Bagi mereka hukum agama hanya gurauan...
Pas mendakwa perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dengan isterinya terbubar dengan talak tiga selepas melanggar bai'ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Memetik laporan Utusan Online, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap berpegang teguh dengan pendirian tersebut memandangkan lafaz bai'ah setiap calon Pas yang bertanding di negeri Kelantan mengandungi lafaz tambahan iaitu cerai taklik talak tiga.
"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan bai'ah itu tetapi pendirian Pas ialah bai'ah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.
"Bai'ah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak tiga.
"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Pas Kelantan di JKR 10, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas wakil rakyat kena letak jawatan]
Keahlian tujuh ahli parlimen dan lima Adun Pas tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi menyertai Parti Pekerja Malaysia, parti tidak aktif yang digerakkan semula oleh Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
Lima lagi adalah Adun termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
Sementara itu kata Mohd Amar lagi, bagi wakil PAS di negeri lain yang turut meninggalkan parti tanpa meletak jawatan pula perlu menyedari bahawa pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wakil rakyat Pas negeri ini yang menyertai Parti Pekerja Malaysia dinasihatkan segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.
“Saya tidak dapat beri pandangan berhubung perkara ini kerana saya sendiri tidak mengetahui apa yang dilafazkan mereka. Cuma adalah lebih baik mereka merujuk Mahkamah Syariah secepat mungkin.
“Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan bai’ah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan,” katanya.
Hatta bagaimana pun dilaporkan berkata menafikan akan perkara tersebut berlaku.
p/s Katanya ada juga kawan yang dah intai intai bini Hatta..! Alamak..! Macam ni punya kawan memang ramai dalam hamPAS..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Dia punya tak tahu malu macam sama dengan PM Najib, jenis spesis kulit muka tebal. Patut Najib masa naik presiden umno aritu pon kene sumpah baiah.
BalasPadamDAP ni tembak Najib tapi sasaran nya adalah Azmin . Kita perlu ingat bahawa Azmin jadi MB Selangor kerana bantuan PAS . Rasa nya Azmin jadi MB untuk satu penggal aje . Lepas PRU akan datang ni DAP akan cari pemimpin melayu yang sanggup jadi boneka DAP sebagai MB Selangor . Kesian aku tengok Azmin ni .
BalasPadamAhaiii
BalasPadamCina buta cina buta cina buta...ata potong punya maaa
Hoiii ada ka cina buta?
intai bini orang ni Mat Sabu cukup handal ....
BalasPadamMerepeklah kamu semua. Pas sedang malukan islam, kita gelak sama. Adahkah patut parti politik salah guna agama untuk kepentingan ketua-ketua mereka. Bila ada orang lain pelekehkan islam, kita marah, tapi bila parti islam buat salah kita diam. Sedih.
BalasPadam