik rasuah terang-terang pun orang UMNO boleh buat-buat bodoh lagi. Peribahasa melayu paling sesuai, biarkan si Luncai dengan labu-labunya. Tunggu PRU akan datang, UMNO pasti dicampak ke dalam lubang taik keran terlalu kotor dengan rasuah.
BalasPadamhidup datuk seri najib..............nampak orang melayu kian bersatu di bawah pentadbiran melayu islam,,,,,,,,,, di situ ada rahmat. teruskan datuk seri najib saya ikhlas menykong kepimpinan datuk seri.saya penuh yakin dengan keberkatan ayahanda datuk seri.....datuk seri akan berjaya menyatukan orang melayu islam.....hidup datuk seri najib
BalasPadamAnon 7.29,
PadamBenarlah kata ustaz......
Pemimpin mencuri, rasuah, salahguna kuasa, menipu, makan duit haram WAJIB DISOKONG WALAUPUN KITA MATI MELINDUNGINYA SEBAB DIA, MELAYU DAN ISLAM.....ALAHUAKBAR...TAKBIR 3x.
Jangan kaitkan islam. Islam tak ajar kita sokong pemimpin korup. Kita bersatu untuk lawan pemimpin yg menjatuhkan imej islam.
PadamRasanya nak kumpul sejuta tu mcm cerita dongeng ...kalau betul ko perjuangkan nasib melayu minta sejuta 2 juta datang...kalau melayu ko dah ketepikan jgn harap ko nak dapat simpati mereka. Aku cabar pak menteri berada di barisan depan baju merah..ada berani?barulah aku tahu semangat pak menteri diparas mana.
BalasPadamTAK PAYAHLAH ENGKAU HENDAK BERPURA-PURA ............. SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT DATUK SERI NAJIB LEBIH MAKLUM APA YANG BELIAU LAKUKAN......... ENGKAU HANYA PANDAI FITNAH ORANG .........KALAU HIDUP LANGSUNG TAK BOLEH BERI MANFAAT PADA ORANG TAK PAYAH CAKAP......PANDAI KRITIK TAPI TIIIIN KOSONG
PadamNasihat orang konon. Kau pun teruk juga. Makan keliling juga. Jangan nak mengata orang.
BalasPadam1. I was born some 59 years ago. I have seen all 6 PMs and his cabinet members in action. The best being during the reign of 4th PM.
BalasPadam2. Gone were the days when we had real cabinet ministers in the likes of King Ghaz and Rafidah. Zahid or hishamuddin do not make the mark.....too far off.
3. My biggest disappointment was with Mustapha, MITI....JUST WONDER WHY HE IS TOO QUIET.
4. Under najib, we are going to the dogs. The toothless IGP is most regrettable....just wonder he is a civil servant or errand boy for zahid and najib
teruskan perhimpinan.kasi ajar itu cina
BalasPadamApa pula ajar cina, mereka memang bersatu. Kitalah kena bersatu ajar najib.
Padammak cik dulu banyak tolong melayu ke tolong cina. sekarang mak cik baru sedar ke ?
BalasPadamRakyat hanya mahukan najib letak jawatan je, gantilah sesiapa pun dalam umno tu kan ramai layak ganti....
BalasPadamRakyat berjuang demi alif ba ta hanya mahukan pemimpin yang bersih,cekap dan amanah, bagaimana di akhirat nanti jika pemimpin bernama najib ni menyeleweng dan salah gunakuasa?
Sekurang kurangnya di akhirat nanti kami rakyat marhaen boleh jawab, kami menentang kemungkaran, bagaimana pula dengan kamu wahai chai ternakan najib?
Ahaiii
BalasPadamMasa dah sampai utk lanyak Shahrizat.
Mmg Rafidah dah lama tunggu bola tanggung ni.
Alahai ..nenek Rafidah...kau tu dah kaya raya mcm Mahadey ,7 keturunan kau tak kebulur punya.sudah cukuplah kau dan Mahadey mengutuk dan mengumpat Najib.waktu kau berkuasa kau tak pandang pun rakyat biasa macm kami ni.Sekarang rakyat tahu nak menilai...fitnah dan kutuklah macam2 akhirnya Allah SWT juga yang menentukan nasib seseorang pemimpin.
BalasPadamkepada yang kata Najib rasuah lah makan duit rakyatlah ,nak tanya ......kau nampak dengan mata kau sendiri ke ? Atau kau cuma sampaikan dengan apa yang kau dengar?Inilah manusia Allah beri akal dan fikiran tapi tak nak berfikir.kalau nak tahu kebenaran jangan menuduh tapi berbalik kepda MAHA PENCIPTA.bagaimana? Tak tahu nak solat istikharah ke,solat hajat ke minta Allah beri petunjuk dan hidayah agar siapa yang salah Allah buktikan siapa yang betul juga Allah tunjukkan.tak perlu menghukum seseorang kerana hanya dengar tanpa melihat dengan mata kepala sendiri.Dengan cara itu kamu tak berdosa dan tak menabur fitnah.Inilah cara yang sebetulnya.
BalasPadam